Baru-baru ini, CMN Academy telah menerima satu jemputan untuk menyampaikan mengenai keseronokan belajar di rumah dengan menggunakan Buku Funtastic terutamanya bagi pembelajaran Sains dan Matematik.
Menerusi wawancara ini, pengasas CMN Academy iaitu Tuan Mohd Noor Mohd Tahir telah menceritakan bagaimana buku ini dapat membantu guru-guru, ibu bapa dan pelajar terutamanya pada ketika kita dilanda Covid 19.
Beliau ada menceritakan bagaimana idea yang diperoleh untuk penerbitan buku ini.
Menurut beliau, minat menulis terbit sewaktu beliau berada di UK ketika melihat anak-anaknya bersemangat untuk pergi sekolah walaupun sewaktu cuti sekolah. Jadi dari situ, terbit dihati perasaan ingin tahu kenapa anak-anaknya suka pergi sekolah.
Jadi beliau mula buat kajian. Beliau jumpa guru anak-anaknya dan bertanyakan apa yang dilakukan di sekolah. Padahal buku dibawa tidak banyak. Kesimpulannya, dari situlah beliau menjumpai pembelajaran secara Fun Learning dimana anak-anak diberi aktiviti secara Fun Learning yang mana mereka suka dan tanpa dipaksa. Mereka minat untuk belajar dengan sendirinya.
Beliau juga ada berkongsi mengenai program tuisyen, homebased dan online learning yang boleh menjadikan anak-anak suka dan tidak bosan belajar. Menurut beliau lagi, cabaran dimana pelajar belajar dirumah dan main game adalah perkara yang utama pada ketika ini. Jadi, Fun Learning membantu ibu bapa tidak perlu paksa dan rotan anak untuk belajar.
Turut serta ditanya pada ketika itu ialah mengenai:
Perbezaan pembelajaran di UK dan di Malaysia. Antara perbezaannya:
- Pelajar-pelajar di UK sememangnya diajar untuk bertanya atau participate secara aktifnya di dalam kelas. Inquiry mereka untuk tahu lebih tinggi. Mereka rasa dihargai dan penting yang membuatkan mereka merasa seronok untuk pergi sekolah dan belajar.
Di sebabkan perkara ini terciptalah aktiviti based learning Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) ini. Berdasarkan perkara ini, Team CMN Academy mula amalkan Funtastic Learning di dalam kelas, home tuition, bengkel di sekolah dan bersama pelajar dan guru serta laksanakan funtastic online tuition.
Pendekatan yang diambil untuk hasilkan buku modul funtastic sains dan matematik ini adalah salah satu cirinya mengikut sukatan pembelajaran (KSSR) terkini yang telah digariskan oleh KPM.
Pengaplikasian STEM merupakan langkah yg diambil oleh Kmeneterian Pendidkan Malaysia untuk menjadikan pembelajaran Sains dan Matematik di sukai oleh pelajar. Ianya bermaksud pembelajaran itu bukan sahaja belajar di dalam kelas tetapi mereka perlu aktif dalam pelaksaan projek.
CMN Academy juga berkesempatan untuk berkongsi kaedah ini bersama guru-guru sains sekolah di sekitar selangor. Walaaupun secara online, CMN Academy tetap boleh buat aktiviti sains ini secara aktif bersama guru-guru dan pelajar.
Selain itu, CMN Academy juga melakukan pre survey dan post survey untuk mengetahui samada pelajar minat atau tidak Sains dan Matematik. Namun jawapannya bukan setakat tidak minat tetapi benci. Namun, selepas program itu dijalankan dari pagi smpai ke petang emndapati mendapat feedback yang akan berubah. Pelajar tidak lagi benci bahkan menjadi seronok dan suka belajar Sains dan Matematik dalam masa beberapa jam yang lalu.
Ini merupakan matlamat CMN Academy. Namun usaha ini bukanlah untuk pelajar minat subjek Sains dan Matematik sahaja, tapi semua subjek.
Apa keistimewaan buku Funtastic yang dikongsikan oleh Tuan Mohd Noor?
Buku sebegini jarang diperolehi di Malaysia. Jadi, perbincangan bersama teamnya menjumpai buku ini perlu ada di Malaysia. Buku sebegini sememangnya ada, tetapi tidak banyak.
Beza buku ini dan yg lain, ianya ikut sylabus sekolah dan salah satu element nya adalah melaksanakan aktiviti atau projek yg mana bahan-bahannya adalah daripada bahan kitar semula yang mudah didapati. Sebagai contoh, bahan itu terdiri daripada kayu, aiskrim, botol, kotak dan sebagainya. Bahan ini boleh di dapati di sekitar rumah atau ianya mampu milik jika nak dicari.
