FUNTASTIC SAINS UPSR

FUNTASTIC SAINS UPSR

BAHAN BUANGAN 

 

Tahukah anda apa itu bahan buangan ?

🔲 Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan lagi.

 

Kenali jenis-jenis bahan buangan serta contohnya :

 

PLASTIK

Contoh bahan buangan plastik ialah bahan sintetik, botol dan bekas yang diperbuat daripada plastik.

LOGAM

 

Contoh bahan buangan logam ialah besi buruk, tin aluminium, tin minuman dan tin susu.

KACA

 

Contoh bahan buangan kaca ialah botol, cermin dan peralatan yang diperbuat daripada kaca.

KERTAS

 

Contoh bahan buangan kertas ialah surat khabar lama, kotak dan juga majalah.

SISA MAKANAN

 

Contoh bahan buangan sisa makanan ialah sisa tulang, biji buah dan kulit buah.

BAHAN KUMUH DAN TINJA 

 

Contoh bahan buangan bahan kumuh dan tinja ialah urin dan tinja.

SISA TOKSIK

 

Contoh bahan buangan sisa toksik ialah bahan buangan industri, asap kenderaan dan asap kilang, cecair kimia dan lain-lain.

TERBIODEGRASIKAN ATAU TIDAK TERBIODEGRASIKAN

 

🔲 Terbiodegrasikan ialah bahan buangan yang boleh  mereput disebabkan mikroorganisma.

🔲 Tidak terbiodegrasikan ialah bahan buangan yang tidak boleh mereput  disebabkan mikroorganisma.

Contoh bahan-bahan buangan terbiodegrasikan ialah :

  • Sisa makanan
  • Bahan kumuh dan tinja
  • Kertas
Contoh bahan-bahan buangan tidak terbiodegrasikan ialah :
 
  • Kaca
  • Plastik
  • Logam
  • Sisa toksik

Kesan pembuangan bahan buangan akan menyebabkan :

  • Masalah kesihatan
  • Pencemaran udara
  • Banjir kilat

AMALAN PENGURUSAN BAHAN BUANGAN

Kehidupan lestari adalah amalan yang mengurangkan impak kepada alam sekitar agar keindahan alam dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Amalkan 3R untuk mengurangkan longgokan bahan buangan :

Reduce : Kurangkan penggunaan bahan buangan seperti beg plastik.

Reuse    : Guna semula atau pelbagaikan penggunaan bahan buangan.

Recycle : Kitar semula bahan buangan menjadi produk yang baharu.

Semoga bermanfaat…

Jika anda perlukan bantuan Home Tuition dalam subjek Sains UPSR atau apa-apa subjek dan level, boleh hubungi kami dengan KLIK DI SINI

Spread the love