FUNTASTIC SAINS UPSR – JOM BELAJAR TOPIK KELAJUAN

Sesiapa ada yang mengenali cikgu ini? Beliau diberi nama Zaijuhasriza atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zaiju. Beliau selalu berkongsi secara LIVE setiap hari Selasa berkenaan topik-topik dalam subjek Sains UPSR menggunakan pelbagai kaedah yang menarik.

Beliau juga merupakan Master Tutor di CMN Academy yang telah berkhidmat selama 3 tahun dan bergiat aktif dalam bidang Tutor sejak Ogos 2016 lagi.

 

Adik-adik perasan tak, kenapa belajar Sains sebelum ini membosankan? Malah, kalau ada kelas Sains hari tersebut mesti ada segelintir pelajar nak melarikan diri. Rasa beban di hati pelajar masing-masing.

 

Sebab utama adalah bosan, boring, tak best dan macam-macam lagi.

 

Jadi, salah satu cara nak tarik minat pelajar ni balik, perlukan para tutor gunakan teknik dan kaedah yang menarik bahkan boleh menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang awesome supaya pelajar dapat merasai setiap topik dan subjek yang dipelajari.

 

Ingin belajar menggunakan kaedah yang menarik dan berkesan dalam subjek Sains UPSR?

 

Jom belajar topik Kelajuan Free Fall Motion bersama dengan cikgu Zaiju di https://youtu.be/FCwiKK_HQr4  

ATAU..

Anda juga boleh KLIK video di bawah untuk perkongsian lanjut.

 

Semoga apa kami kongsikan ini akan memberi manfaat pada semua adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Semoga berjaya dan dipermudahkan urusan untuk menghadapi peperiksaan pada tahun ini :)

 

Yakin Sebelum Berjaya!

 

Spread the love