Terdapat khidmat percuma diberikan pada sesiapa yang mendapatkan buku ini. Antaranya support group disediakan. Ianya berbentuk video dan kelas online secara percuma. Tuan Mohd Noor berkata lagi, tujuan buku Funtastic Learning ini adalah untuk bantu ibu bapa dan guru bagi mengaplikasikan pembelajaran begini dengan mudah yang mana ianya tidaklah sukar untuk di dapati dan dilaksanakan.
Pelajar milenium teknologi kini sebenarnya lebih aktif. Hall ini disebabkan mereka sudah terdedah dengan youtube, games dan banyak lagi. Di sebabkan perkara inilah yang membuatkan mereka lebih advance dari kita.
Bagaimana buku ini boleh dijadikan sokongan untuk membantu pembelajaran anak-anak?
Buku ini mudah dan telah dicipta langkah demi langkah. Contohnya hanya perlukan roti dan air untuk laksanakan eksperimen. Jadi, ibu bapa sendiri boleh bantu anak-anak sediakan bahan. Pendekatan sistem ini adalah lebih kepada bertanya soalan. Contohnya, apa yang Faris nampak berubah pada roti? Apa yang Faris akan nampak terjadi pada roti ni dalam beberapa hari?
Pelajar lebih suka jika kita sentuh pembelajaran berkait dengan keadaan yg terjadi di sekeliling mereka. Jadi apa yg mereka lalui dan belajar itu adalah perkara yg berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Itulah yang Funtastic. Benda yang di sekeliling.
Mereka merasakan dunia belajar, real life, dunia teknologi dan dunia persekolahan itu berbeza. Jadi ini adalah pendekatan yang diambil untuk gabung semuanya bagi menampakkan bahawa ianya adalah satu sahaja.
Apa perbezaan Fun Learning dan Projek Based Learning?
Fun learning- Pada satu ketika dahulu, kita pernah dengar ayat, nak belajar belajar, nak main main. Jadi, konsep Fun Learning adalah kita menggabungkan permainan dan belajar. Ini adalah satu konsep yg didapati semasa Tuan Mohd Noor di UK.
Teacher Zy Kendalikan Kelas Funtastic Sains Secara Online
Dari segi psikologi, apabila kita belajar dalam keadaan seronok, akan kurang stres dan sebagainya. Kita akan gembira. Knowledge retention lagi tinggi. Ilmu akan lebih mudah masuk. Jadi mereka akan merasakan belajar bukan untuk exam semata.
Projek Based Learning- Pupuk pelajar untuk ada teknik 4C. Collaboration, Communication, Critical Thinking dan Creativity. 4C ini adalah perkara yg diperlukan oleh industri. Projek based learning ini akan dimasukkan semasa di alam sekolah.
Elemen 4C akan dimasukkan pembelajaran seperti Sains dan Matematik. Dimana mereka sudah mula perlu berfikir secara kreatif, bekerjasama dan saling bertolak ansur. Jadi ini akan menjadikan mereka ada kemahiran dari bangku sekolah lagi berbanding bila dah ke Menara gading, baru nak pupuk kemahiran ini.
Contoh elemen 4C ini boleh di perhatikan apabila pelajar diberi tugas menghasilkan sesuatu projek.Contohnya go green projek. Hasilnya berdasarkan kreativiti detisp kumpulan. Daripada aktiviti inilah, 4C tadi akan berhubumg kait.
Pemasaran CMN Acdemy lebih banyak fokus secata online. Fokus menggunakan Ecommerce di dalam website cmnacademy.com sendiri. Pemasaran melalui FB dan IG juga dilakukan. Selain itu, CMN Academy juga bekerjasama dengan UOC dalam program seminar dan bengkel secara online.
Ianya dilakukan secara online memandang PKP. Pelajar perlu bersedia untuk melangkah kemana pada tahun hadapan. Pembelajaran atas talian secara berterusan dilaksanakan. Terdapat juga seminar yang dilaksanakan secara percuma. Dari sini pelajar akan kenal CMN dan modul-modul yang ada di CMN.
Guru juga boleh menggunakan buku ini sebagai alat bantu mengajar. Jadi, bagaimana ia boleh bantu guru untuk guna buku ini dalam Online Learning?
