Jemputan Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara STEM Sekolah

Pengasas CMN Education iaitu En Mohd Noor Mohd Tahir telah dijemput dalam perbincangan ‘Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) Bahagian STEM Sekolah KPM.

Ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan idea, maklumbalas dan kerjasama bagi melaksanakan Pembelajaran STEM (Science Technology Engineering Malaysia) yang sudah terdapat dalam dasar pendidikan sebelum ini.

Inisiatif ini dibuat selaras dengan matlamt untuk meningkatkan pelajar meminati bidang Sains dan Matematik dan mencapai 60:40 (Aliran Sains:Aliran bukan Sains).

Berpeluang menimba ilmu dan berkongsi pengalaman bersama warga akademik dari Institut Pendidikan Guru, Universiti dan pihak industri yang berkaitan dengan STEM (Science Technology Engineering Maths).

Antaranya ialah Tuan Hazlie dari RECSAM (Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Education in Science and Mathematics) dan Puan Norapizah, Penolong Pengarah Bahagian Sekolah di KPM dalam Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Bahagian STEM Sekolah.

Pada peringkat awal, peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan iaitu Non-Teachers Training, Methodology, Industry Relevant dan lain-lain.

Perbincangan diadakan mengikut konsep World Cafe supaya setiap orang ada peluang untuk mengutarakan pendapat dan berkongsi pengalaman serta idea.

Antara dalam turut berada dalam kumpulan ‘Non-Teacher Training’ adalah Dr Kartini dari IPG Teknik, Mr Raymond dari Alpha & Friends, Dr Liew dari Institut Aminudin Baki dan ramai lagi tokoh dari universiti, industri dan researcher.

Banyak yang dikongsikan oleh mereka dalam sesi perbincangan ‘hangat’ bagi membawa resolusi tentang implementasi Pembelajaran STEM di sekolah-sekolah.

Hasil perbincangan akan dibawa ke peringkat atasan termasuk Menteri Pendidikan.

Semoga ada manfaat untuk pendidikan generasi anak-anak kita inshaAllah.

Alhamdulillah Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik juga telah sampai ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) 😃

Berkesempatan bersama dengan Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Shamsazila yang berkongsi tentang halatuju pendidikan Malaysia serta review tentang Modul Funtastic STEM oleh CMN Education iaitu Sains, Matematik dan Fizik.

InshaAllah pendidikan Malaysia akan menerima STEM secara bertahapan dan dengan itu memerlukan kerjasama dari semua pihak ke arah pendidikan Malaysia yang lebih baik.

‘Pendidikan Untuk Semua’

p/s: Untuk info lanjut tentang STEM boleh layari Pembelajaran STEM

Cara Mudah Menulis Ringkasan Dalam Bahasa Inggeris

“Easy Way To Write A Summary In English”

Ingat untuk meringkaskan teks yang telah anda baca. Gunakan petua berikut:

1) Mempersingkatkan teks sehingga semua fakta dalam ringkasan. Tinggalkan contoh, penilaian dan tafsiran.

2) Skim teks. Anda harus tahu apa kandungan utamanya. Baca tajuk berita dengan teliti.

3) Baca teks sekali lagi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Anda mesti memahami keseluruhan teks.

4) Buat nota (gunakan kata kunci). Selaraskan kata-kata penting dalam teks.

5) Bentuk ayat dengan bantuan kata kunci anda. Kata kunci ini harus mencerminkan kandungan utama teks.

6) Sambungkan dengan ayat  yang sesuai. Ayat pertama harus menerangkan kandungan utama teks.

7) Gunakan Present Simple atau Simple Past. Tulis ayat dalam ucapan yang dilaporkan.

8) Kadang-kadang anda perlu menukar ayat tersebut.

9) Semak ringkasan anda. Berhati-hati dengan kesilapan ejaan.

