Jemputan Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara STEM Sekolah

Pengasas CMN Education iaitu En Mohd Noor Mohd Tahir telah dijemput dalam perbincangan ‘Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) Bahagian STEM Sekolah KPM.

Ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan idea, maklumbalas dan kerjasama bagi melaksanakan Pembelajaran STEM (Science Technology Engineering Malaysia) yang sudah terdapat dalam dasar pendidikan sebelum ini.

Inisiatif ini dibuat selaras dengan matlamt untuk meningkatkan pelajar meminati bidang Sains dan Matematik dan mencapai 60:40 (Aliran Sains:Aliran bukan Sains).

Berpeluang menimba ilmu dan berkongsi pengalaman bersama warga akademik dari Institut Pendidikan Guru, Universiti dan pihak industri yang berkaitan dengan STEM (Science Technology Engineering Maths).

Antaranya ialah Tuan Hazlie dari RECSAM (Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Education in Science and Mathematics) dan Puan Norapizah, Penolong Pengarah Bahagian Sekolah di KPM dalam Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Bahagian STEM Sekolah.

Pada peringkat awal, peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan iaitu Non-Teachers Training, Methodology, Industry Relevant dan lain-lain.

Perbincangan diadakan mengikut konsep World Cafe supaya setiap orang ada peluang untuk mengutarakan pendapat dan berkongsi pengalaman serta idea.

Antara dalam turut berada dalam kumpulan ‘Non-Teacher Training’ adalah Dr Kartini dari IPG Teknik, Mr Raymond dari Alpha & Friends, Dr Liew dari Institut Aminudin Baki dan ramai lagi tokoh dari universiti, industri dan researcher.

Banyak yang dikongsikan oleh mereka dalam sesi perbincangan ‘hangat’ bagi membawa resolusi tentang implementasi Pembelajaran STEM di sekolah-sekolah.

Hasil perbincangan akan dibawa ke peringkat atasan termasuk Menteri Pendidikan.

Semoga ada manfaat untuk pendidikan generasi anak-anak kita inshaAllah.

Alhamdulillah Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik juga telah sampai ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) 😃

Berkesempatan bersama dengan Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Shamsazila yang berkongsi tentang halatuju pendidikan Malaysia serta review tentang Modul Funtastic STEM oleh CMN Education iaitu Sains, Matematik dan Fizik.

InshaAllah pendidikan Malaysia akan menerima STEM secara bertahapan dan dengan itu memerlukan kerjasama dari semua pihak ke arah pendidikan Malaysia yang lebih baik.

‘Pendidikan Untuk Semua’

p/s: Untuk info lanjut tentang STEM boleh layari Pembelajaran STEM

Spread the love
  • 56
    Shares