Sebagai contoh, pelajar tidak boleh pergi ke sekolah. Jadi, kelas adalah secara secara online. Di CMN Academy, sebelum pembelajaran flip classroom atau hybrid learning berlangsung, Tutor akan minta pelajar sediakan barang-barang yg simple dahulu. Contoh roti, kotak , getah yang mana ia mudah didapati sebelum kelas/bengkel bermula. Jadi, guru juga boleh gunakan cara yang sama. Pentingnya disini ialah persediaan untuk belajar. Sedia dengan barang-barang dan lakukan dalam kelas online seterusnya.
Buku keluaran dari CMN adalah pelengkap kepada Buku Teks. Ia lebih kepada buku alternative untuk dijadikan bahan pada anak-anak pelajar untuk lebih faham konsep. Ada buku latihan dan ada buku teks. Buku ini untuk bantu kefahaman pelajar dengan lebih mendalam.
Antara seminar yang dijalankan semasa PKP ialah Seminar Best (Beyond Expectation Student Tutoring). Bermula dari Sekolah Rendah Tahun 4-6, Sekolah Menegah Tingkatan 1-5 termasuk mengaji juga ada. Ianya diadakan secara online menggunakan platform zoom.
Seminar ini adalah salah satu daripada usaha CMN untuk kekalkan semangat pelajar untuk belajar. CMN Academy juga ada melaksanakan kelas Funtastic Online Tuition yang mana dijalankan secara berkala pada setiap minggu.
Seminar BEST kebiasaanya sebulan sekali, dua bulan sekali atau mengikut permintaan sekolah. Tuan Mohd Noor juga ada kongsikan link untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang pertanyaan berkaitan di Info CMN Academy.
Group Funtastic Online secara percuma juga diadakan. Boleh layari link diatas untuk info selanjutnya atau ke Facebook rasmi iaitu CMN Academy.
Kelas Seminar Best Online Kimia Bersama Cikgu Ruzanna
Tuan Mohd Noor juga ditanya oleh Bernama Radio iaitu Encik Sabirin mengenai perancangan pada masa akan datang. Adakah focus CMN Academy ini hanya terhadap subjek Sains dan Matematik sahaja atau subjek lain juga?
“Memang kami ada buat tuisyen untuk semua subjek sperti Bahasa Melayu,Prinsip Akaun, Mengaji dan banyak lagi. Kami dalam proses menyiapkan modul untuk subjek-subjek lain juga.
Baru2 ini kami adakan juga STPM2020 secara online. Hampir 200 orang pendidik yang berkumpul secara online dimana ini adalah tahun ke 6. Sebelum ni secara offline. Namun konsep 2020 adalah secara hybrid. Perbezaannya kali ini mereka semangat untuk menyiapkan modul-modul setiap level dan subjek. Modul itu sudah diajar dan digunakan Bersama pelajar.” Jelas Tuan Mohd Noor.
Beliau juga berkata bahawa modul ini akan berada di pasaran. Seperti buku Funtastic Aains dan Math, ia telah dijual pada tahun 2018 lagi melalui link yang disediakan tadi dan juga jika ada program di sekolah.
Kini, Buku Funtastic Sains dan Math dihadirkan secara kombo yang mana harga normalnya adalah RM95. Kini tawaran diberikan sebanyak RM75 dan dalam masa yang sama dilengkapi dengan bonus support group. Ada pelbagai video, bukan sahaja kandungan di dalam buku, tapi luar dari dalam buku juga ada disediakan ada.
Antaranya, video Tutor dari team CMN Academy yang laksanakan aktiviti seperti Fun Learning, Projek Based Learning, Sesi Funtastic Online Tuition secara percuma diberikan apabila dapatkan modul ini.Perkara yang paling penting adalah pelajar dapat apply, faham, dan seronok menggunakan modul ini.
Kenapa perlu dapatkan buku Funtastic Math dan Sains ini untuk pelajar?
Jika di perhatikan, kadar peritus anak-anak meminati Sains dan Matematik semakin berkurang dari masa ke semasa. Jadi, perkara ini sangat memberi kesan kepada Industry Malaysia dan luar negara.
Jadi STEM ini telah diaplikasikan yang mana Future Of Education (FOT). Mindset pelajar juga berbeza seiring dengan peredaran semasa. Hal ini disebabkan anak pelajar dikelilingi dengan perkara advance dan berteknologi.
Jadi, jika persoalan ini tidak menjawab pertanyaan anak pelajar, mereka akan bosan. Jadi pembelajaran kini perlulah seiring dengan pembelajaran semasa.
Dapatkan segera buku ini sementara ianya masih ada dan nikmati BONUS yang hebat. Info selanjutnya, layari:
CMN Academy Online Tuition