Contoh (Kata kunci)

  • Firstly,
  • Secondly,
  • Besides,
  • Next,
  • Thirdly,
  • In addition ,
  • Lastly ,
  • Finally ,

Example ‘SUMMARY’

  1. Beside,  the student can go study at home tuiton after the school.
  2. Next , we can join the competition to further improve our skills.
  3. Finally, schools should have a variety of activities on the curriculum for schoolchildren so students can be active in co-curriculum.

THANK YOU….

Cara Cara Menjadi Murid Cemerlang??

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan dan puan.

Untuk menjadi murid cemerlang bukanya hal yang mudah tetapi kebanyakkan murid menjadi cemerlang disebabkan mempunyai azam tersendiri untuk mencapai kejayaan. Dalam hal ini kami ingin kongsikan cara cara menjadi pelajar cemerlang.

Anda tidak sabar kan untuk mengetahui tips untuk menjadi pelajar cemerlang? Mari kita semak satu persatu.

Antara salah satunya ialah mengulang kaji pelajaran. Ianya merupakan dimana semua pelajaran akan belajar kembali untuk memantapkan pemikiran. Contohnya ketika belajar di sekolah,  cikgu memberi beberapa kerja rumah seperti matematik, dan setelah berada di rumah, pelajar harus mengulang kaji sehingga memahami di setiap untuk mengelakkan lupa apa yang guru ajar.

Yang kedua ialah membuat jadual belajar. Seperti mana kita membuat satu persediaan awal untuk “step step permulaan untuk belajar” dan perlu ikut langkah untuk jadikan sistem pembelajaran kita teratur.

Yang ketiga ialah sering bertanya guru dan ini membuktikan apabila setiap pelajar ingin bertanyakan juga bertambah ilmu dan juga akan lebih memahami apa yang soalan yang sering di tanya. Dengan hal itu semua pelajar mestilah selalu bertanya kepada guru apabila tidak faham atau tidak jelas cara penerangan yang guru sampaikan.  

Belajar berkumpulan juga salah satu cara untuk menjadi murid yang cemerlang. Apabila kita berkongsi ilmu, maka pengetahuan kita akan lebih bertambah. Seperti mana orang kata ” apabila , kita mempunyai ilmu dan mengajar orang tidak faham, itu dapat mengingat kembali apa yang kita belajar.

Kesimpulanya, belajar merupakan hal yang paling penting untuk masa depan kita, kita dituntut untuk belajar dan menuntut ilmu untuk mengejar impian yang kita selalu impikan.

Dan salah satunya untuk menjadi pelajar cemerlang ialah apabila mempunyai perkhidmatan hometuition. Kami menawarkan hometuition untuk anak anda tidak mengira di mana anda berada kerana kami cover seluruh Malaysia.

“BERMINAT”

Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari page

  1. FB kami “CMN ACADEMY” ,
  2. Instagram “CMN ACADEMY”
  3. SMS / Whats App kami ke 011 1577 5761

“ Yakin sebelum berjaya ”

#cmnacademy

#cmneducationgroup

#hometuition

Pentaksiran Baru Bantu Guru Lahirkan Pelajar Cemerlang

Assalamualikum tuan dan puan

Seperti yang kita tahu bahwa tahun 1 2 dan 3 akan tertumpu kepada perkembangan pembelajaran serta tidak lagi peperiksaan. Tetapi ada pentaksiran alternatif merujuk kepada pelbagai aktiviti untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran murid.

Menteri pendidikan DR maszlee Malik telah menyatakan ibu bapa perlu menggalakkan anak anak untuk gemar atau lebih minat membaca dan sentiasa aktif untuk meneroka ilmu kerana anak anak ini lebih suka berseronok dan rilek dan juga mekanisma pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan sahaja tetapi juga merangkumi semua aspek seperti cara berdisplin, cara berpakaian, cara percakapan.

Mekanisme pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan yang bermula pada sesi persekolahan 2019 dapat membantu guru lebih fokus dalam membentuk lebih ramai pelajar cemerlang dan tertumpu kepada perkembangan pelajar tahap 1 2 dam 3.

