Ingin Anak Anda Kreatif dan Inovatif?

Kenapa pentingnya Kreativiti dan Inovasi bagi kanak-kanak?

Menurut kajian, 20 pekerjaan utama masa depan memerlukan kemahiran dari segi kreativiti dan inovasi.

Pekerjaan rutin akan digantikan dengan mesin dan robot yang lebih efisyen.

Disebabkan itu Dr Husniza (Saintis) berjuang untuk membawa pemikiran kreatif dan inovatif semenjak dari usia muda.

Saya sendiri banyak belajar perkara baru dalam Pembelajaran Inovasi ini bersama beliau 🙂

Nak cuba aktiviti Sains bersama anak dan pelajar anda dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati? 😃

Dapatkan diskaun 50% dengan memasukkan kupon ‘kidinnova50’ untuk Modul Funtastic Innovation ini.

Mula terapkan sejak kecil, inshaAllah ia pasti membantu kemahiran ‘thinking skill’ dan ‘problem solving’ mereka 🙂

Antara Modul Funtastic Innovation:

FUNTASTIC INNOVATION

1.1 Buat ais krim tanpa menggunakan peti ais

1.2 Buat bot turbin menggunakan kadbod

1.3 Buat bot turbin menggunakan batang ais krim

Yakin Sebelum Berinovasi 😃

Untuk info boleh klik di Funtastic Innovation

Program Pembangunan Guru STEM Selangor

Program Pembangunan Guru STEM Selangor aniuran Science Bridge Academy dengan kerjasama SUK Selangor, Pusat STEM Selangor, JPN Selangor dan PPD telah dijalankan di UKM Bangi.

Beberapa Pengisian telah disusun seperti:

  • Design Thinking
  • Problem-based Learning
  • Project-based Learning
  • Apps for Learning

dan banyak lagi.

Bersambung 2 sesi lagi….

 

Apakah Itu Pembelajaran Berasaskan Projek?

Apakah Pembelajaran Berasaskan Projek?

 

Pembelajaran berasaskan projek adalah kaedah mengajar di mana pelajar memperoleh dan menggunakan kemahiran dengan mengerjakan projek lama di mana mereka menyelesaikan pertanyaan mendalam ke topik atau persoalan tertentu.

Sama seperti semua kaedah pengajaran, ia tidak berdiri sendiri. Ia boleh ditambah kepada pengajaran yang sudah anda lakukan di dalam bilik darjah anda.

PBL membolehkan lebih banyak aplikasi dunia realiti dan pemahaman yang mendalam mengenai konsep-konsep dalam subjek yang perlu difahami pelajar anda.

Elemen PBL Komponen berikut diperlukan untuk projek yang dianggap sebagai pembelajaran berasaskan Projek:

Kandungan Penting – Pada terasnya, projek ini memberi tumpuan kepada mengajar pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran penting, yang diperoleh daripada piawaian dan konsep utama di tengah-tengah subjek akademik.

Kompetensi Abad 21 – Pelajar membina kecekapan yang berharga untuk dunia hari ini, seperti penyelesaian masalah, pemikiran kritis, kerjasama, komunikasi, dan kreativiti / inovasi, yang secara jelas diajar dan dinilai.

In-Depth Inquiry – Pelajar terlibat dalam proses yang panjang, menuntut soalan, menggunakan sumber dan membuat jawapan.

Soalan Memandu – Kerja projek difokuskan oleh persoalan terbuka bahawa pelajar memahami dan mencari yang menarik, yang menangkap tugas mereka atau membingkai penerokaan mereka.

Perlu Tahu – Pelajar melihat keperluan untuk memperoleh pengetahuan, memahami konsep, dan menggunakan kemahiran untuk menjawab Soalan Memandu dan membuat produk projek, bermula dengan Acara Kemasukan yang menghasilkan minat dan rasa ingin tahu.

 

Suara dan Pilihan – Pelajar dibenarkan membuat beberapa pilihan mengenai produk yang akan dicipta, bagaimana mereka bekerja, dan bagaimana mereka menggunakan masa mereka, berpandukan guru dan bergantung pada tahap usia dan pengalaman PBL.

