Belajar Matematik Lebih Mudah Dan Menarik Dengan Online Tuition

“Puan nak bagi anak cuba tak online tuition? Kami ada tutor matematik yang bagus, cuma jauh dengan puan.”

“Eh, takpe la… nanti tak berkesan pula. Saya nak tunggu juga yang dekat.”

 

Begini antara situasi ibu bapa yang mungkin masih lagi risau & musykil, benar ke online tuition ni berkesan?

Subjek Matematik pula tu… macam mana nak belajar kalau tak tunjuk depan-depan.

 

Ada ke tutor matematik yang boleh mengajar berkesan & menarik melalui online?

Jawapannya, ada tuan/puan.

 

Chegu Nurul seperti di angkasa semasa mengendalikan sesi Online Group Tuition Matematik UPSR.

 

Seorang tutor atau pendidik boleh mengajar secara online jika beliau ada teknik pengajaran berkesan & menarik, juga tahu bagaimana nak bagi pelajar ‘stay’ sampai kelas habis. Yang penting, pelajar dapat & faham apa yang dikongsikan.

 

Tak kira samada kelas online secara 1 to 1 atau berkumpulan, ‘daya penarik’ dalam pengajaran itu amat penting.

 

 

Apa kita sebagai ibu bapa perlu lakukan?

 

Beri anak kita peluang untuk belajar secara online terutamanya semasa cuti sekolah atau masa genting sebegini.

Beri juga peluang untuk tutor berkongsi ilmu kepada anak kita melalui medium online.

 

Salah satu kelas Online Tuition 1 to 1 yang dikendalikan oleh tutor CMN Academy

 

Kita hanya perlu sediakan ‘line’ yang stabil & salah satu dari peralatan ini – laptop, komputer, tab atau smartphone.

 

Anda juga boleh monitor semasa kelas, walaupun anda berada di dapur & anak di bilik.

Pelajar zaman kini, amat suka dengan teknologi. Mereka mungkin akan lebih seronok bila belajar menggunakan teknologi, melalui medium online ini.

 

Jadi, selain dari anak habiskan masa dengan gadget semata-mata dengan hal yang kurang berfaedah, ada baiknya kita sulam dengan tuisyen secara online. Benar bukan?

 

Kami nak ajak anak anda untuk join Online Group Tuition Funtastic Matematik secara PERCUMA.

Jika berminat, boleh klik di bawah mengikut tahap anak anda :

 

Matematik UPSR

 

Matematik PT3

 

Matematik SPM

 

 

Jika anak anda perlukan bantuan 1 to 1 tuition, kami ada sediakan 1 to 1 Online Tuition.

Boleh dapat 1 Sesi Percubaan PERCUMA!

Klik saja di bawah untuk kami bantu ;)

 

Background psd created by freepik – www.freepik.com

Background vector created by freepik – www.freepik.com

Tuisyen Online Biologi Percuma Untuk Pelajar SPM

ONLINE TUITION BIOLOGI PERCUMA

Siapa kata bila dok rumah ni bosan?
Bosan la kalau tak buat benda bermanfaat.

Jadinya kami nak ajak pelajar Tingkatan 4 & 5 untuk ramai2 join Online Tuition Funtastic Biologi bersama Cikgu Zana esok, jam 11am-12pm.

Nak ulangkaji & belajar Biologi secara mudah, selamat & menarik?
FREE jee…

 

Whatsapp “Bio” ke 01113172015 sekarang untuk join esok!

#OnlineTuition
#OnlineClass
#FuntasticBiologi
#SPM
#CMNAcademy

Pembelajaran Tanpa Sempadan… Tiada Alasan Lagi Untuk Ketinggalan

Jika dilihat keadaan dunia sekarang, kita amat memerlukan teknologi untuk terus berhubung antara satu sama lain.

Kita bukan saja risau keluar kerana perintah, tetapi juga untuk keselamatan diri & keluarga.

Tapi kita tetap mahu berhubung dengan dunia luar terutamanya keluarga & saudara mara.

 

Sama juga dengan belajar, kita tidak boleh meletakkan alasan hanya kerana tidak dapat ke kelas atau tutor tidak dapat ke rumah, untuk kita biarkan anak-anak tidak belajar atau mengulangkaji pelajaran.

Pasti ada solusi yang terbaik untuk anak-anak boleh belajar tanpa meletakkan diri dalam kerisauan jangkitan virus.

Sebelum ini, ada yang masih ‘rigid’ dengan pembelajaran secara atas talian (online).

