Tips Menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR 2019

Mungkin sebab kurang kesedaran mengenai kepentingan Percubaan UPSR yang bakal dijalankan tidak lama lagi menyebabkan calon-calon UPSR 2019 ini tidak langsung kelihatan BERSEDIA dan BERSEMANGAT untuk menduduki Peperiksaan PERCUBAAN UPSR.

Berikut kami kongsikan kepentingan Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR:-

1. KEPUTUSAN PERCUBAAN ADALAH PENTING.

Calon UPSR mungkin tidak tahu sekiranya berlaku sesuatu pada dirinya dan Calon ni tidak dapat menduduki Peperiksaan UPSR yang sebenar, Keputusan Percubaan UPSR adalah sumber Rujukan utama yang digunakan oleh pihak Sekolah Menengah untuk menentukan kelas mereka…

2. BATU PENGUKUR KEMAMPUAN.

Sebut saja Murid Calon UPSR akan ada soalan yang sering ditanya kepada mereka iaitu berapakah keputusan Percubaan mereka. Sebenarnya Calon-calon boleh menggunakan keputusan UPSR sebagai pengukur kekuatan dan kelemahan untuk berjaya lebih baik dalam Peperiksaan UPSR yang sebenar. Pastinya anda ingin mendapat keputusan yang lebih baik.

Jika keputusan Percubaan anda kurang Cemerlang, anda masih ada masa untuk membetulkan kesilapan dalam Percubaan.Jika anda mendapat Keputusan yang Cemerlang, anda boleh mengambilnya sebagai satu Cabaran untuk memastikan keputusan yang sama bakal anda perolehi dalam Peperiksaan UPSR yang sebenar.

3. LATIHAN PEPERIKSAAN SEBENAR.

“Trial” adalah satu latihan kepada Calon UPSR untuk menduduki Peperiksaan Awam buat pertama kali. Latihan ini akan mengajar anda dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi Peperiksan yang sebenar…

Dalam latihan ini, soalan-soalan Percubaan biasanya sukar dan hampir menyerupai Soalan Sebenar. Anda boleh ambil kesilapan yang anda buat semasa menjawab soalan Percubaan ini sebagai PENGAJARAN yang dapat membantu anda mendapat Keputusan Yang lebih baik nanti…

4. MEMBINA SEMANGAT.

Keputusan ‘Percubaan’ ini akan memberi impak pada diri calon-calon UPSR itu sendiri. Anda boleh bayangkan betapa semangatnya bila mendapat Keputusan yang CEMERLANG dalam peperiksaan Percubaan UPSR. Semangat untuk memastikan kekal mendapat Keputusan CEMERLANG dalam peperiksaan UPSR yang sebenar…

Bagi Calon-calon yang mendapat Keputusan ‘Percubaan’ yang kurang CEMERLANG. Baki masa sebelum tarikh UPSR ini boleh digunakan sebaiknya untuk membaiki kelemahan anda serta Berusaha untuk mendapatkan keputusan yang CEMERLANG dengan bersungguh-sungguh..

 


Keputusan UPSR penting bagi mereka yang tahu menilai penat lelah belajar selama 6 Tahun di Sekolah Rendah. Jika anda masih berdegil menyatakan bukan keputusan UPSR itu yang diutamakan maka kami tidak mampu berkata apa-apa…

Berikut kami kongsikan beberapa tips yang kami rasakan perlu murid-murid ketahui untuk Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR 2019:-

✎ Pastikan jadual Peperiksan Percubaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.

✎ Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.

✎ Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat “SAYA BOLEH LAKUKAN!” Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.

✎ Sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam – 2 batang, pemadam – 2 butir, peraut pensil – 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris – 1 batang pendek dan sebatang lagi yang panjang, pen – 2 batang dan set geometri – jika perlu dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

✎ Mohon ibu bapa guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.

✎ Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.

✎ Bawa bekal air kosong. Air kosong sangat membantu kesegaran dan kecerdasan otak.

✎ Pastikan sampai awal ke sekolah. Usah berbincang sebelum masuk dewan Peperiksaan.