Ia dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio, pameran dan kuiz.

Untuk itu,ibu bapa perlu menyokong anak anak untuk lebihkan beraktiviti terutama beriadah, bersenam dan jadikan itu seperti tabiat dan perkara itu membantu untuk memperkembangan anak anak dari segi mental dan emosi.

“yakin sebelum berjaya”

#cmnacademy

#kementerianpendidikanmalaysia

#cmneducationgroup

#pentaksiranpelajaran

5 Tips Mengendalikan Stress Untuk Pelajar.

Stress bermaksud tekanan di bawah emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. 

Banyak perkara boleh menjadi penyebab kepada berlakunya Stress di kalangan pelajar, antaranya masalah keluarga, pergaduhan, perselisihan faham, buli, pembelajaran, kewangan, kesihatan ataupun kematian ahli keluarga atau kenalan rapat.

Jadi, bagaimana pula pelajar ini nak pulih dari Stress?

Berikut kami kongsikan beberapa cara menangani Stress yang sesuai untuk pelajar.

1. Kerapkan Bersenam

Senaman sudah lama dipraktikkan untuk membebaskan badan daripada hormon stress. Bagaimana bersenam dapat membantu dalam hal ini? Semasa bersenam, tahap endorphin dalam badan meningkat. Endorphin berperanan dalam mencetuskan rasa gembira dan seronok. Selain membantu anda mengatasi stress, ianya juga dapat menyihatkan badan anda.

BERSENAM

2. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Tidur boleh memulihkan tenaga anda. Jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, badan akan memberikan tekanan kerana perlukan tenaga untuk berfungsi. Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur setiap hari. Manakala, kanak-kanak dan warga emas memerlukan tidur yang lebih, sekitar 9-10 jam sehari. Namun ia bergantung kepada keperluan seseorang.
Tidur yang tidak cukup atau lebih dari sepatutnya, boleh menyebabkan badan letih, lemah, minda dan pemikiran tidak dapat fokus, seterusnya boleh meningkatkan kadar stress seseorang.

TIDUR

3. Makan Makanan Yang Berkhasiat

Badan anda perlu sihat dan kuat untuk mengatasi stress. Tekanan diri boleh dikaitkan dengan pemakanan, kerana ada tindakbalas dalam badan yang boleh menyebabkan dan menghilangkan stress.

Jadi, untuk memastikan badan sentiasa sihat, pengambilan makan yang betul, berkhasiat dan seimbang amat penting untuk dijaga.

MAKANAN YANG BERKHASIAT

4. Belajar untuk Bertenang (Rileks)

Salah satu cara mengatasi masalah stress adalah dengan cuba untuk bertenang menghadapinya. Namun, jangan berharap tekanan tersebut akan hilang serta merta, ianya memerlukan masa.

Setiap kali anda merasakan tekanan, cuba untuk menarik nafas perlahan-lahan dan hembus perlahan-lahan, beberapa kali. Ulang sehingga rasa tekanan tersebut hilang.

Menghadapi tekanan dengan keadaan yang tenang dapat membantu kita mendapat solusi dengan lebih mudah dan cepat.

TENANG IS GOOD

 

5. Melakukan Perkara yang Anda Suka

Stress juga boleh diatasi dengan melakukan perkara yang anda suka, tidak kiralah perkara itu merupakan hobi anda atau tidak. Yang penting adalah sesuatu di mana anda merasa gembira dan tenang jika melakukannya.

Tetapi, perlu juga diingatkan, perkara yang dilakukan perlulah bersifat positif, tidak memudaratkan diri dan orang sekeliling.

LAKUKAN SESUATU YANG ANDA SUKA

Kesimpulan

Stress adalah perkara biasa dialami oleh setiap orang, tidak kira yang telah berkerja mahupun yang masih belajar, begitu juga yang tidak bekerja. Apa yang membezakan mereka adalah cara berhadapan dan menangani isu yang membawa kepada stress. 