Ada yang kata “Takpe lah, nanti anak tak belajar pula.”
“Saya nak tunggu je, takut tak berkesan untuk anak saya”

 

Tapi dapat dilihat, dalam keadaan sekarang, ramai sudah mula mencuba untuk belajar secara online. Semua jenis pembelajaran, sama ada seminar, kelas tuisyen, home tuition dan lain-lain banyak diubah kepada medium online.

 

Apa kebaikan pembelajaran secara online ni?

Saya kongsikan 3 antara kelebihan Online Tuition dari CMN Academy

 

1- Pembelajaran secara 1 to 1 atau berkumpulan. Masih lagi menerapkan pembelajaran secara berfokus & fun learning, tutor kami diberi training untuk menjalankan kelas secara online, dengan lebih menarik & berkesan.

 

2- Masa yang fleksible & tanpa sempadan tempat. Mana-mana pun boleh belajar, walaupun pelajar balik kampung (kena ada akses internet yang stabil je). Jadi waktu-waktu genting, puasa, raya atau apa-apa perayaan pun tak ada masalah untuk belajar. Asalkan bersedia mental & fizikal untuk menerima ilmu.

 

3- Monitoring. Ni best! Tutor tetap perlu beri report pengajaran & pembelajaran secara bulanan. Kami juga akan monitor dari masa ke masa, terutamanya kelas pertama untuk memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Anda sebagai ibu bapa juga boleh monitor di rumah, jadi tak ada alasan lagi untuk ‘goyang kaki’ saja sepanjang cuti ini.

Kami di CMN Academy telah mulakan Online Tuition sejak 2016. Kami cuba untuk ‘educate’ pelajar, ibu bapa, malah pendidik sendiri untuk belajar & mengajar secara online. Kami masih komited untuk membantu anak anda terus belajar tanpa ketinggalan.

 

Masih lagi ragu-ragu??

Nak cuba secara PERCUMA?

Klik je gambar di bawah…

3 Perkara Ibu Bapa Boleh Bantu Anak Terus Belajar Semasa Waktu Genting

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penularan Covid-19 yang melanda masyarakat di seluruh dunia yang membimbangkan hingga membawa kepada kes kematian.

 

Penularan Covid-19 hanya melalui mukus yang mengandungi titisan salur pernafasan (droplets) yang dijangkiti oleh novel-coronavirus di antara haiwan dan manusia semasa bercakap, bersin atau batuk.

 

Kita perlu elakkan diri daripada menghadiri perhimpunan yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan virus ini.

 

Kita juga perlu elakkan daripada membuat aktiviti di luar rumah.

 

Jadi kita semua perlu berjaga-jaga bagi mencegah penularan wabak covid-19.

Ibu Bapa perlu tahu 3 perkara yang dapat membantu anak-anak supaya tidak tercicir dalam pembelajaran. Antaranya ialah :

 

  1. Kena ikut garis panduan penjagaan diri.
  2. Bantu anak anda ulangkaji di rumah.
  3. Belajar secara dalam talian (online tuition).

ONLINE TUITION – SELAMAT, MUDAH & JIMAT, SOLUSI SEMASA KEADAAN TERKINI

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman di postingnya juga ada menyarankan untuk pembelajaran biasa ditukarkan kepada pembelajaran atas talian bagi mengekang risiko penyebaran COVID-19. 

“Pada waktu ini, tidak boleh dinafikan bahawa melaksanakan kelas secara home tuisyen persendirian adalah lebih mudah dikawal. Atau dilaksanakan kelas bersama para pelajar secara ATAS TALIAN ‘online’ adalah lebih baik bagi mengekang risiko COVID-19.”

 

Jadi, kami sarankan anda supaya mengambil online tuition terutamanya untuk anak yang nak exam besar tahun ini (UPR, PT3, SPM) atau anak yang perlukan bantuan untuk belajar di rumah, supaya pembelajaran mereka tidak tergendala dan ketinggalan.

 

Untuk perkongsian lebih lanjut berkenaan tajuk ini, boleh KLIK DISINI :)

Online Tuition – Selamat, Mudah & Jimat, Solusi Semasa Keadaan Terkini

Situasi negara berada pada tahap yang agak membimbangkan.

Ramai yang dah mula berkira-kira nak menutup premis atau menghentikan kelas kerana virus corona yang cepat sebarannya.

 

Apatah lagi bila ‘World Health Organization’ (WHO) telah meletakkan #Covid19 ini sebagai PANDEMIK!

Kita perlu berjaga-jaga & mematuhi langkah-langkah pencegahan.

 

Tapi, tak kan sampai kita abaikan atau tolak tepi pembelajaran anak?

Nanti bila keadaan dah reda, baru kalut nak ulangkaji & fahamkan silibus.