✎ Dengar arahan daripada guru betul-betul. Pastikan baca arahan pada kertas soalan.

✎ Ambil masa untuk imbas dahulu semua soalan-soalan yang keluar.

✎ Baca soalan sampai habis sebelum mula menjawab. Fahamkan arahan yang diberikan itu. Mungkin ada soalan yang wajib dijawab.

✎ Terus catatkan formula atau kata kunci penting agar tidak terlupa pada kertas kosong yang disediakan.

✎ Beri masa untuk semak setiap jawapan. Sediakan masa dalam lima minit terakhir untuk menyemak semula jawapan.

 


PANDUAN UNTUK TERUS CERGAS SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

💣 Tarik nafas – Duduk secara tegak dan tarik nafas dalam-dalam supaya banyak oksigen dapat masuk ke tubuh untuk menghasilkan tenaga.

💣 Tidur yang cukup – Tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari.

💣 Pilih suasana yang selesa dan tenang- belajar di tempat yang mempunyai cahaya yang cukup dan berehat sebentar di luar untuk mendapat cahaya semula jadi.

Semoga dengan perkongsian kami ini dapat membuka mata Calon-calon UPSR terutamanya anak-anak murid kami tentang kepentingan Keputusan Percubaan UPSR. Semoga tips-tips menghadapi Percubaan UPSR dapat digunakan oleh Calon-calon UPSR 2019.

Sains Kertas 2 UPSR Topik Mikroorganisma

Mengukuh Fakta Soalan Sains Kertas 2 UPSR: MIKROORGANISMA

Setelah diteliti salah satu tajuk yang tidak pernah disoal lagi dalam Soalan Sains Kertas 2 UPSR adalah tajuk MIKROORGANISMA. (Tahun 6) Cikgu akan permudahkan fakta-fakta yang perlu diingat oleh pelajar bagi tajuk MIKROORGANISMA…

 

Anda diizinkan berkongsi nota berikut bersama para pelajar.. Jika ada tersalah mohon maafkan kekhilafan Cikgu yer…

☣ Definisi MIKROORGANISMA

📝 Hidupan Seni Yang Tidak Dapat Dilihat Dengan Mata Kasar.

☤ Jenis-Jenis MIKROORGANISMA ➛ Fani Beli Proton Alza Viva

📝 Fani ➛ Fungi
📝 Beli ➛ Bakteria
📝 Proton ➛ Protozoa
📝 Alza ➛ Alga
📝 Viva ➛ Virus ;

☛ MIKROORGANISMA menjalankan proses hidup

📝 berNAFAS
📝 berGERAK
📝 berTUMBUH

❅ Faktor Pertumbuhan MIKROORGANISMA ➩ S.U.K.A.N

📝 S ➩ Suhu yang sesuai
📝 U ➩ Udara yang cukup
📝 K ➩ Keasidan yang sesuai
📝 A ➩ Air atau kelembapan yang sesuai
📝 N ➩ Nutrien

☃ Keburukan MIKROORGANISMA

📝 Kerosakan makanan
📝 Pereputan gigi
📝 Wabak penyakit
📝 Keracunan makanan

✌ Kegunaan MIKROORGANISMA

📝 Pembuatan makanan
📝 Penghasilan Antibiotik dan Vaksin
📝 Penguraian dan Pereputan bahan Organik
📝 Rawatan sisa Kumbahan
📝 Penghasilan baja Organik

♚ Langkah-Langkah Pencegahan Penyakit Berjangkit

📝 Mencuci tangan sebelum Makan
📝 Tidak berkongsi peralatan peribadi dengan orang lain
📝 Kuarantin Pesakit penyakit Berjangkit
📝 Penyediaan Makanan yang Bersih
📝 Memasak air Minuman

♛ Amalan Harian Mencegah Penyakit Berjangkit

📝 Mencuci tangan
📝 Tutup makanan supaya tidak dihingapi lalat
📝 Mandi mengunakan sabun atau antiseptik
📝 Tutup Hidung dan mulut
📝 Elakkan mendekati Pesakit penyakit berjangkit

