Dokumentasi Perniagaan
Hai Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua.
Bagaimana hari anda harini? Terutamanya calon-calon yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.
Dah buat persiapan ke?
Betul Ke Prinsip Akaun Ni Susah?
Pernah tak anda ‘stuck’ untuk mempelajari subjek prinsip perakaunan? Terutamanya pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek elektif ini. Subjek ini mengutamakan proses merekod urusniaga iaitu debit dan kredit. Ia menerangkan tentang konsep, prinsip, kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekod, mengklasifikasikan, mentafsir dan menganalisis data kewangan berdasarkan urusniaga.
Kali ini, kami akan berkongsi tentang subtopik dalam prinsip perakaunan tingkatan 4 iaitu Dokumentasi Perniagaan.
Apa itu dokumentasi perniagaan?
- Ia adalah surat bertulis atau bercetak yang sah untuk memberi maklumat tentang urusniaga yang berlaku.
JENIS-JENIS DOKUMEN PERNIAGAAN
1.DOKUMEN KEWANGAN : INVOIS, RESIT, BAUCER PEMBAYARAN, BIL PENYATA BANK, NOTA DEBIT DAN NOTA KREDIT
2.DOKUMEN BUKAN KEWANGAN : SEBUTHARGA, NOTA PENGHANTARAN DAN PESANAN BELIAN
PENTING KE DOKUMENTASI PERNIAGAAN?
Penting tau!!! Kerana….
- Sumber maklumat perniagaan- urusniaga TUNAI atau KREDIT
- Bukti berlaku transaksi duit masuk dan keluar dalam perniagaan itu adalah jelas dan benar
- Tiada dokumentasi perniagaan akan timbul masalah sistem perakaunan.
- Difailkan secara sistematik
Dibawah ini adalah Perbezaan Antara Dokumen Kewangan Dan Dokumen Bukan Kewangan.