Ingin Dapatkan Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21 secara Percuma??

Pembelajaran Abad Ke-21 dan STEM (Science Technology Engineering Maths) & KBAT
 
Para pendidik sering tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dikatakan Pembelajaran Abad ke-21?
 
Sebenarnya Pembelajaran Abad Ke-21 bukanlah sesuatu yang baru.
Seorang pendidik atau tutor yang berfikiran jauh dan sudah menempuh alam persekolahan dan pekerjaan pasti pernah bertanya kepada diri sendiri…
 
1.Apakah kita masih ingat kebanyakan daripada apa yang telah dipelajari dalam setiap subjek di sekolah, kolej atau universiti?
 
2. Apakah yang dipelajari itu relevan dengan bidang kerjaya dan realiti kehidupan kini?
 
Disebabkan itu Pembelajaran Abad Ke-21 akan menjadi relevan apabila seseorang pendidik itu berusaha untuk menjawab 2 soalan itu tadi.
 
Jadi apa kaitan STEM dengan Pembelajaran Abad Ke-21?

stem-malaysia-kbat

 
Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.
Dari segi pelaksanaan di sekolah memang masih terdapat kekurangan kerana para guru juga terbeban dengan pelbagai tugasan serta perubahan kurikulum yang agak mendadak.
Namun, ia sedang dipertingkatkan dari masa ke semasa. Untuk jangka masa panjang ia bagus untuk menyediakan seseorang pelajar menghadapi realiti dan kerjaya masa hadapan.
Screen Shot 2017-02-06 at 6.19.55 PM
 
Di samping itu, kebanyakan kerjaya pada masa akan datang adalah berkaitan dengan STEM ini. Di Amerika Syarikat, 80% pekerjaan adalah berkaitan dengan bidang STEM ini.
stem-jobs
Ini contoh Projek STEM di negara maju seperti UK yang dianjurkan oleh kerajaan, universiti dan industri di UK.
projek STEM UK Malaysia pembelajaran pendidikan
 
Jadi para pelajar perlu dilengkapkan dengan asas STEM supaya bersedia dengan apa cabaran dan realiti kerjaya masa hadapan.
 
Dikatakan di Malaysia, pelajar perempuan lebih ramai di kolej dan universiti.
Lebih separuh kurang meminati bidang berkaitan STEM ini. Jadi ini adalah usaha untuk meningkatkan minat mereka dengan STEM.
Sekarang ada pula versi STEM yang baru iaitu STEM CS (Computer Science) iaitu pembelajaran berkaitan komputer dan programming. Boleh lah para pelajar ini bercita-cita menjadi seperti ‘Bill Gates & Steve Job’ versi Malaysia pula lepas ni :)
Selain itu STEAM (A for Art) pula STEM dengan elemen seni. Namun ia tidak jauh berbeza dengan konsep STEM yang turut mementingkan aspek seni dan design dalam projek yang dilakukan.
stem-education-in-malaysia
 
Dengan Formula 4C yang ditekankan dalam Pembelajaran Abad Ke-21 dan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), para pendidik serta tutor perlu menerapkan 4C ini semasa proses pembelajaran.
 
– Communication
– Collaboration
– Creativity
– Critical Thinking
Kelebihan KBAT & STEM ini menyediakan kemahiran-kemahiran seperti Critical Thinking, Creative Thinking, Problem Solver, Teamwork, dan banyak lagi soft skills yang diperlukan dalam apa jua bidang pekerjaan.
pembelajaran-abad-ke-21-stem-cs-kbat
 

STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik. STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata pelajaran STEM. STEM dalam konteks p&p merangkumi tiga aspek, iaitu:

1. Bidang pembelajaran

2. Pakej mata pelajaran

3. Pendekatan p&p.

 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025) PPPM 2013 – 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa;

• Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod

• Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badanbadan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM

• Gelombang 3 (2021 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluasan operasi.

 

Menurut Protal Free Malaysia Today, Malaysia memerlukan 270, 000 Pelajar SPM yang mengambil STEM (Sciennce Technology Engineering Maths) setiap tahun berbanding 90 000 pelajar sekarang ini.