 

Kritikan dan Semakan – Projek ini merangkumi proses bagi pelajar untuk memberi dan menerima maklum balas mengenai kualiti kerja mereka, membawa mereka untuk membuat semakan atau menjalankan penyelidikan lanjut.

Penonton Umum – Pelajar membentangkan kerja mereka kepada orang lain, di luar rakan sekelas dan guru mereka. Mengapa Pembelajaran Berasaskan Projek? Pembelajaran berasaskan projek sangat baik untuk kelas kerana banyak sebab.

Semua jenis teknologi boleh dimasukkan ke dalam PBL! Anda boleh memasukkan pelbagai bidang subjek ke dalam satu PBL.

Funtastic STEM Back To School!

Alhamdulillah dijemput untuk bersama adik-adik Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Sabak Bernam.

Terima kasih kepada Cikgu Suhaida yang kami berkenalan melalui Bengkel Funtastic STEM PPD Kuala Selangor.

Terima kasih atas usaha beliau dan Parent Support Group MITS untuk menjemput kami ke MITS untuk Bengkel Funtastic KBAT STEM & Al-Quran bersama Pelajar Tingkatan 1.

Masuk sahaja ke sekolah tersebut, kami agak kagum dengan suasana sekolah. Selain fasilitinya yang bagus, pelajarnya juga mempunyai akhlak yang baik.

Dalam sesi awal Funtastic KBAT STEM & AL-QURAN, dimulakan dengan Slot Ice-Breaking bersama peserta serta pembahagian kumpulan.

Coach Isa dan Cikgu Nurul membawakan Slot Funtastic Matematik dengan Aktiviti KUDABATATO dan Permainan Kuasa 2.

Peserta teruja kerana dapat membuat sendiri aktiviti dan soalan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Kemudian, Coach Mohd Noor pula dengan membawakan Slot Sains & Al-Quran sebelum membawakan Aktiviti Funtastic Sains bersama Cikgu Zaiju.

Cikgu Zaiju berkongsi tentang Topik Cahaya dalam Sains Tingkatan 1 serta membimbing pelajar membuat Periskop dengan kreativiti tersendiri.

Akhi sekali, Coach Mohd Noor berkongsi tentang Impak Revolusi Industri 4.0 terhadap generasi kan datang serta menekankan tentang Formula 4C yang penting untuk kerjaya  mereka masa hadapan.

Aktiviti Pembelajaran Sains Secara Inkuri atau IBSE  telah dijalankan dengan peserta membina bahan yang dapat mengapungkan benda yang berat serta Project-based Learning yang menekankan konsep Perubahan Tenaga.

Alhamdulillah, secara keseluruhan, peserta menunjukkan minat yang tinggi serta komitmen sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang mereka sertai dan berharap dapat menyertai Program sebegini pada masa akan datang.

Terima kasih kepada Parent Group Support yang diwakili oleh Cikgu Suhaida serta Guru-Guru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Sabak Bernam yang telah menjemput CMN Academy untuk berkongsi tentang dunia pembelajaran alaf baru. Semoga ada manfaatnya untuk anak-anak ini.

Bengkel STEM & Pembelajaran Sains Secara Inkuiri (IBSE)

 

STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).

Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.

Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.

Salah satu pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak .

Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri

Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Pembelajaran berasaskan inkuri adalah penting untuk memastikan murid betul-betul memahami apa yang dipelajari, menambah baik sikap terhadap pembelajaran dan meningkatkan keupayaan mereka untuk menggunakan apa yang dipelajari dalam dunia sebenar.

Inkuiri bermula dengan persoalan atau masalah dan diikuti dengan pemerhatian, penerokaan, penyiasatan/eksperimen, membuat kesimpulan dan menjelaskan dapatan (komunikasi).

Dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjana aktiviti inkuiri menggunakan Kemahiran Merekabentuk (KMR) secara “backward design”. Seterusnya, peserta akan melalui proses PdP mata pelajaran Sains berasaskan inkuiri secara hands-on.