Ada pelajar stress kerana peperiksaan sudah dekat, keputusan peperiksaan tidak capai target, tak faham apa yang belajar dan belajar dalam keadaan tidak seronok.

Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu lebih prihatin dengan keperluan emosi & pembelajaran anak terutamanya di rumah. Mungkin anda boleh dapatkan pembelajaran personal untuk anak anda di rumah sebagai tambahan apa yang anak dapat di sekolah.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk melihat kegembiraan, kecemerlangan dan kejayaan anak anda dengan bantuan Home Tuition Mentoring, kami boleh bantu anda.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook CMN Academy atau Whatsapp “HTM” ke 011-1577 5761

Program Transformasi Sekolah 2025 ( TS25)

Tahukah anda?

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Justeru itu, sekolah yang terlibat perlu mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan, kepimpinan dan pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (pdp) seiring dengan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Objektif Program Transformasi Sekolah 2025 ialah :

1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPC TERBAIK.

2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.

3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid

Matlamat Program Transformasi Sekolah 2025 ialah :

1. Memantapkan kepimpinan sekolah.

2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran.

3. Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Simposium Tutor Profesional Malaysia Dalam Akhbar

Pagi ini kami terima whatsapp dalam Group bagi gambar berita tentang Simposium Tutor Profesional Malaysia.

Alhamdulillah #STPM2018 menjadi kenangan dan memori terindah buat kami dan para pendidik dan tutor di Malaysia.

Terima kasih para peserta, Tutor, Guru, Tutorpreneur, Pegawai PPD dan semua yang hadir serta Speaker hebat yang berkongsi Tuan Zaim Zin, Cikgu Aman, Cikgu Mohd Fadli Salleh, Puan Fauziah Sirat, Sir Rajinder Singh, Cikgu Mis Fana dan Cikgu Haziq.

Tak lupa Team #CMNAllStars dan #TutorProfesionalMalaysia yang bertungkus-lumus selama berbulan-bulan bagi memastikan #STPM2018 berjalan dengan lancar 😃

Semoga ia menjadi pemangkin semangat kepada kita semua berkongsi lebih banyak manfaat kepada warga pelajar, ibu bapa dan para pendidik.

Siapa nak dapatkan berita boleh dapatkan akhbar Sinar hari ini ye 😃

Bersedia menempuh Era Baharu Pembelajaran Kreatif & Inovatif, inshaAllah.

Jumpa anda semua di puncak kejayaan 👍

#YakinSebelumBerjaya
#NewEraOfCreativeAndInnovativeLearning
#TutorProfesionalMalaysia
#HomeTuitionMentoring

Aktiviti Menarik Sains Matematik (STEM) Yang Boleh Dilakukan Bersama Pelajar

Perkongsian dari Cikgu Norhayati sempena KOLOKIUM  STEM ZON PERAK

“Ways to Simplify STEM for Young Engineer”

Untuk kolokium STEM terakhir di Perak pada tahun ni, saya telah mengendalikan aktiviti berbentuk ‘engineering challenge’ unt 30 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru STEM Sekolah Rendah sekitar negeri Perak.

Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah;

1) Cups Stack Challenge

“Cup Stack Challenge” adalah aktiviti STEM berkumpulan yang menarik untuk mengasah kemahiran berfikir dan ianya berbentuk kerja berpasukan. Setiap kumpulan hanya dibekalkan dengan 6 biji cawan, gelang getah dan tali. Kemudian semua cawan perlu disepahkan dalam keadaan terbaring di atas meja. Mereka perlu berfikir cara yang paling efisien untuk menyusun 2 keadaan cawan tersebut pada keadaan yang paling stabil. Kumpulan yang dapat menyiapkan kedua-dua cabaran ini.dikira sebagai pemenang. Aktiviti ini boleh diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan untuk melihat binaan kumpulan yang manakah dapat disiapkan dalam masa yang singkat dan paling stabil dan setiap ahli perlu memenuhi syarat-syarat di bawah.