Dalam usaha memantapkan pendidikan STEM di sekolah rendah dan menengah rendah, mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi diperkenalkan.  Melalui mata pelajaran ini murid akan mempelajari  proses mereka bentuk  melalui penggunaan teknologi yang secara tidak langsung dapat membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid. Manakala di peringkat Menengah Atas pula,  beberapa mata pelajaran Elektif Ikhtisas yang berasaskan STEM iaitu Asas Kelestarian, Sains Sukan, Sains Rumah Tangga, Pertanian, Rekacipta, Prinsip Perakaunan, Sains Komputer  dan Grafik Komunikasi Teknikal ditawarkan. Di samping itu mata pelajaran berasaskan Kejuruteraan juga diperkenalkan di Sekolah Menengah Teknik.

Penawaran mata pelajaran elektif berasaskan STEM peringkat menengah atas adalah bertujuan untuk mendedahkan murid kepada haluan kerjaya dan seterusnya menanam bakat serta menarik minat kepada kursus berasaskan STEM di peringkat yang lebih tinggi.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan ciri utama bagi mata pelajaran berasaskan STEM.  Projek yang dilaksanakan adalah pengaplikasian kepada kehidupan harian dalam penyelesaian masalah dan merupakan integerasi daripada pemahaman prinsip sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.


Tahukah anda lagi bahawa…

Sistem pendidikan di seluruh dunia, terutamanya di negara maju sedang menuju ke arah pembelajaran abad-21… iaitu menekankan tentang STEM.

Berminat untuk dapatkan ‘Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysian ini secara PERCUMA supaya anda dapat laksanakan pembelajaran STEM bersama pelajar atau anak anda??

Isikan Nama & Email anda supaya kami dapat terus hantar Modul ini ke email anda.

 






Download Modul Multimedia PdPc STEM Abad 21 ini secara PERCUMA

Screen Shot 2018-10-13 at 6.38.22 AM.png

Selepas masukkan Nama & EMail, terus confirmkan link supapaya anda dapat menerima Modul yang menarik ini.

Semoga bermanfaat.

Jemput share untuk manfaat bersama.

Berminat Dapatkan Video Skema Jawapan Soalan Percubaan Untuk Persediaan UPSR 2019 Secara Percuma?

Anak-anak tuan puan sudah memulakan persediaan untuk UPSR nanti?

Macam mana dengan cara menjawab soalan?

Anak anda dah boleh jawab soalan exam dengan yakin & ikut skema pemarkahan?

Kami bawakan kepada anda video Skema Jawapan Percubaan UPSR

Apa yang BEST dalam Video ‘FUNTASTIC UPSR 6A’ ini?

+ Mengikut silibus KSSR terkini

+ Menerapkan ciri-ciri FUN LEARNING, yang akan bantu anak anda lebih faham & seronok untuk ulangkaji.

+ Tutor Profesional Malaysia yang BERPENGALAMAN.

+ MUDAH…Boleh ditonton dari mana sahaja, cuma perlukan laptop/smartphone/desktop.

BONUS : Tips pembelajaran yang diselitkan termasuk untuk Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Ingin dapatkan Sample Video Skema Soalan Percubaan UPSR dalam bentuk video ini secara PERCUMA?

Whatsapp ‘Nama_Funtastic UPSR Free’ ke 011-32742922′ segera.

#percubaanupsr
#UPSR2019
#funlearning
#skemajawapan
#digitallearning

Ingin Jadi Tutor Terbaik Bersama Kami?

Kami nak cerita pasal cikgu tuisyen Naqib :)

Cikgu Syaliza namanya..

Cikgu Syaliza ni specialize dlm subjek Math dan Sains.

Pendek kata, Math & Sains memang ‘makanan’ die

Sebelum sertai team tutor CMN, beliau pernah mengajar di pelbagai jenis sekolah antaranya sek men cina, sek men keb dan MRSM.

syaliza-beyond-home-tuition-johor-bahru

Pengalaman bertahun mengajar di sekolah benyak membantu beliau utk membimbing pelajar dari pelbagai kategori dan latar belakang.

