Kesalahan Umum Pemboleh Ubah Sains UPSR
Kesalahan Umum Pemboleh Ubah UPSR
Pemboleh ubah ialah faktor-faktor atau perkara-perkara yang boleh mempengaruhi sesuatu eksperimen Sains. Pada umumnya, untuk menulis sesuatu pemboleh ubah ianya mengandungi dua perkara iaitu PARAMETER dan OBJEK.
✎ Pemboleh ubah = PARAMETER + OBJEK
Contoh – contoh PARAMETER :
• Isipadu
• Masa
• Panjang
• Suhu
• Kuantiti
• Jenis
• Bilangan
• Baka
• Tempoh
• Jarak
• Keadaan
• Kecerahan
• Kehadiran
• Saiz
• Warna
Contoh-Contoh OBJEK
Air yang tinggal
Ais melebur
Anak ayam
Udara kandang
Kain
Permukaan
Tuala
Magnet
Pokok
Mentol
Kereta
Ladang
Bola
Tikus
Air mendidih
Tanah
JENIS-JENIS PEMBOLEH UBAH
⌘ Pemboleh ubah dimanipulasikan (PM) = Perkara yang kita ubah-ubah diawal sesuatu eksperimen.
⌘ Pemboleh ubah bergerak balas (PB) = Hasil eksperimen / keputusan eksperimen yang diperhatikan
⌘ Pemboleh ubah malar (PDM) = Perkara yang perlu disamakan supaya tidak mempengaruhi keputusan eksperimen.
Contoh soalan:
⚑ Apakah PEMBOLEH UBAH dimanipulasi dalam penyiasatan ini?
⚑ Apakah PEMBOLEH UBAH Bergerakbalas dalam penyiasatan ini?
⚑ Apakah PEMBOLEH UBAH dimalarkan dalam penyiasatan ini?
⚑ Tuliskan dua maklumat yang dikenal pasti dalam penyiasatan ini
⚑ Berikan satu maklumat dalam penyiasatan ini?
KESALAHAN UMUM SOALAN PEMBOLEH UBAH / MAKLUMAT
1. Pembolehubah tiada parameter.
Jawapan Salah☒ Air dipanaskan
Jawapan Betul ☑ Masa Air dipanaskan
2. Pembolehubah ditulis bersama pola/corak perubahan.
Jawapan Salah☒ Saiz Ayam semakin Bertambah
Jawapan Betul ☑ Saiz Ayam
3. Tidak tahu kedudukan pembolehubah dalam rangsangan soalan.
Eksperimen mengenai saiz jengkal murid dengan bilangan ukuran Meja (jengkal). Soalan meminta PM
Jawapan Salah☒ Bilangan ukuran Meja
Jawapan Betul ☑ Saiz Jengkal Murid
4. Untuk soalan berikan satu maklumat, calon menyatakan lebih daripada satu jawapan. Jawapan pertama sahaja disemak
Jawapan Salah☒ Kehadiran udara dan keadaan tikus selepas 2 hari
Jawapan Betul ☑ Keadaan tikus selepas 2 hari
5. Untuk soalan berikan maklumat, calon menyatakan maklumat yang salah
Jawapan Salah☒ Katak bertambah berbanding belalang
Jawapan Betul ☑ Bilangan katak, Bilangan belalang
~~
Diharap dengan perkongsian Cikgu ini dapat memberi kefahaman dan idea kepada murid untuk menjawab soalan pemboleh ubah / berikan maklumat dengan betul.