 

Takkan nak biarkan anak anda ketinggalan & merosot dalam pembelajaran…

 

Kini, kami ada solusi untuk bantu anda & anak belajar dari rumah, tanpa perlu risau.

Sebenarnya sudah lama kami cuba ketengahkan pembelajaran ini, cuma ada yang masih ragu-ragu untuk mencuba.

 

Apa salahnya anda mencuba dan menerima Pembelajaran Secara Online ini jika dapat membantu anak untuk terus belajar, bukan?

 

Kami membuka untuk pendaftaran Online Tuition & Mengaji Online secara 1 to 1 & kumpulan kecil.

 

Kami memberikan anda 1 Sesi Percubaan secara PERCUMA!!

Ada berminat nak dapatkan pembelajaran berterusan yang lebih Selamat, Jimat & Mudah?

 

Klik DI SINI untuk Online Tuition, subjek akademik sekolah rendah & menengah.

Klik DI SINI untuk Mengaji Online, untuk kanak-kanak, remaja & dewasa.

 

[Nota] Sains UPSR: Proses Hidup Manusia

⭕ NOTA SAINS : PROSES PERNAFASAN MANUSIA ⭕

 

1. PERNAFASAN MANUSIA

▪ Bernafas merupakan satu proses hidup manusia. Manusia menggunakan hidung, trakea dan juga paru-paru untuk bernafas. Paru-paru ialah organ pernafasan yang menjalankan pertukaran oksigen dan karbon dioksida.

 

Organ Yang Terlibat Semasa Bernafas :

▪ HIDUNG

▪ TRAKEA

▪ PARU-PARU

 

Proses semasa manusia menarik nafas :

🔘 Udara masuk dari : Hidung 👉🏻 Trakea 👉🏻 Paru-paru

 

🔘 Apabila manusia menyedut udara masuk ke dalam badan :

▪ Paru-paru mengembang.

▪ Dada naik dan mengembang.

▪ Diafragma mengendur dan turun ke bawah.

 

🔘 Apabila manusia mengeluarkan udara dari badan :

▪ Paru-paru mengecut.

▪ Dada menurun dan mengempis.

▪ Diafragma mengecut dan naik ke atas.

 

🔘 Udara yang dihembus keluar dari paru-paru mengandungi banyak karbon dioksida.

 

🔘 Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun setiap satu minit.

 

🔘 Apabila seseorang aktif, kadar pernafasannya meningkat kerana dia memerlukan tenaga yang banyak.

 

2. PERKUMUHAN

▪ Perkumuhan merupakan satu proses penyingkiran hasil bahan buangan dari tubuh badan.

▪ Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak disingkirkan daripada tubuh badan.

 

Terdapat TIGA organ perkumuhan :

▪ GINJAL

▪ PARU-PARU

▪ KULIT

 

Setiap organ mengumuhkan hasil perkumuhan yang berlainan iaitu :

Ginjal

▪ Ginjal menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk air kencing, urea dan garam.

Paru-paru

▪ Paru-paru membebaskan karbon dioksida dan wap air.

Kulit

▪ Kulit menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk peluh, air berlebihan dan garam.

 

3. PENYAHTINJAAN

▪ Penyahtinjaan merupakan satu proses menyingkirkan sisa makanan keluar melalui dubur sebagai tinja.

▪ Tinja ialah sisa makanan yang tidak dapat dihadam oleh perut kita.

▪ Jika penyahtinjaan tidak disingkirkan, bahan tersebut akan berkumpul dalam tubuh badan kita. Ia boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu.

▪ Penyahtinjaan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.

 

Pelbagai penyakit boleh berlaku sekiranya penyahtinjaan tidak berlaku, antaranya ialah :

❌ Kita boleh menghidapi masalah batu karang atau kencing berdarah.

❌ Kita boleh menghidapi masalah usus tersumbat atau kanser usus.

 

4. GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

▪ Manusia bergerak balas terhadap rangsangan. Rangsangan ialah perubahan yang dapat dikesan oleh manusia.

 

Manusia dapat merangsang dan bergerak balas dengan menggunakan LIMA deria :

▪ KULIT

▪ MATA

▪ TELINGA

▪ HIDUNG

▪ LIDAH

 

Kulit

▪ Kulit bergerak balas terhadap panas dan sejuk.

Mata

▪ Mata bergerak balas terhadap penglihatan.

Telinga

▪ Telinga bergerak balas terhadap bunyi.

Hidung

▪ Hidung bergerak balas terhadap bau.

Lidah

▪ Lidah bergerak balas terhadap rasa.

 

5. PEMBIAKAN

▪ Pembiakan ialah satu proses melahirkan anak atau baka.