Kini beliau lebih senang bergelar professional home tutor kerana waktu mengajar yg lebih fleksibel, disamping boleh membimbing pelajar dengan lebih santai dan berfokus di rumah.

Plus, dengan hanya mengajar 2 jam sehari, beliau mampu menjana pendapatan 4 angka sebulan bersama kami

Teringin nak jadi home tutor macam Cikgu Syaliza juga?

Jemput daftar di bahagian Pendaftaran Tutor.

 

 

5 Tip Belajar Sains & Matematik Dengan Lebih Mudah, Seronok & Berimpak Di Rumah

5 TIP BELAJAR SAINS & MATEMATIK DENGAN LEBIH MUDAH, SERONOK & BERIMPAK DI RUMAH!

 #1: Tumpukan perhatian semasa pembelajaran.

Ini adalah tips yang paling umum, dan paling biasa dipesan oleh kebanyakan orang. Ini kunci untuk menyerap ilmu yang paling utama sekali.

TUMPUKAN PERHATIAN setiap kali kali sesi pembelajaran. Bukan bermakna hanya duduk & menghadap buku, tapi pastikan MINDA juga berada di situ.

Jika belajar berseorangan, tumpukan pada bahan pembelajaran & topik yang hendak dipelajari pada waktu tersebut sahaja.

 #2: Bersedia untuk belajar

Persediaan sebelum belajar bukan hanya pada alat tulis, tetapi juga minda dan semangat. Jika minda tak bersedia, jasad saja ada di situ… mindanya entah ke mana. Jadi agak sukar untuk faham, ingat dan ‘ada mood’ semasa belajar.

Jadi sediakan MINDA & ALAT TULIS, serta RUANG BELAJAR yang kondusif untuk lebih bersemangat.

Elakkan perkara yang boleh menggangu tumpuan seperti tv dan handphone.


 #3: Buat aktiviti berkaitan yang seronok

Belajar hanya dengan baca buku & menghafal saja bukanlah satu cara yang menyeronokkan untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, tambahan pula SAINS & MATEMATIK.

Pelbagai aktiviti yang mudah & seronok yang boleh dilakukan di dalam rumah atau di kawasan sekeliling luar rumah, dan ada yang boleh menggunakan bahan yang ada di sekitar, contohnya menggunakan daun, botol plastik dan gelas. Boleh juga gunakan laptop & smartphone untuk belajar dengan lebih menarik dan mencari bahan yang berkaitan topik tersebut.


AKTIVITI YANG TERBAIK adalah tidak menyusahkan, tidak memudaratkan… ianya SANTAI, MUDAH, SERONOK, ADA OBJEKTIF DAN CAPAI OBJEKTIF.

 #4: Gunakan buku atau modul yang sesuai
.
Kebanyakan buku keluaran terkini lebih kepada buku rujukan, teks & latihan. Selain itu, kita perlu keluar dari kebiasaan untuk belajar lebih seronok & meninggalkan impak yang memudahkan kita mengingat tentang pembelajaran tersebut.

Pilihlah BUKU ATAU MODUL yang LEBIH RINGKAS, & BERWARNA CERIA untuk menaikkan mood belajar. Juga, cari yang mempunyai AKTIVITI CADANGAN YANG MENARIK, yang boleh diaplikasi supaya lebih senang faham sesuatu topik.

 #5: Ada rakan belajar atau ‘personal’ guru/mentor belajar di rumah

Nak jadi lebih baik, kena ada MENTOR ATAU GURU ATAU TUTOR yang boleh BANTU untuk beri TUNJUK AJAR di rumah, dan untuk GUIDE serta TEMAN BUAT AKTIVITI supaya tidak bosan.

NAK GHAIBKAN PERKATAAN “BOSAN & TAK MINAT” DARI KAMUS ANAK BILA SEBUT JE SAINS & MATEMATIK TANPA PERLU “NAIK SUARA”?