1)Setiap orang memegang salah satu tali yang diikat pada gelang getah dan mereka menggunakannya untuk mengambil cawan dan meletakkannya di atas satu sama lain (dengan menarik tali getah dan kemudian membawanya bersama-sama di atas cawan).

2)Ahli kumpulan tidak boleh menyentuh cawan dengan tangan atau bahagian lain badannya, walaupun sekiranya cawan jatuh atau di atas lantai.

3)Kumpulan yang dapat menyiapkan tugasan terawal dikira sebagai pemenang.

Refleksi daripada aktiviti ini, didapati peserta menggunakan pelbagai kaedah untuk menyusun cawan. Aktiviti nampak mudah namun sangat mencabar. Ahli kumpulan perlu patuh pada arahan dan perlu banyak bersabar untuk siapkan cabaran tersebut.

 

I

2) Air Honker

Projek Air Honker ini menggunakan prinsip bunyi di mana apabila Air Honker di tiup, ia menyebabkan molekul udara bergetar dan getaran ini akan menghasilkan bunyi.

Refleksi bagi aktiviti ini keseluruhannya menyeronokkan kerana ia menggunakan botol vitagen, straw besar, gelang getah dan belon yang dapat dimanfaatkan sebagai aktiviti STEM daripada   dibuang.

3) Drawbot/Brush Bot (buat robot guna berus cuci baju)

Projek ini merupakan penghasilan robot asas yang boleh bergerak akibat getaran apabila diletakkan pemberat atau penyambung ke atas motor. Fungsi pemberat dan penyambung (shaft) tersebut adalah untuk menjadikan ianya tidak stabil dan bergetar. Objek tidak akan bergetar dan bergerak sekiranya motor dalam keadaan yang stabil. Kaki robot yang terdiri daripada pen berwarna dapat menghasilkan corak pada kertas apabila motor dihidupkan. Untuk kolokium ini saya telah menambah aktiviti dengan menggunakan berus pencuci baju dan warna air. Untuk aktiviti kedua ini, peserta hanya diberi alatan dan perlu membina dan memasang alatan tanpa diberi arahan menggunakan konsep yang sama.

Refleksi daripada aktiviti ini ialah terdapat corak pergerakan robot yang berbeza bagi setiap kumpulan. Terdapat kumpulan yang robotnya yang berputar laju dan tidak bergerak dan mereka perlu mengubahsuai bentuk shaft dan keadaan shaft yang disambung pada motor DC tersebut. Pergerakan robot asas ini adalah hanya dalam bentuk putaran sahaja kerana dalam keadaan ini robot seperti tidak mempunyai otak. Robot perlu di programkan untuk diberikan arahan-arahan tertentu.

4) Cargo Plane Challenge

Bagi aktiviti ini, peserta di kehendaki membina kapal terbang kertas mengikut kreativiti masing-masing yang boleh membawa kargo dan mesti meluncur lebih dari sepuluh kaki (bukan hanya dapat tidak dilempar, tetapi sebenarnya meluncur). Kargo yang dibawa merupakan sejumlah duit syiling. Pemenang adalah peserta yang dapat menghasilkan kapal terbang luncur dengan muatan nilai duit syiling yang paling besar.

 

Sumber: Facebook Cikgu Norhayati 

Mudahnya Untuk Berjaya Dalam Akademik

MUDAHNYA UNTUK BERJAYA DALAM UPSR!!
 
Selalu tak berlaku macam ni pada anak Tuan Puan ?
•Dah ulangkaji banyak kali tapi lupa jugak
•Susah betul nak fokus bila cikgu mengajar dalam kelas
•Mudah mengantuk dan lemau
 
So macam mana nak cemerlang bila EXAM nanti?!
 
NAK GAGAL ATAU NAK LULUS NI??
 
