Kenapa Perlu Stress Belajar Add Maths Jika Ada Cara Mudah?

Apa kaitannya Topik Bearing (Matematik) dengan Topik Penyelesaian Segi Tiga (Matematik Tambahan)?

Bagaimanakah kedua dua topik ini boleh kita kaitkan?

Bagaimanakah kompas digunakan untuk menentukan bearing sesuatu kawasan?

Umumnya, ramai yang boleh mengira Dan mencari jawapan apabila sesuatu masalah itu diberikan.

Malangnya, jika diberikan kompas, beberapa titik secara rawak diatas Kertas, Dan bila ditanya apakah Bearing titik R dari S, ramai yang agak kekok bila melakukan aktiviti ini.

Disinilah kita boleh melihat perbezaan yang ketara antara
• Solving Problem Dan
• Problem Solving Skills.

Umumnya Pelajar yang ada kebolehan Problem Solving Skills, apabila diberikan bahan untuk melakukan hands on activities, mereka dengan mudah nya boleh Solve Problem yang diberikan.

Pendedahan Penggunaan Aplikasi terhadap sesuatu topik itu akan memberikan added advantage untuk mereka Menyelesaikan masalah yang ditanya didalam ujian.

Malahan, semasa sesi IBSE, inilah yang ditekankan oleh Dr Ihsan Ismail, penggunaan Model 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate, Evaluate).

Dan penggunaan Model ini tidak terhad kepada Matematik dan Sains sahaja, ianya boleh digunapakai pada spectrum yang lebih luas didalam setiap Subjek. Cumanya perlu diolah, dan diubahsuai sedikit supaya memenuhi objektif sesuatu Matapelajaran, topik yang ingin disampaikan.

Model ini juga banyak diguna pakai oleh Guru Adiwira yang saya follow mereka (skodeng) secara rapat, Cikgu Yasmin H Amin Dan juga Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib. Banyak info, Serta input yang boleh kita dapati daripada sesi Pembelajaran Dan juga Pengajaran yang mereka laksanakan.

Matematik Tambahan

Jika jarak RS, RT dan ST diketahui, kirakan nilai sudut RST.

Bandingkan Sudut yang dikira itu dengan Sudut RST yang diukur dengan menggunakan protraktor. Adakah ianya sama?

Berapakah Luas Segitiga RST?

Apakah jarak yang terpendek dari titik R ke Garisan ST?

Apakah pula jarak yang terpendek dari titik S ke garisan TR ( Bukan Tanjung Rambutan tau 😉)

Apakah saiz Bulatan yang terbesar yang boleh dilukis didalam segitiga RST? (Ada kaitan nya dengan Optimization topik Pembezaan)

 

Bengkel Matematik Tambahan SPM

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika menggunakan kompas?

Bengkel Khas untuk mereka yang akan menduduki SPM 2019 dan SPM 2020!

Sesuai untuk Pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Maklumat Lanjut, sila layari laman berikut

 

Spread the love