Bayangkan bila anak anda suka setiap kali nak belajar SAINS & MATEMATIK… tiba musim exam, anak senyum je pergi jawab soalan… dan yang paling best bila time keluar result… anda pula yang senyum lebar kali ni.

“Saya amat sarankan supaya Modul Funtastic ini diperluaskan kepada guru sekolah bagi membantu mereka mengaplikasikan STEM dalam pembelajaran yang mengikut KSSR.”
– Prof Dato’ Dr Noraini, Chairman National STEM Movement.


 “Modul Funtastic ni BAGUS. Belum jumpa lagi modul macam ni.”
– Cikgu Noorsuhaily, Guru MRSM & Pengerusi Guru STEM Malaysia.

“These books are AWESOME! Kandungan modul ni dapat bantu tutor, guru & ibubapa untuk memberikan pendedahan dan keseronokkan dalam Maths dan Sains dengan cara praktikal. Berbaloi memilikinya. Saya dapat bantu pelajar untuk lebih faham & seronok terokai STEM!”
– Mohamad Asraf, Home Tutor

“Pendekatan aplikasi dalam Modul ini sesuai untuk pelajar sekarang. Sudah lama saya terfikir tentang modul sebegini untuk bantu pelajar saya. Modul ini bertepatan dengan pembelajaran zaman sekarang.”
– Tuan Isman dan Puan Hafizah, Pasangan Engineer, Pelajar PhD UKM & Tutor Tuisyen berpengalaman

Anak masih tak score subjek SAINS & MATEMATIK?
Selalu kata bosan & tak faham?
Nak cuba cara terkini untuk bantu anak?

TERBARU! MODUL YANG AKAN BANTU ANAK & PELAJAR ANDA SERONOK BELAJAR & CEMERLANG!

Memperkenalkan Yang Pertama Seumpama Dengannya…

MODUL STEM “FUNTASTIC” MATEMATIK & SAINS

ISTIMEWANYA…

 Anak anda TAK AKAN BOSAN lagi bila muncul perkataan Sains & Matematik
.
 Setiap kali nak belajar, dia yang akan SEMANGAT LEBIH.
.
 Best belajar sorang, tapi lagi best kalau 2-3 orang. BOLEH AJAK ADIK BERADIK lain buat aktiviti sekali.

KENAPA??

 SILIBUS TERKINI & UP TO DATE : Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
.
 MENERAPKAN CIRI “FUN LEARNING” & STEM: Nota Ringkas & Aktiviti Menarik
.
 BERWARNA SEPENUHNYA : Lebih Menarik Perhatian & Meningkatkan Mood
.
 SAIZ MUDAH DIBAWA : Ukuran yang muat beg kecil dan fail
.
 DIDATANGKAN DALAM 2 SUBJEK : SAINS & MATEMATIK
.
 SESUAI UNTUK TAHUN 4, 5 DAN 6
.
 Modul ini berasaskan kepada Project-based Learning yang diamalkan dalam pendidikan di negara maju seperti UK & US
.
 Modul Funtastic ini telah dibentangkan di hadapan ahli akademik, pensyarah universiti dan guru pada mesyuarat National STEM Movement & di 1st National STEM Seminar 2018 di Universiti Malaya

**Klik video untuk lihat teaser modul ini

STEM… STEM… STEM…

Apa dia tu?

STEM adalah singkatan kepada Science, Technology, Engineering & Mathematics.

Ia selari dengan dasar pendidikan terkini dan ke arah negara maju. Di negara seperti Eropah, pendidikan STEM ini diterapkan dalam pendidikan awal.

SIAPA KAMI DI SEBALIK MODUL INI?

CMN Education Group berdiri teguh bagi membantu ibu bapa & anak-anak untuk meneroka pembelajaran yang bermutu dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran Akademik & Al-Quran, menerusi bimbingan secara personal; Home Tuition, Online Tuition & Quranic Home Based.

Kami telah membantu lebih 1120 ibu bapa dan pelajar di seluruh Malaysia dalam pembelajaran secara berfokus dan menyeronokkan menerusi pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini serta lebih 1000 database Tutor di bawah kami.

