Gamifikasi – Aplikasi Pembelajaran Terkini & Berimpak

Ibubapa perasan tak, anak-anak zaman kini ramai yang suka bermain game. Ada yang boleh main berjam-jam, sampaikan ada kala lebih dari masa belajar. Fuh.. kadang-kadang fokus tu lagi hebat dari belajar, makan pun boleh tunda.

 

“Mak.. bosan la belajar ni!”
“Tak seronok… Susah.. Tak tau la nak buat macam mana ni, tak faham.”

Macam mana nak beri anak-anak ini fokus & seronok belajar? Tahukah anda, jika kita aplikasikan gaya pembelajaran yang sesuai kepada pelajar/anak-anak, mereka akan lebih mudah faham & ingat apa yang dipelajari. Gaya pembelajaran apa yang biasanya mereka suka & sesuai dengan mereka? Pembelajaran yang menarik & sesuai dengan zaman kini.

 

Salah satu teknik pembelajaran yang mudah & menarik untuk diaplikasi adalah menggunakan permainan. Samada kelas online atau offline, ‘bermain’ dalam belajar adalah salah satu cara yang dapat tarik minat anak-anak untuk belajar. Setuju?

 

Anak anda pernah belajar sambil bermain? Pernah cuba dalam kelas secara online yang berinteraksi dua hala?

Nak cuba secara PERCUMA?

 

Kami tengah buka peluang untuk pelajar tahun 4 hingga tingkatan 5 untuk cuba pembelajaran secara gamifikasi dalam Special Funtastic Class sempena Funtastic Gamification Week.

 

 

Jika anda berminat, boleh klik bit.ly/LearnFunGame

Spread the love