▪ Manusia perlu membiak untuk menambahkan bilangan dan memastikan spesies manusia terus wujud di dunia ini.

 

Anak-anak akan mewarisi ciri-ciri persamaan daripada ibu bapa mereka, seperti :

▪ Warna kulit.

▪ Jenis rambut.

▪ Rupa paras.

6. TABIAT BURUK YANG MENGANCAM PROSES HIDUP MANUSIA

▪ Tabiat buruk akan mengganggu proses hidup manusia.

 

Contoh tabiat buruk ialah :

▪ MEROKOK

▪ MINUM MINUMAN BERALKOHOL

▪ MAKAN MAKANAN BERLEMAK

▪ PENYALAHGUNAAN DADAH

▪ MENGHIDU GAM

 

Kesan daripada melakukan tabiat buruk tersebut akan menyebabkan :

Merokok

▪ Merosakkan peparu.

Minum Minuman Beralkohol

▪ Kesukaran berjalan dengan betul dan penglihatan yang kabur.

Makan Makanan Berlemak

▪ Menyebabkan diabetes.

Penyalahgunaan Dadah

▪ Kerosakan otak dan halusinasi

Menghidu Gam

▪ Halusinasi dan pening.

7. AMALAN HIDUP SIHAT

▪ Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

 

Contoh amalan gaya hidup sihat :

▪ Mengambil makanan yang sihat.

▪ Menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.

▪ Beriadah.

▪ Tidur yang mencukupi.

▪ Minum lapan gelas air sehari.

 

Semoga bermanfaat !

 

Jika anda perlukan nak tingkatkan lagi kefahaman Sains, boleh join Tuisyen Sains UPSR secara Online KLIK DI SINI

 

FAKTOR SEPUNYA DAN FAKTOR SEPUNYA TERBESAR (FSTB)

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

.

.

Untuk memudahkan pelajar bagi menjawab soalan berkaitan dengan FAKTOR SEPUNYA DAN FAKTOR SEPUNYA TERBESAR (FSTB) pelajar hanya perlu ingat SIFIR sahaja.
.
Faktor Sepunya (common factors) beberapa nombor bulat adalah nombor yang merupakan faktor setiap nombor-nombor tersebut.
.
Faktor Sepunya Terbesar, FSTB (Highest Common Factor, HCF) beberapa nombor yang diberi adalah nombor terbesar yang merupakan faktor setiap nombor-nombor tersebut.

FAKTOR SEPUNYA

 

Senaraikan semua faktor sepunya bagi :

 

20, 44, 56, 64

 

Faktor bagi 20 = 1, 2, 4, 5, 10, 20

Faktor bagi 44 = 1, 2, 4, 11, 22, 44

Faktor bagi 56 = 1, 2, 4, 7, 8, 14

Faktor bagi 64 = 1, 2, 4, 8, 16, 32

 

Jadi… Faktor sepunya bagi 20, 44, 56, 64 ialah :

 

1, 2, 4

 

FAKTOR SEPUNYA TERBESAR (FSTB)

 

Tentukan faktor sepunya terbesar bagi :

 

20, 44, 56, 64

 

Faktor bagi 20 = 1, 2, 4, 5, 10, 20

Faktor bagi 44 = 1, 2, 4, 11, 22, 44

Faktor bagi 56 = 1, 2, 4, 7, 8, 14

Faktor bagi 64 = 1, 2, 4, 8, 16, 32

 

Jadi… Faktor sepunya terbesar bagi 20, 44, 56, 64 ialah :

 

4 

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar di luar sana !

KUADRATIK NI SENANG JE

Assalamualaikum & Salam sejahtera…

 

Hari ni Cikgu Hana nak berkongsi tentang subjek MATEMATIK iaitu topik KUADRATIK.

 

Topik KUADRATIK ni boleh tahan susahnya ya. Ramai juga pelajar buat MISTAKE dekat topik ni.

Dalam matematik, persamaan kuadratik ialah satu persamaan polinomial berkuasa dua.

Kuasa yang tertinggi bagi pembolehubah kuadratik ialah 2. Kuadratik mesti berkuasa 2 sahaja tidak boleh 3, 4 & selebihnya , hihi…

 

Dalam kuadratik pelajar harus tahu & juga harus ingat 3 benda ni :

  • Ungkapan
  • Persamaan
  • Penyelesaian

Bagaimana pula untuk selesaikan kuadratik bentuk lazim ? Pelajar ingin tahu ?

 

Di bawah ini terdapat video bagaimana nak selesaikan kuadratik bentuk lazim & pelbagai lagi , jom tonton sama-sama…

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pelajar…