Best tak bila dapat macam ni….
1) Mudah ingat apa yang diulang kaji
2) Boleh fokus dalam kelas
3) Bertenaga & Cergas sentiasa
4) Petah bercakap
5) Cekap metematik
6) Rajin belajar
Baru la syok nak berjaya
 
INGIN BELAJAR DENGAN LEBIH MUDAH, FOKUS, FLEKSIBEL DI RUMAH?
 
Adakah anda ingin memperelokkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR,PT3 & SPM?
 
Kami ingin membantu anda dengan menyediakan pakej belajar dirumah..
 
Anda akan dapat belajar dengan lebih MUDAH & FOKUS.
 
Anda juga boleh menetapkan masa dan ia adalah FLEKSIBEL.!
 
BERMINAT??
————–
>>>Ikuti langkah ini:
.
Sms/Whatsapp ‘Home Tuiton Mentoring’ ke +601115775761 (wahidah) segera!!!
.
.
Doakan agar kita semua akan mendapat keberkatan daripada pembelajaran, Amin.. :)

Apakah Pembelajaran Yang Mampu Membantu Pelajar UPSR Belajar Dengan Mudah & Seronok?!

Pembelajaran Pada Abad Ke – 21 hari ini kurang ditekan kan kepada para  ibu bapa mahupun segelintir Tutor tidak mengetahui mengenai pembelajaran tersebut.

Beberapa tahun lepas bermulanya Pembelajaran Abad Ke 21 di setiap sekolah rendah mahupun sekolah menegah di seluruh Malaysia.

Perbezaan pembelajaran tersebut terbukti memberi kesan kepada sekolah, ibu bapa dan juga guru-guru di sekolah.

Hal ini, kerana  dengan Pembelajaran Abad Ke 21 ini, pelajar akan lebih berkeyakinan dalam pembelajaran, menambahkan kemahiran sosial serta komunikasi dan pelbagai kemahiran lain.

Di samping itu, pembelajaran melalui ‘Online Learning’  yang telah mula diamalkan di Malaysia termasuk di CMN Academy sendiri, telah menerima pandangan yang positif kerana pembelajaran online juga telah mula digunakan oleh sesetengah pendidik.

Kami juga telah melakukan survey dengan para ibu bapa untuk bertanya mengenai Tuisyen, STEM, Pembelajaran Abad Ke 21 dan Pembelajaran Online dan ia telah menarik perhatian ibu bapa tentang pembelajaran online tersebut yang masik kurang diaplikasi di Malaysia.

Seterusnya, CMN Academy telah mengeluarkan beberapa modul di bawah rangkaian jenama ‘Funtastic’ yang telah mendapat pengiktirafan daripada National STEM Movement yang terdiri daripada guru & ahli pendidikan serta memenangi beberapa Anugerah Inovasi di UIA & UKM.

Kandungan modul tersebut amat menarik dan boleh menjadi tarikan minat anak-anak mahupun pelajar, untuk belajar melalui visual yang menarik dan pelbagai aktiviti yang mudah.

Modul Funtastic ini dapat memberikan impak yang tinggi kepada pelajar UPSR dan juga kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Modul Funtastic mengamalkan konsep belajar dengan seronok kerana kebanyakan pelajar minat dengan  Aktiviti dan Visual yang menarik.

Selain itu, kami telah menyertai pameran di International Conference Of ProSet Education 2018  di Unisel dan Modul Funtastic tersebut mendapat feedback yang baik dan positif daripada perserta persidangan tersebut yang terdiri daripada pensyarah, guru serta Pegawai JPN & PPD.

Selain itu, kami sempat menemuramah seorang guru Sains dari Kuala Selangor yang telah mendapatkan Modul Funtastic Sains & Matematik.

Beliau menyatakan bahawa Modul Funtastic tersebut dapat memberi kesan yang positif dalam Pembelajaran Sains

Jom ikuti perkongsian guru ini:-

Untuk maklumat lanjut mengenai Modul Funtastic, boleh whatsapp ke 011-32742922 (Cik Puan Zalikha) atau klik FUNTASTIC .