Kepentingan Menjaga Keselamatan Diri

Saban hari, slogan kata “malang tidak berbau” selalu terngiang-ngiang di telinga kita. Kemalangan berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Kemalangan bukan sahaja memusnahkan harta benda malah kadang-kala juga meragut nyawa manusia. Oleh itu, kita harus pandai-pandai menjaga keselamatan diri pada setiap masa.

Sedia kita maklum, kemalangan merupakan nahas utama yang mesti dielakkan. Pengguna kenderaan harus berhati-hati dan selalu menggunakan kemudahan lalu-lintas seperti lampu isyarat, jejantas, lintasan belang agar dapat mengelakkan diri daripada kemalangan. Pengguna kenderaan sewajarnya mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak memandu kenderaan mengikuti perasaan.

Selain itu, semua orang juga harus menjaga keselamatan diri di rumah. Benda-benda tajam dan ubat-ubatan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan tidak mudah didapati oleh kanak-kanak. Api kecil menjadi kawan,  jika besar menjadi lawan. Oleh itu, semua orang harus mengawasi penggunaan api dan barang-barang elektrik. Sebagai langkah untuk menjaga keselamatan di rumah, kita mestilah menyimpan segala peralatan yang tajam di tempat yang selamat. Peralatan tajam seperti pisau, gunting, paku dan jarum hendaklah disimpan ditempat khas selepas digunakan. Kanak-kanak berkemungkinan menjadikan alatan tersebut sebagai permainan yang boleh mengakibatkan kecederaan.

Kegiatan luar rumah seperti berkhemah, berkelah, pelancongan adalah aktiviti yang selalu dilakukan oleh sengenap manusia. Walau bagaimanapun, sewaktu melakukan aktiviti ini, kita harus mengambil berat pelbagai aspek, umpamanya keselamatan tempat-tempat, pemakanan kesihatan diri dan sebagainya. Sekiranya, berlaku kemalangan, kita harusnya segera menghubungi pihak berkenaan.

Memang tidak dapat dinafikan , setiap hari kita akan menghabiskan banyak masa di sekolah. Murid-murid dilarang berkejar-kejaran di dalam sekolah, berbual-bual dengan orang yang tidak dikenali dan harus memakai pakaian yang kemas. Guru-guru sepatutnya selalu menjaga keselamatan murid-murid pada waktu kemahiran hidup, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum dan sebagainya.

Kesimpulannya, untuk menjaga keselamatan diri, semua orang harus prihatin dan berhati-hati di mana-mana dan pada bila-bila masa

 

 

Spread the love