Kekangan Waktu Menyebabkan Keputusan Adik Syabil Tidak Memberangsangkan, Namun Apa Yang Terjadi Sebaliknya…

Baru-baru ini, Kami melawat ke rumah Puan Salina di Taman Mutiara, Puchong. Anaknya bernama Muhammad Syabil Azeem juga mesra dipanggil adik Syabil. Sebelum ini, adik Syabil menghadiri kelas tuition di sekolah kebangsaannya pada setiap hari sabtu dan ahad pada waktu pagi dan petang. Pada waktu malam pula, Syabil mengambil kelas mengaji.  Puan Salina tidak mahu menghantarnya ke pusat tuition atau mengambil mana-mana perkhidmatan home tuition buat masa itu kerana tidak tahu memberikan tekanan kepada Syabil.

 

Tetapi, keputusan Puan Salina dan suaminya berubah apabila tiada penambahbaikan dalam keputusan peperiksaan kerana Syabil tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran kerana jadual yang padat disebabkan kelas tuition di sekolahnya. Pada waktu malam pula adik Syabil menghabiskan masanya dengan hanya menyiapkan kerja sekolahnya. Risau dengan keputusan Syabil dan masa peperiksaan UPSR yang semakin hampir, beliau terus mencari home tuition di facebook dan CMN Academy adalah dalam salah satu senarai di cariannya. Puan Salina tergerak hati untuk mengambil perkhidmatan home tuition kami dengan mengambil subjek Matematik. Alhamdulillah Puan Salina dan adik Syabil dijodohkan dengan Cikgu Seriyana yang sangat membantu adik Syabil dalam pembelajarannya. Puan Salina sangat berpuas hati selepas melihat kesungguhan Cikgu Seriyana untuk mengajar adik Syabil. Terdapat banyak kemajuan dalam pembelajaran Syabil selepas diajar oleh Cikgu Seriyana.

 

Pada pemerhatian Cikgu Seriyana, Syabil mempunyai kekangan dalam melakukan latihan kerana jadual waktu yang agak padat. Jadi, ketika sesi home tuition, Cikgu Seriyana sering memberikan soalan-soalan ramalan subjek Matematik. Lama kelamaan adik Syabil semakin mahir dan memahami dengan soalan-soalan yang dilakukan dan boleh menjawab soalan tersebut tanpa bantuan Cikgu Seriyana.  Dari segi soalan penyelesaian pula, Cikgu Seriyana memberikan tips-tips untuk menjawab soalan tersebut. Salah satunya ialah adik Syabil harus memahami dahulu kehendak soalan tersebut dan baru dia dapat menjawab apa yang di mahukan oleh soalan itu.

 

Alhamdulillah selepas menjawab kertas peperiksaan Matematik baru-baru ini, adik Syabil mengatakan bahawa soalan yang diberikan agak senang untuk dijawab. InsyaAllah kami harapkan keputusan peperiksaan tersebut dapat membalas setimpal dengan usaha yang dilakukan oleh Cikgu Seriyana dan adik Syabil.

Oleh itu, kami mendoakan kejayaan kepada adik Syabil dalam keputusan peperiksaannya. Semoga berjaya adik Syabil!

 

 

 

 

Spread the love