~~
Cikgu harapkan dengan penerangan fakta-fakta ini dapat membantu murid-murid mengingati tajuk MIKROORGANISMA dengan lebih baik dan tepat… Cikgu juga sediakan beberapa soalan Kertas 2 Sains berdasarkan tajuk Mikroorganisma untuk latihan murid-murid… Semoga bermanfaat…

Untuk info lanjut berkaitan Home Tuition UPSR, boleh whatsapp ‘Home Tuition UPSR ke 0132006840’

Jom Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur! Jumpa Anda Di Sana Ye.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Anda dah hadir ke PBAKL2019 yang sedang berlangsung di PWTC sekarang?
Tahu ke ESOK dah hari terakhir?
LAST CALL!!
Esok kami akan ada di Booth 3114 (Booth SifufBads Press) dalam jam 1-3 petang.
Jadi, esok juga HARI TERAKHIR anda boleh dapatkan pelbagai buku & modul keluaran kami dengan HARGA SUPER DUPER AWESOME!
Diskaun memang tak payah cakap, banyak kami potong.
Kami juga berikan pelbagai BONUS dan BAUCER PERCUMA untuk setiap pembelian buku/modul kami.
Kami ada bawakan 6 buku/modul untuk anda:
  • Combo Modul Funtastic Sains & Matematik 
  • Buku Fenomena Home Tutor Beyond Expectation
  • Buku Mahir Arab Dari AlQuran
  • Modul Tajwid Infografik plus Buku Latihan
  • Kad Imbas Kenali Hijaiyah
Jadinya, rugi sangat jika anda tak ambil peluang ini untuk berbelanja dengan JIMAT!
Kami tunggu anda sampai esok ;)
Jika anda jauh atau tidak dapat ke sana, tapi nak dapatkan harga dan bonus menarik sempena PBAKL2019 ini, boleh klik DI SINI.
*Harga tak termasuk kos postage ye.
Untuk pertanyaan, boleh klik DI SINI.
#PBAKL2019

Pelajar Merancang Untuk Berjaya, Bukan Untuk Gagal…

Manusia adalah pemerintah diri sendiri. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya. Orang terdahulu telah banyak membuat kesilapan dan mengalami pelbagai kegagalan. Kesilapan dan kegagalan generasi terdahulu bukan kerana kurang maklumat atau ilmu tetapi sudah menjadi sebahagian peraturan hidup bahwa manusia belajar daripada kesilapan dan kegagalan untuk mengetahui perkara yang betul.

Satu perkara yang manusia pelajari adalah kebaikan memaksimakan penggunaan minda atau akal fikiran anugerah Allah kepada manusia. Tujuan kita belajar sejak waktu pandai bercakap sehingga mendapat diploma dan ijazah adalah untuk menyediakan akal kita dengan maklumat. Namun ulmu tersebut hanyalah 20% perolehan ilmu dan kita memerlukan pengalaman sebanyak 80% untuk meyakinkan kita kebenaran sesuatu ilmu.

TIPS PENGURUSAN MASA PELAJAR ANDA BOLEH AMALKAN

  1. Kenalpasti kekuatan & kelemahan diri anda
  2. Rancang jadual tetapi utamakan priorities
  3. Fokus dan belajar katakan tidak
  4. Elakkan dari terpedaya dengan perkara trivia
  5. Jejak kembali masa yang telah berlalu
  6. Baca Novel / Buku Ilmiah
  7. Menolong Ibu Bapa di Rumah

 

 

MASIH TERCARI-CARI PROGRAM CUTI SEKOLAH YANG BERMANFAAT & WOW UNTUK AKADEMIK, KENDIRI & SOSIAL ANAK ANDA??

Adakah anak anda suka belajar sains dan matematik dalam keadaan yang menyeronokkan?

Anak anda kurang keyakinan diri, kurang bersosial dan belum mahir berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan tugasan?

Atau anda masih belum merancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak dan hanya ada bayangan yang anak-anak anda akan menghabiskan masa cuti dengan menghadap permainan Gadget sahaja?