Setelah itu, peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjana aktiviti inkuiri dalam kumpulan masing-masing. Akhir sekali, setiap kumpulan akan membentangkan aktiviti yang mereka telah hasilkan dan penceramah akan memberi komen untuk mengukuhkan pemahaman peserta tentang IBSE.

 

 

Manfaat yang anda akan perolehi dalam Bengkel STEM & Pembelajaran Sains Secara Inkuiri (IBSE):

☑Bagaimana melaksanakan Pendidikan STEM dalam sesi pembelajaran
☑Mengetahui Teknik Pengajaran mata pelajaran Sains berasaskan Inkuiri melalui aktiviti hands-on yang berpandukan DSKP
☑Membantu pelajar untuk lebih menyukai dan memahami apa yang dipelajari

 

Profil Speaker (Dr Ihsan Ismail)

  • Bertugas sebagai Ketua Pusat STEM Negara di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Mempunyai PhD dalam Data Envelopment Analysis daripada University of Warwick, UK
  • Master Pendidikan Matematik daripada UKM dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mathematics, Statistics and Operational Research daripada University of Manchester, UK.

 

 

 

INFO BENGKEL STEM IBSE

Tarikh: 24 Ogos 2019
Masa: 8:30am – 5:30pm
Tempat: Dewan Kolej Keris Mas, UKM, Bangi

Yuran: RM150/seorang, RM100/seorang (Daftar 3 orang)

Tempat Amat Terhad!

Daftar di sini: Pendaftaran Bengkel STEM IBSE 2019

Untuk info lanjut Whatsapp ‘BengkelSTEMIBSE_Nama penuh’ ke 013-7153776

 

[Sains UPSR] Sistem Pernafasan Manusia Guna Peparu Buatan

Perasan tak, kenapa ada sesetengah pelajar kata belajar Sains sebelum ini membosankan? Malah, kalau ada kelas Sains hari tersebut mesti ada yang nak melarikan diri, berat hati nak belajar sains sebab bosan dan mengantuk :(

Sains ni betul ke membosankan ? atau cara pembelajaran yang tak sesuai dan tak menarik ???

 

Tahukah anda belajar menggunakan aktiviti ‘hands on’ sangat berkesan untuk pemahaman pelajar dan meningkatkan rasa minat dan semangat pelajar untuk belajar !

BETUL TAK?

 

Jadi, salah satu cara nak tarik minat pelajar adalah dengan menggunakan teknik dan kaedah yang menarik bahkan boleh menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang awesome!!! supaya pelajar dapat memahami dengan lebih berkesan serta merasai setiap topik dan subjek yang dipelajari dengan baik.

 

Salah satu topik sains yang boleh menggunakan aktiviti ‘hands on’ ini adalah Sistem Pernafasan Manusia

Sistem pernafasan manusia terdiri daripada beberapa struktur dan organ yang penting. Bermula daripada mulut dan rongga hidung, seterusnya bergerak ke trakea (salur pernafasan) dan seterusnya bergerak ke paru-paru.

 

Proses pernafasan manusia

 

Paru-paru akan berlaku pertukaran gas oksigen (yang akan digunakan oleh badan) dengan gas karbon dioksida (yang telah digunakan oleh badan) dalam struktur yang diberi nama alveolus.

Ini adalah proses semasa menarik dan menghembus nafas :

  • Semasa menarik nafas
    1. Udara masuk dari: Hidung -> Trakea -> Peparu.
    2. Peparu mengembang.
    3. Dada naik dan mengembang.
    4. Diafragma mengendur dan turun ke bawah.

 

  • Semasa menghembus nafas,
    1. Udara keluar dari: Peparu -> Trakea -> Hidung.
    2. Peparu mengempis.
    3. Dada turun dan mengempis.
    4. Diafragma mengecut dan naik ke atas.

