Hiperleksia – The Smart Kid Disorder?
Apa tu?
Hiperleksia adalah sejenis sindrom dikategorikan sebagai keupayaan kanak-kanak yang terlalu awal dipelajari dari usia yang sepatutnya. Maksudnya disini, anak anda mungkin telah mahir membaca seawal usia 3-4 tahun kerana kebiasaannya, kanak-kanak usia 5 tahun baru boleh membaca. Hiperleksia ini tergolong juga dalam kategori autisma-like sindrom. Akan tetapi, tidak semua kanak – kanak yang mampu membaca di usia yang awal itu mempunyai hiperleksia. Ia amat sukar sekali untuk mengenalpasti samada ianya adalah hiperleksia ataupun bertuah.
Ciri- Ciri Hiperleksian
Kanak-kanak hiperleksia mempunyai perwatakan yang menarik dan luar biasa dari kanak-kanak biasa. Antaranya adalah:
- Mereka seringkali dikatakan mempunyai tahap IQ diatas paras sederhana!
- Mereka juga mempunyai daya membaca melebihi kanak-kanak normal iaitu 1-2 tahun lebih awal mahir dalam kemahiran ini.
- Mempunyai daya penghilatan dan ingatan yang memberangsangkan.
- Mudah mengingati apa yang dilihat dan didengar walaupun tidak memberi tumpuan sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, ciri-ciri tersebut langsung tidak memberi kesan langsung terhadap daya memahami.
Masalah Yang Akan Dialami Oleh Hiperleksian
Namun begitu, meskipun banyak kelebihan yang terdapat pada kanak-kanak hiperleksia, mereka juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri. Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh mereka adalah:
- Sukar untuk memahami dan menggunakan percakapan.
- Susah berfikir di luar kotak.
- Seorang yang belajar melalui visual.
- Mengalami kesukarang menjawab soalan 5 wh (who, what, where, when, and why)
- Seringkali mengulangi perkataan dan maksud yang sama tanpa memahami maksudnya.
Kanak-kanak hiperleksia mungkin juga mudah untuk mendapat ketidakbolehan yang lain seperti menguasai bahasa, komunikasi dan tingkah laku, dan juga bukan lisan. Mereka juga mungkin akan terkesan dengan penyakit-penyakit yang jauh lagi kronik seperti kemurungan/tertekan.
Langkah-Langkah Bagi Menangani Masalah Ini
Sebagai ibu bapa yang prihatin lagi cakna terhadap anak-anak, kita seharusnya memastikan memberi perhatian yang terbaik buat anak-anak agar masalah-masalah disorder seperti ini dapat diatasi. Antaranya adalah dengan :
- Menggalakkan anak-anak menguasai dan membelajar bahasa dan juga sosial skill.
- Memastikan anak-anak memahami bahasa lisan dengan lebih tepat.
- Menunjukkan contoh yang baik dalam adab percakapan.
- Menerangkan tentang sesuatu perkara dalam kaedah yang mudah difahami.
‘Kanak-kanak Hiperleksia ini akan terus membaca, membaca dan juga membaca. Kerana itulah, kita harus menggalakkan mereka, menulis dan terus menulis’ Susan Martins Miller.