Kenali Cara Pembelajaran Anak Anda

Adakah anda perasan bahawa setiap anak-anak mempunyai berbeza cara pembelajaran dan cara mereka untuk memahami sesuatu perkara? Menurut kajian Howard Gardner dari Havard School of Education, setiap manusia mempunyai lebih dari 1 Multiple Intelligence yang berbeza setiap seorang. Kajian ini bertujuan untuk mengenali cara pembelajaran anak anda dengan lebih berkesan supaya dapat mendidik mereka mengikut minat dan potensi yang ada dalam diri mereka.

Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu,

 

1. Spatial

Kebolehan membuat gambaran secara visual. Aanak-anak yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk berfikir secara visual dan perlu membina gambaran imej untuk mengekalkan maklumat. Mereka seronok melihat peta, carta, gambar, video dan filem.
Pembelajaran anak-anak ini harus lebih kepada imej visual yang bergerak dan bersuara.
Kemahiran mereka termasuk:
Menyelesaikan ‘puzzle’, memahami carta dan graf, mudah mencari arah, melakar, mengecat & mewarna, memanipulasikan imej, membina, memasang dan mereka bentuk objek.
Kerjaya/bidang yang mungkin diminati:
Pereka Cipta, Arkitek, Pereka Dalaman, Mekanik dan Jurutera.

2. Logical-reasoning

Kebolehan menggunakan sebab, logik dan nombor. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan ini berfikir secara konseptual & corak numerikal serta membuat perkaitan antara maklumat-maklumat yang ada. Anak-anak ini sentiasa ingin tahu tentang keadaan persekitaran, banyak soalan dan suka melakukan eksperimen. Mereka akan sentiasa bertanyakan kenapa sesuatu itu terjadi dan mengharapkan jawapan yang dan difahami oleh mereka.
Kemahiran mereka termasuk :
Menyelesaikan masalah, memahami konsep abstrak dan mengaitkannya dengan konsep-konsep lain, melakukan eksperimen, suka menyoal, ingin tahu lebih mendalam tentang kejadian-kejadian semulajadi di persekitaran, boleh menyelesaikan pengiraan matematik yang kompleks.
Kerjaya yang boleh diceburi :
Saintis, Jurutera, Pengkaji, Akauntan, Ahli Matematik.

3. Bodily-Kinesthetic

Kebolehan mereka adalah mengawal pergerakan tubuh badan serta mengendalikan objek dengan baik. Anak-anak ini boleh menonjolkan sifat dan sikap diri mereka melalui pergerakan. Mereka mempunyai keseimbangan serta koordinasi mata-tangan yang baik. Mereka mampu mengingati dan memproses maklumat melalui interaksi dengan ruang di sekeliling. Untuk mengajar mereka, lebihkan kepada aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar yang boleh menggunakan pergerakan tubuh badan mereka dengan aktif.
Kemahiran mereka termasuk :
Menari, bersukan, menggunakan bahasa isyarat, membuat kraf, berlakon, ‘miming’, menggunakan tangan untuk mencipta atau membina, menyatakan perasaan melalui tubuh badan.
Kemungkinan kerjaya :
Atlit, Guru Pendidikan Jasmani, Pelakon, Bomba, Artis

4. Musical

Kebolehan menghasilkan dan menghargai musik melalui bunyi, ritma & corak. Anak-anak ini segera akan memberi reaksi sama ada menghargai atau mengkritik apa yang mereka dengar. Kebanyakan mereka adalah sangat sensitif terhadap bunyi- bunyi persekitaran seperti loceng, cengkerik, titisan air. Anak-anak ini lebih senang untuk menghafal dan belajar melalui bunyi seperti lagu atau CD. Contohnya, mereka ini lebih senang dan cepat belajar membaca Al-Quran melalui suara. Untuk pembelajaran yang lain seperti buku teks mereka lebih senang untuk merekodkan suara mereka dan mendengar semula berkali-kali.
Kemahiran termasuklah :
Menyanyi, Bersiul, Bermain alat muzik, memahami struktur & ritama muzik.
Kemungkinan kerjaya :
Ahli Muzik, Penyanyi

5. Interpersonal

Kecerdasan interpersonal adalah keupayaan untuk memahami dan berinteraksi secara berkesan dengan orang lain. Anak-anak ini berkeupayaan untuk berkomunikasi dan peka terhadap mood seseorang itu. Para guru, pekerja sosial, pelakon, dan ahli politik semuanya mempamerkan kecerdasan interpersonal. Pembelajaran anak-anak ini sangat senang kerana mereka akan cepat mempelajari melalui sentuhan dan percakapan yang lemah lembut. Hanya dengan duduk disebelah dan mengajar mereka boleh membuatkan mereka fokus dalam pembelajaran.
Kemahiran termasuk :
Menyedari perasaan dalaman, keinginan & impian, Menilai corak pemikiran, Memahami peranan dalam perhubungan dengan orang lain.
Kemungkinan kerjaya :
Ahli Teori, Ahli Falsafah, Pakar Psikologi

 

 

6. Linguistic

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis.  Anak-anak dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi. Mereka lebih senang untuk menghafal sesuatu dengan membacakan atau menceritakan semula kepada orang lain perkara yang ingin mereka ingati.
Pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca, itulah mereka. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi dalam pemikirannya.
Kemungkinan kerjaya :
Pensyarah, Wartawan, Penyunting, Penulis Skrip dan Novelis.

7. Intrapersonal

Berbeza dengan Interpersonal yang boleh memahami diri orang lain, Intrapersonal mempunyai kelebihan untuk memahami diri sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Anak-anak anda mungkin tidak memahami orang lain tetapi mereka sangat memahami diri sendiri.

Secara keseluruhannya, anak-anak yang mempunyai kecerdasan Intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Anak-anak yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya anak-anak dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Ibu bapa boleh memahamkan anak-anak anda dan memberikan mereka ruang untuk melakukan ulang kaji tetapi harus sentiasa memastikan mereka fokus dari masa ke semasa untuk mengelakkan mereka termenung.

 

Kemungkinan kerjaya :

Pemimpin, Ahli Falsafah, Pendeta dan Pemikir

 

 

8. Naturalist

Kecerdasan naturalis menunjuk keupayaan anak-anak serta kepekaan terhadap dunia semulajadi (awan, tumbuhan, alam sekitar).

Ibu bapa mestilah menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai iaitu dengan meletakkan beberapa tumbuhan kecil yang boleh dijaga di dalam rumah. Ia akan meransang minat dan fokus anak-anak tersebut kerana anak-anak itu akan berasa selesa dikelilingi alam semula jadi. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti luar kelas.

 

Kemungkinan kerjaya :

Ahli Biologi, Zoology, Penanam, Ahli botani, Perancang Bandar, Ahli Geologi

 

 

9.Existential

Anak-anak ini mempunyai pemikiran yang sangat mendalam dan sering memikirkan perkara yang tidak selalu terlintas di dalam fikiran anak-anak yang lain. Kepekaan dan keupayaan untuk menangani soalan mendalam tentang kewujudan manusia, seperti makna kehidupan, mengapa kita mati, dan bagaimana kita sampai di sini.

Anak-anak ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini ibu bapa boleh memberikan bahan bacaan yang boleh meransang minda mereka delnagn lebih mendalam seperti buku Astronomi.

Kemungkinan kerjaya :

Pengkaji, Ahli Sainstis

 

Spread the love