 

Mari kita belajar topik sistem pernafasan dengan cara yang lebih menarik dan seronok menggunakan kaedah peparu buatan (ABM) bersama dengan Cikgu Zaiju dan cikgu Amir.

 

 

Untuk info lanjut berkenaan Home Tuition and Online Tuition mohon whatsapp ‘Nama_HomeTutor’ ke 011-32742922

dan boleh layari facebook CMN Academy

Masih Keliru Dengan Keperluan STEM & PAK-21 Dalam Pembelajaran?

STEM dalam PAK21

STEM dan PAK21 merupakan akronim yang sangat popular dalam pendidikan di Malaysia pada masa ini. Ada yang menerimanya secara positif untuk memastikan anak-anak Malaysia meningkat maju setaraf dengan anak-anak di negara maju. Tak kurang juga yang mempersoalkan kewajaran kita terlalu mengikut trend dunia sehingga terlalu membebankan anak-anak dan guru. Ibu bapa pula ramai yang masih keliru dan hanya menggunakan keputusan peperiksaan sebagai satu-satunya kayu ukur kemenjadian anak mereka hasil pembelajaran di sekolah.

Melalui aktiviti dalam PAK21, murid dilatih untuk berfikir secara kritikal, kreatif, berkolaborasi dan berkomunikasi. Pembelajaran bersepadu STEM pula bermaksud penyepaduan elemen sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi dalam PdP yang menggunakan konteks dunia sebenar dan pendekatan hands-on.

Bagi kebanyakan guru, tugas melaksanakan pembelajaran bersepadu STEM dalam PAK21 bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi, terdapat terlalu banyak topik yang perlu diajar dalam masa yang terhad.

STEM perlu dilihat sebagai satu cara untuk mengayakan kurikulum. Mulakan dengan aktiviti yang mudah terlebih dahulu untuk menerapkan elemen PAK21 seperti kolaborasi dan komunikasi. Peruntukan setengah jam seminggu untuk aktiviti STEM. Contohnya Cabaran Marshmallow untuk membentuk kolaborasi dalam kalangan murid. Dalam aktiviti ini, murid diberikan satu marshmallow, beberapa batang spaghetti, sedikit pita pelekat dan tali. Mereka diminta bekerjasama dalam satu pasukan yang terdiri daripada 2-4 murid untuk membina menara yang paling tinggi yang puncaknya adalah marshmallow. Setiap kumpulan diberikan 15 minit untuk menyiapkan cabaran ini.

Pada akhir aktiviti, guru berbincang dengan murid tentang bagaimana ahli kumpulan berkomunikasi, strategi yang digunakan dan bagaimana mereka boleh menambah baik menara yang dibina dalam aktiviti seterusnya.

Aktiviti STEM ini membantu murid memahami bahawa kerjasama dalam pasukan dan komunikasi adalah kemahiran dunia sebenar yang penting dan perlu dikuasai. Melalui aktiviti seperti ini murid sedar bahawa terdapat pelbagai cara dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Cabaran STEM mini seperti ini dapat membina asas untuk murid menjadi pemikir yang lebih baik (better thinker). Terdapat pelbagai cara lain untuk menyepadukan STEM dalam PAK21. Sebagai contoh, dalam topik berkaitan elektrik, murid diminta bekerja dalam kumpulan untuk membina lampu suluh dengan menggunakan pengetahuan tentang litar, bateri, suis dan mentol.

Mereka bermula dengan mendapatkan maklumat lanjut melalui pembacaan (elemen bacaan, bahasa) dan kemudian melakar model lampu suluh berdasarkan skala (math, seni) dan kemudian membina lampu suluh sebenar (sains, teknologi). Seterusnya mereka diminta menerangkan kenapa lampu suluh mereka lebih baik daripada lampu suluh dalam pasaran dan menjawab sebarang persoalan yang timbul.