Kami ada solusi untuk bantu anda dalam isu ini.

Jom beri anak anda sertai PROGRAM CUTI SEKOLAH : FUNTASTIC SAINS DAN MATEMATIK

Jom tengok apa yang ada dalam program ni…

5 PERKARA MENARIK di FUNTASTIC Sains dan Matematik UPSR🎈

  • Program berlangsung selama 2 HARI
  • Masa hanya 8 PAGI – 5 PETANG, ISNIN dan SELASA. Jadi, ibu2 yang bekerja boleh hantar anak sebelum bekerja & fokus kerja tanpa perlu risau apa yang anak buat untuk isi masa cuti
  • PELBAGAI AKTIVITI menarik & bermanfaat
  • SARAPAN & MAKAN TENGAHARI disediakan
  • Program dijalankan secara INDOOR. Jadi LEBIH SELAMAT & KONDUSIF

Ups… sebentar…
.
Program ini hanya terbuka kepada pelajar berusia 10 hingga 12 TAHUN SAHAJA

Apa yang anak anda akan dapat dalam FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK ini?
.
.
(Matematik)
.
Meransang minda pelajar untuk mengapplikasikan konsep asas yang dipelajari di sekolah dan dipraktikkan pada aktiviti harian.
Antara tajuk Slot: 7UP!! , KU DA BA TA TO, Perang Koordinat dan banyak lagi.

(Sains)

Meransang kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dengan ekperimen ringkas yang menarik berasaskan konsep sains yang dipelajari di sekolah.
Antara Tajuk Slot: Titanic Boat (Ketumpatan), Hot Air Balloon (Hana), MyPlanet (Sistem Suria) dan banyak lagi

Apa Keunikan Program ini??

Melalui program ini, kami juga akan suntik semangat kepimpinan dan bekerjasama di antara pelajar sesuai dengan Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (4C Communication, Collaboration, Critical Thinking & Creativity)

– Mengikut silibus KSSR terkini seperti di sekolah

– Aplikasi KBAT dalam Pembelajaran

– Gaya Santai dan fun learning supaya peserta mudah menyerap pembelajaran

– Menggunakan konsep pembelajaran Hands On dan STEM (Science, Technology Engineering, Maths) yang sedang rancak diperkatakan di Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 

INFO FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK:

⌚MASA: 8 pagi – 5 petang

TEMPAT: CMN Centre, Jalan Reko Sentral, Kajang

Lock Date
25 dan 26 March 2019 (Isnin & Selasa)

Berapa pula PELABURAN Anda:

Kami ada harga istimewa untuk anda:  RM150 seorang

WOW!!!😱

.
.
Berhenti sebentar!
.
.
Kami ada lagi tawaran ISTIMEWA untuk pendaftaran secara berkumpulan hanya RM97 seorang!!

Nak daftar sekarang??

BONUS ISTIMEWA untuk 20 Pendaftaran terawal!

Funtastic UPSR (Bernilai RM50) Video Panduan UPSR 4 Subjek

WHATSAPP “Funtastic” ke https://api.whatsapp.com/send?phone=6013-7153776 SEGERA!

PS: Tempat AMAT TERHAD. Daftar segera.
-Shaping Your Child Into A Funtastic Person-

Bahasa Melayu Kuno, Klasik dan Moden? Apa perbezaannya?

Bahasa Melayu secara majoriti dituturkan oleh masyarakat di Malaysia, Indonesia dan persekitarannya yang merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia (bahasa Austronesia). Bahasa ini bukan sahaja menjadi bahasa kebangsaan Malaysia, tetapi juga Indonesia, Brunei dan Singapura. Penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, Sri Lanka, Kemboja, Filipina, Vietnam dan Afrika Selatan juga bertutur dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek. Setiap dialek pula mempunyai perbezaan dari segi sebutan dan kosa kata.