Kami juga sering melakukan pelbagai R&D untuk menghasilkan modul & teknik pembelajaran yang seiring dengan pembelajaran abad ke-21.

CMN Education Group telah dianugerahkan Silver Award for Computational Thinking Games Design 2018 di The 1st National STEM Seminar 2018 di Universiti Malaya.

Modul STEM Funtastic Sains & Matematik diberi pujian sehingga kami diberikan kepercayaan untuk menjadi salah satu STEM Partners dalam National STEM Movement untuk membantu mengembangkan bidang STEM di kalangan pelajar di Malaysia.

Selain itu, Modul ini telah memperolehi Anugerah Silver Medal semasa Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) Competition di UIA


APA KATA MEREKA YANG LAIN?

Klik link ini untuk lihat testimoni & keterujaan mereka yang telah mendapatkan & meneliti isi kandungan Modul Funtastic.

https://tinyurl.com/funtastic-impactresults

Berapa harganya untuk keseronokkan pembelajaran anak serta KEJAYAAN mereka??

Satu RM49 saja…

Combo ni hanya RM89 sahaja…

Tapi, kami ada diskaun menarik untuk anda!

Nak ke Nak rebut diskaun menarik ni?

Ok la…

Khas buat 100 yang terawal whatsapp “Funtastic” & dapatkan modul ini,

anda akan dapat 30% DISKAUN!!

Apa?? 30%?? Banyak tuuu…

Nak!! Nak!!

Macam mana nak dapatkan DISKAUN ni??

Mudah je!

JOM BANTU MEREKA TEROKAI SAINS & MATEMATIK DENGAN LEBIH SERONOK!

>> WHATSAPP “Funtastic” ke 01132742922 sekarang! <<
>> WHATSAPP “Funtastic” ke 01132742922 sekarang! <<
>> WHATSAPP “Funtastic” ke 01132742922 sekarang! <<

Share tau post ni untuk manfaat bersama 

-Fun Learning, Excellent Results-

p/s: Anda juga berpeluang menjadi Agen Modul Funtastic dengan whatsapp ke 011-32742922 sekarang

Teknik Yang Efektif Dalam Pembelajaran Sains

Ini Anwar…

Ibunya request dengan team kami untuk bantu beliau dalam beberapa subjek..

dan salah satunya adalah SAINS.

Anwar ini jenis pelajar yang suka melihat dan berimaginasi , jadi tutor kami gunakan kaedah Storytelling & Visual Imagination bagi membantunya memahami setiap topik dengan lebih ‘friendly’.

Ini kisah bagaimana Anwar fahami PROSES FOTOSINTESIS 🌻.

=============

Anwar & Pokok adalah sahabat baik. 

Mereka saling bantu membantu.

Setiap hari Anwar akan memberikan hadiah kepada Pokok (Karbon Dioksida). Kata Anwar,” Karbon dioksida akan membantu pokok untuk membuat makanan”.

Pokok sangat gembira dengan kebaikan anwar dan demi menghargai Anwar, pokok akan memberikan Anwar makanan ( kanji) dan Oksigen supaya Anwar dapat bernafas dengan baik.

Selain dari Karbon dioksida, kata anwar, “pokok juga memerlukan cahaya matahari dan juga air”. Jadi setiap hari ibu akan menyiram air pada pokok dihalaman rumah ( tempat yang ada cahaya matahari) sebelum dia pergi bekerja.

Alkisah ini adalah tentang bagaimana Anwar dan pokok mendapat faedah dari proses yang dipanggil fotosintesis. 

Fotosintesis adalah proses tumbuhan membuat makanan.

🌹 🌳🌲🌴 Tumbuhan memerlukan 🌞‘matahari’ , 💧‘air’ dan gas 💨 ‘karbon dioksida untuk menghasilkan makanan ‘kanji’ dan 🅾 ‘oksigen’.

===============

Untuk info lanjut mengenai Home Tuition di seluruh Malaysia boleh hubungi 011-15775761

#HomeTuitionMalaysia
#HomeTuitionJohorBahru
#BeyondExpectation
#Science
#PrivateTutoring