Aktiviti ini dapat menunjukkan dengan jelas bagaimana pembelajaran bersepadu STEM dijalankan dan bagaimana ia membentuk kemahiran PAK21 dalam kalangan murid.
Maklumat lebih lanjut terdapat pada link ini.

https://teacher-blog.education.com/integrating-stem-into-the-21st-century-classroom-7c0e764ff59

Dr Ihsan Ismail

Ketua Unit Latihan

Pusat STEM Negara

#PendidikanMenerusiPenerokaan

[Sains UPSR] Apa Yang Pelajar Perlu Ingat Dalam Tajuk Asid & Alkali?

Sains UPSR: Apa Yang Pelajar Perlu Ingat Dalam Tajuk ASID DAN ALKALI

Di bulan puasa ini, pelajar selalu hilang Fokus.. Semalam semasa Cikgu berbincang soalan-soalan Sains Pertengahan Tahun, ada pelajar yang tidak dapat membezakan ASID DAN ALKALI…

 

Maka dengan itu, Cikgu nak kongsikan Nota PENTING yang perlu dingati oleh murid-murid dalam tajuk ASID DAN ALKALI berserta latihan.. Semoga guru-guru serta pelajar-pelajar dapat menggunakannya tips-tips ini dalam peperiksaan UPSR nanti…

💉. Mendefinisi Secara Operasi Sifat Kimia Bahan

☢ Bahan ASID adalah bahan yang dapat menukarkan warna kertas litmus BIRU kepada MERAH

☢ Bahan ALKALI adalah bahan yang dapat menukarkan warna kertas litmus MERAH kepada BIRU

☢ Bahan NEUTRAL adalah bahan yang TIDAK dapat menukarkan warna kertas litmus

💉.. 2 Kaedah Menguji Sifat Bahan

⚛ Menguji dengan Kertas Litmus

⚛ Menguji dengan Merasa bahan Makanan

💉. Rasa Makanan Mengikut Sifat Bahan

a. ASID

💋 Rasa MASAM

🚏Contoh Makanan : Lemon, Nenas, Oren, Tomato

b. ALKALI

💋 Rasa PAHIT

🚏Contoh Makanan : Terung, Peria, Badam, Serbuk Penaik

c. NEUTRAL

💋 Rasa MANIS, MASIN dan TAWAR

🚏Contoh Makanan : Gula, Garam, Madu, minyak masak

💉 Formula DISAMBALKALI

disa MB alkali
………⇆

⚠ MERAH ➝ BIRU = ALKALI

⚠ BIRU ➝ MERAH = ASID

⚠ TIADA PERUBAHAN = NEUTRAL

Soalan-soalan yang sering ditanya dalam kertas 1 atau Kertas 2 SAINS biasanya menguji kemahiran murid untuk MENGINGATI rasa makanan mengikut sifat bahan dan dapat mengenalpasti perubahan warna kertas litmus

Bengkel Funtastic KBAT STEM Bersama Guru Sains PPD Kuala Selangor

Sewaktu pergi ke Seminar Antarabangsa Pendidikan di Unisel untuk presentation dan buka Booth tahun lepas, berpeluang mengenali Pensyarah, Guru-guru, pegawai PPD dan salah seorang ialah Cikguche Hasni, Guru Sains SMK Pengkalan Permatang.

Saya berasa kerdil sangat sebab dikelilingi oleh orang-orang hebat dalam bidang pendidikan di Malaysia waktu itu..Namun kami gagahkan juga untuk berkongsi sedikit ilmu yang kami ada..

Beliau juga telah mendapatkan Modul Funtastic..bila bersembang rupanya beliau seorang guru yang hebat dan menggunakan Pembelajaran STEM dan Project Based Learning di sekolah beliau.

Rupa-rupanya beliau terlibat dengan Program Genesis di bawah Agensi Inovasi Malaysia di mana hanya 10 sekolah terpilih sahaja di seluruh Malaysia melaksanakan Projek tersebut yang menekankan kepada Inovasi dan Proses Design Thinking dalam Pembelajaran.

Beberapa minggu lepas beliau menghubungi saya bertanyakan jika ada Modul yang sesuai untuk Guru Sains..

Saya kongsikan sedikit tentang modul Funtastic KBAT STEM yang kami sedang usahakan..