 

Berdasarkan statistik penggunaan bahasa di dunia, Bahasa Melayu merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas Bahasa Inggeris, Mandarin dan Hindi/Urdu. Bahasa ini telah diajar di universiti-universiti di peringkat antarabangsa seperti di Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

 

Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga tahap iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Perbezaan ketara telah terjadi antara tiga tahap ini sejak kedatangan agama Islam dan Hindu, termasuk penjajah Eropah di Asia Tenggara.

 

Bahasa Melayu Kuno:

  • Mempunyai pengaruh yang kuat daripada Sanskrit dan Hindu.
  • Gemilang sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran pada abad zaman Sriwijaya daripada abad ke-7 hingga abad ke-13.
  • Ditutur di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Kepulauan Riau.
  • Diterima ramai kerana bersistem lebih mudah berbanding Bahasa Jawa, bersifat sederhana, mudah menerima pengaruh luar dan tidak terikat dengan perbezaan susun lapis masyarakat.
  • Antara contoh perkataan: wulan (bulan), mangalap (mengambil), mamava (membawa), sukhacitta (sukacita), datam (datang), rajaputra (putra raja), vatu (batu).

 

Bahasa Melayu Klasik:

  • Mempunyai pengaruh daripada Bahasa Arab dan Islam.
  • Menggunakan bahasa istana.
  • Banyak ayat pasif dan songsang.
  • Ayat panjang dan berulang.
  • Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’.
  • Menggunakan kosa kata klasik seperti ‘ratna mutu manikam’, ‘edan `kesmaran’ (mabuk asmara), ‘sahaya’, ‘masyghul’ (bersedih).
  • Wujud unsur-unsur falsafah Islam.

 

Bahasa Melayu Moden:

  • Mempunyai pengaruh daripada penjajah Barat, terutama Inggeris.
  • Bermula pada abad ke-19 selepas penjajahan Barat seperti Belanda, Inggeris dan Portugis.
  • Hasil karya Abdullah Munsyi iaitu Hikayat Abdullah (1849) dianggap sebagai permulaan zaman Bahasa Melayu Moden.
  • Dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia (Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan) sejak 1957 dan bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran (Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67).

 

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang unik. Mulai hari ini, mantapkan lagi tahap pertuturan anda dalam Bahasa Melayu. Bagi pelajar-pelajar, pelajarilah bahasa ini dengan sebaik mungkin. Sangat mudah untuk mendapat skor A dalam subjek Bahasa Melayu. Sebagai rakyat Malaysia pula, kita mesti menggunakan dan memartabatkan bahasa kebangsaan ini tanpa rasa malu atau terlalu mengagungkan Bahasa Inggeris.

 

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita kuasai Bahasa Melayu!

Kenali Peribahasa Bahasa Melayu

Anda semua tentu tahu apa itu peribahasa. Namun, tidak semua peribahasa yang kita pernah dengar sebelum ini dan memahami maksudnya. Jadi, bagi menambah lagi pengetahuan anda, apa kata anda meluangkan sedikit masa membaca peribahasa-peribahasa yang tersenarai di sini. Rugi anda tidak belajar ilmu ini!

 

  • Mudah luka payah sembuhnya: mencari perselisihan sangat mudah, tetapi

sangat sukar untuk mencari perdamaian .

 

  • Buruk muka cermin dibelah: diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang

disalahkan.

 

  • Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah: susahkan orang

biasa kerana ingin menyenangkan orang yang hebat.

 

  • Bagai naga ditelan lidi: orang yang ada darjat tinggi berkahwin dengan

orang biasa.

 

  • Macam ular kekenyangan: orang yang berperut buncit sehingga berjalan

dalam keadaan tidak betul.

 

  • Makan bubur panas-panas: kelakuan yang tergesa-gesa, akhirnya

mengecewakan.

 

  • Sediakan payung sebelum hujan: berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

 

  • Bagai cendawan tumbuh selepas hujan: terlalu banyak pada sesuatu masa.

 

  • Bagai ikan pulang ke lubuk: orang yang pulang ke tempat asal.

 

  • Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang:

sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.

 

  • Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,

bersenang-senang kemudian: bersusah payah terlebih dahulu untuk

mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

 

  • Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya: tidak akan tercapai

hasilnya jika enggan berusaha dan bersusah payah.

 

  • Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua: kesilapan yang dilakukan

seseorang menyebabkan orang lain turut menerima akibatnya.

 

  • Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak:

menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

 

  • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni: hubungan yang sangat akrab, senang

susah bersama.

 

  • Indah khabar daripada rupa: perkhabaran sesuatu perkara yang

berlebih-lebihan.

 

  • Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing: bersama-sama

menghadapi sesuatu.

 

  • Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi: dua orang atau dua pihak yang

sama darjat dalam adat.

 

  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya: mendidik anak biarlah sejak mereka

kecil lagi.

 

  • Bara yang digenggam biar sampai jadi arang: melaksanakan sesuatu yang

sukar hendaklah sabar sehingga berjaya.

 

  • Agak-agak bertutur malam hari: mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.

 

  • Seperti di atas titian: dalam kebimbangan.

 

  • Seperti memekik di tengah padang luas: seruan yang tidak diendahkan.

 

  • Matahari tengah gerhana: berwajah muram kerana berduka.

 

  • Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting: pemerintahan yang baik

ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.

 

  • Rantai besi dimakan bubuk: cerita yang tak masuk akal.

 

  • Periuk mengumpat belanga: orang yang memburukkan orang lain,

sedangkan dirinya sendiri pun buruk juga.

 

  • Serkap jarang: menuduh tanpa usul periksa.

 

  • Bibir saya bukan diretak panas: kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta.

 

  • Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul: rasa susah

melihat kesusahan orang lain, tetapi lebih susah orang yang menderita kesusahan itu.

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN DAYA INGATAN ANDA

Masalah lupa adalah sesuatu yang pernah dilalui oleh semua orang. Tidak kira usia dari orang muda sehinggalah orang tua. Masalah ini bukan sahaja menganggu tugas kita di pejabat, tetapi juga menganggu anak kita yang sedang belajar di sekolah.

 

Anak kita yang masih bergelar pelajar sewajarnya memerlukan daya ingatan yang kuat untuk membantu mereka dalam pembelajaran di dalam kelas. Masalah lupa adalah sesuatu yang ‘berbahaya’ kepada pelajar ketika sedang menghadapi peperiksaan. Ia boleh menyebabkan pelajar stress dan tentunya menjejaskan tahap pencapaian pendidikannya!

 

Ramai orang mencari langkah mengurangkan masalah ini atau dalam erti kata yang lain, mencari langkah untuk meningkatkan daya ingatan kita. Sudah terbukti ada kajian yang mengatakan makanan-makanan tertentu dan amalan gaya hidup sihat memberikan kesan yang baik untuk otak kita.

 

 

  • Makan buah-buah beri: strawberi, beribiru, kranberi dan bermacam lagi jenis buah beri adalah kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan memori. Antioksidan pada buah beri yang warnanya lebih gelap adalah lebih tinggi.

 

 

  • Makan salmon: mengandungi omega 3 yang banyak manfaatnya untuk otak. Selain daripada mampu melindungi dan mencegah keradangan otak, omega 3 juga mampu mengatur moodagar kekal baik sepanjang hari.

 

 

  • Makan kekacang: bukan sahaja kaya dengan mineral, sumber serat, protein dan vitamin, tetapi ia juga mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi untuk sumber tenaga kepada otak.

 

 

  • Makan telur: kuning telur yang mengandungi acetycholine mampu meningkatkan daya ingatan. Kesihatan neutron otak pun terjaga, selain dapat menghilangkan kekaburan minda.

 

 

  • Makan bayam: vitamin C dan vitamin K yang tinggi dalam sayur jenis ini mampu meningkatkan sistem kognitif, manakala vitamin B9 pula boleh meningkatkan memori.

 

 

  • Makan lobak merah: komponen luteolin yang tinggi di dalamnya mampu mengatasi penuaan kepada otak, selain dapat mengatasi keradangan dan kehilangan memori.