Selepas team kami menghantar proposal kepada peringkat atasan di PPD Kuala Selangor..alhamdulillah ia diterima 😃

Excited tu memang lah..namun rasa nervous tu memang ada sebab nak berkongsi dengan Ketua Panitia dan guru-guru Sains yang berpengalaman.

Sama juga sewaktu berkongsi dengan PPD Rompin..itu pula bersama Guru Sains & Matematik sekolah rendah & menengah seramai 80 orang bersama Puan Zarina Madzharyang sangat supportive.

Kali ini Team kami termasuk Cikgu Mohamad Isa Bin Idris dan Sir Rajinder Singh serta dibantu oleh Cikgu Hasriza Mohd Nasir dan Cikgu Nurul Nabihah Razali.

Ada di antara team kami yang bertolak seaway 3:30 am di sebabkan faktor jarak.

Ini semua bagi mengelakkan jam KL yang biasanya selepas 7am dan kami semua berjumpa di R&R Jejantas Sg Buloh dan bertolak selepas menunaikan solat Subuh dan breakfast..

Dalam perjalanan kami sempat juga berbincang kali terakhir untuk lebih mengemaskinikan perjalanan Program..

Sampai sahaja di sana kami disambut oleh pelajar SMK Pengkalan Permatang yang baik serta menawarkan diri untuk membawa barang kami ke tempat program..

Kami juga dioffer untuk breakfast..sempatlah menjamah air sedikit memandangkan kami baru sahaja breakfast 😃

Sampai sahaja di library, memang segalanya sudah siap dan meja pun telah disusun seperti apa yang diperlukan untuk program ini..

Bengkel dimulakan dengan Cikgu Isa berkongsi tentang Modul PAK-21 serta kaitannya dengan Teknik VAK dan 4C.

Stem Bengkel ladap

Setiap kumpulan dapat menonjolkan kreativiti masing-masing dalam menggabungkan idea-idea dalam PdPc.

Apa yang menarik adalah presentation adalah secara fb live dalam group serta kebanyakan cikgu first time dapat pengalaman begini.

Yang Bestnya adalah kami dapat tonton kami sesi live tersebut untuk panduan masa akan datang jika Ingin buat bersama pelajar-pelajar pula 😃

Kemudian Sir Raj berkongsi Teknik Problem Solving dengan Aktiviti hands-on ‘Eggciting Mission’ & Teknik Teori vs Realiti beliau yang memang membuka mata berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang Engineering sebelum ini.

Kalau kita dapat mengira ketumpatan telur yang sama melalui pengiraan secara teori dan praktikal, anda memang power 😉

Akhir sekali Saya berkongsi tentang keperluan pendidikan dan Revolusi Industri 4.0 serta Aktiviti “Titanic Boat” & Project-based Learning “Energy Generator” dengan menggunakan barang-barang yang low-cost tapi dapat mengaplikasikan 4C dan merentasi Subjek dan topik.

Terima kasih Guru-guru yang memberikan komitmen yang baik dan semua stay sehingga tamat walaupun mempunyai komitmen masing-masing di sekolah mahupun keluarga.

Kami juga sempat mengambil maklumbalas Pre & Post-Mortem Program yang inshaAllah akan dikongsikan dapatannya nanti 😃

Terima kasih En Azmil dari PPD Kuala Selangor yang turut hadir dan memberikan feedback beliau 😃

Terima kasih Cikgu Hasriza dan Cikgu Nurul yang menjadi spinal cord kepada program ini dalam memastikan Program berjalan lancar dan Team CMN yang membantu sejak awal Cik Zalikha Ruzanna dan Cik Bainun Kamarul.

InshaAllah banyak lagi yang kami perlu improve dalam perkongsian yang akan datang..Banyak juga yang ingin dikongsikan lagi kerana faktor masa kami dahulukan yang penting dahulu.

Terima kasih kepada Puan Che Hasni, Guru yang sentiasa bersemangat waja serta bertanggungjawab menjemput kami, saya baru tahu beliau orang hebat rupanya..Jurulatih Utama Kebangsaan Subjek Sains namun mempunyai kerendahan hati.