 

 

  • Kurangkan pengambilan makanan bergula: otak boleh menjadi lemah, terutama pada bahagian yang menyimpan memori jangka pendek jika kerap mengambil makanan-makanan bergula.

 

 

  • Banyak minum air: ambil 8 gelas air sehari. Air yang diminum secukupnya akan mengelakkan dehidrasi dan daya ingatan tidak akan terjejas.

 

  • Bermain permainan mencabar pemikiran: sudoku, teka silang kata dan catur adalah antara permainan yang dapat melatih otak untuk sentiasa berfikir, sekaligus dapat meningkatkan daya ingatan. Permainan-permainan sebegini  bukan sahaja meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, tetapi juga tahap konsentrasi seseorang.

 

 

  • Bersenam: ia bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, tetapi juga kesihatan mental. Tidak kira usia, bersenam dapat meningkatkan daya ingatan.

 

 

  • Tidur dengan secukupnya: apabila tubuh keletihan di siang hari, otak juga akan menjadi lemah. Tidur yang baik adalah sekurang-kurangnya 7-8 jam.

Belajar Matematik Dengan Teknik ‘Fun Learning’ (Didik Hibur)

“…Saya tak suka matematik la cikgu, bosan…”

Apabila berhadapan dengan pelajar seperti ini, kita faham apa yang pelajar rasa.

Jadikan sesi PdPc kita lebih mudah difahami dan MENARIK dan menggunakan kaedah 4C (communication, collaboration, creative, critical)

Kami kongsikan secara santai dalam page facebook CMN Academy.

Dalam live ini, Cikgu Isa telah menerangkan Activity-based learning daripada buku modul FUNTASTIC MATEMATIK.

Betapa mudahnya Matematik sebenarnya apabila kita menggunakan pendekatan menarik untuk membantu dalam pembelajaran seperti mana yang terdapat dalam Buku modul FUNTASTIC.

Ini sangat membantu untuk mengembangkan minda dari segi pembelajaran yang berbentuk santai dan menarik. Ia menjadikan pelajar seronok untuk memamhami apa yang mereka pelajari.

Mungkin ada pelajar yang mendapati Matematik adalah sesuatu subjek “killer”. Sebenarnya tidak sekiranya kita belajar dalam keadaan yang  seronok dan juga ada bimbingan seperti guru, kawan atau tutor untuk mengajar kita apabila kita tidak faham apa yang sedang dipelajari.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk anak anak dan pelajar.

Dan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat modul Funtastic Modul Sains dan Matematik boleh hubungi kami melalui Whatsapp 011- 32742922 (Cik Puan Zalikha).

“Yakin Sebelum Berjaya”

#STEM
#FUNTASTICLEARNING
#cmnacademy
#funlearning

Mari Belajar Mengenai Pendidikan Islam Tahun 5

Assalamualaikum adik adik yang sedang menanti untuk belajar “pendidikan islam tahun 5”. Semoga bermanfaat untuk adik adik.

Apabila kita belajar mengenai Pendidikan Islam ini, topik yang wajib di sentuh dalam pendidikan ini ialah:

  1. Akidah,
  2. Ibadah,
  3. Sirah,
  4. Akhlak dan Adab

Subjek ini sangat menyeronokkan kerana mudah difahami oleh semua pelajar .

Mari belajar pendidikan islam untuk lebih memahami dan sila lihat video di bawah.

#manjaddawajadda
#pendidikanislamtahun5

Mari Belajar Mengenai Pendidikan Islam Tahun 4

Assalamualaikum adik adik yang sedang menanti untuk belajar “pendidikan islam tahun 4”. Semoga bermanfaat untuk adik adik.

Apabila kita belajar mengenai Pendidikan Islam ini, topik yang wajib di sentuh dalam pendidikan ini ialah:

  1. Akidah,
  2. Ibadah,
  3. Sirah,
  4. Akhlak dan Adab

Subjek ini sangat menyeronokkan kerana mudah difahami oleh semua pelajar .

Mari belajar pendidikan islam untuk lebih memahami dan sila lihat video di bawah.

#manjaddawajadda
#pendidikanislamtahun4