InshaAllah program ini bukan touch n go..InshaAllah kami akan sentiasa kongsikan pelbagai lagi aktiviti dalam Group bersama Pendidik Sains & Matematik 😃

Majulah STEM untuk Negara 😃

Mohd Noor Mohd Tahir
Founder CMN Academy

 

Sumber: www.coachmohdnoor.com

#YakinSebelumBerjaya
#STEM4All

[Bengkel STEM] Bagaimana Mengaitkan Topik Sains Dengan Dunia Realiti?

#Guru_Sains
#Kuala_Selangor
#STEM

Apa itu ketumpatan?
Dan bagaimana mencari ketumpatan Telur Ayam?

Umumnya mencari ketumpatan sesuatu objek/bahan kita perlu ketahui jisim dan Isipadu.

Tetapi didalam Aktiviti ini, Cabarannya adalah TANPA menggunakan Penimbang Berat untuk mencari jisim dan tanpa menggunakan Kaedah Sesaran Air untuk mencari Isipadu telur.

•Jadi Apa yang perlu dilakukan?

•Kaedah apa yang boleh digunakan?

•Bagaimana Kaedah itu boleh membantu mencari jisim dan Isipadu?

•Kenapa kaedah itu yang dipilih?

•Bagaimana nak mendapatkan ukuran bacaan jisim dan isipadu telur ayam yang jitu

Ini lah cabarannya.

Dan jawapan yang diperolehi itu, baru lah kita gunakan penimbang dan kaedah sesaran air untuk melihat perbezaan nilai yang diperolehi.

•Berapakah perbezaan nya?

• Kenapa wujudnya perbezaan bacaan ini?

• Apakah yang boleh dibuat untuk menggurangkan relay bacaan yang diperolehi?

Itu lah antara beberapa cabaran yang dilalui.

Yang menariknya, Guru Guru berjaya melaksanakan aktiviti ini sebagai “Team Avengers” yang hebat.

Kerjasama yang ditonjolkan untuk mencari Penyelesaian harus dipuji.

Sesi yang bersahaja Dan santai yang sekali sekala diselitkan dengan elemen didik hibur memeriahkan susanna Bengel ini.

Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Che Hasni yang menjemput CMN Academy ( https://cmnacademy.com ) untuk mengendalikan sesi perkongsian ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada Coach Mohd Noor Mohd Tahir yang menjemput saya Rajinder Singh a.k.a Tutor Raj untuk bersama sama didalam sesi ini.

Dan Sesi Pengenalan oleh Mohamad Isa Bin Idris adalah merupakan mangkin yang menyemarakkan keindahan Bengkel ini dengan Aktiviti menarik yang menekankan 4C.

Malahan sesi Coach Mohd Noor Mohd Tahir dengan prop prop bahan terbuang untuk Projek Based Learning juga amat menarik untuk diikuti.

Tak lupa juga kepada Cikgu Hasriza Mohd Nasir Dan juga Cikgu Nurul Nabihah Razali yang turut Serta membantu menceriakan Bengkel ini.

Teringat kata kata semangat mereka “Support Support Support” untuk memberikan semangat kepada setiap kumpulan yang membuat pembentangan.

Semoga sesi ini dapat memberikan Keindahan Problem Solving Skills dan cara PAK21 yang diamalkan untuk menonjolkan 4C.

Terima Kasih Semua, Terima Kasih PPD Kuala Selangor yang sudi menjemput CMN Academy untuk sesi perkongsian ini.

Ini merupakan jemputan kedua oleh PPD, sebelum ini kami dijemput oleh PPD Rompin oleh Cikgu Zarina Madzhar. Terima Kasih Cikgu Zarina kerana memberikan kepercayaan Dan juga kesempatan kepada CMN Academy untuk berkongsi sesi Matematik dengan Guru Guru hebat daripada Rompin Pahang.

Terima Kasih.

 

Sumber #Tutor_Raj