Sistem Pengurusan kokurikulum

Kokurikulum merupakan suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai, unsur – unsur dan budaya untuk pelajar. Kokurikulum suatu program pendidikan yang termasuk kokurikulum semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid sepenuhnyadari segi jasmani, rohani, intelektual, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta pendidikan).

Peranan kokurikulum

1. Perkembangan individu secara menyeluruh

2. Penerapan dan perkembangan nilai nilai murni

3. Penyebaran ilmu pengetahuan

4. Pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu

5. Melahirkan tenaga mahir

Aktiviti kokurikulum hendaklah di jalankan sepanjang tahun , namum pengisian aktiviti hendaklah menjurus ke arah memantapkan dan mengukuhkan kokurikulum. Pemantauan aktiviti hendaklah dilakukan untuk memastikan keberkesanan pengurusan sesuatu badan beruniform/kelab/ persatuan.

Pelan Induk Pembangunan profesionalisme keguruan (PIPPK) Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Justeru itu, sekolah yang terlibat perlu mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan, kepimpinan dan pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (pdp) seiring dengan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

 

 

“yakin sebelum berjaya”

#kementerianpendidikanmalaysia

#programtransformasisekolah2025

Sumber dari : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21)

Pembelajaran Abad ke 21 merupakan proses pembelajaranyang berpusatkan murid yang berteraskan elemen komunikasi, pemikiran kritis, kreativiti, serta aplikasi nilai murni dan etika.

Pada masa kini, negara di seluruh dunia sedang melaksanakan pembaharuan yang meluas terhadap pendidikan untuk menghasilkan generasi yang celik dengan teknologi maklumat dan mampu berdaya saing secara sihat. Pendidikan abad ke 21 ialah pendidikan yang berdaya saing seiring dengan kemajuan teknologi maklumat pada masa kini.

Pendidikan abad ke 21 ialah pendidikan yang berdaya saing seiring dengan kemajuan teknologi maklumat pada masa kini. Dibawah berikut maklumat tentang definisi Pembelajaran Abad ke – 21

Dari sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM 2018 – 2019

STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).

Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.

Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.

Salah satu pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak .

 

 

 

 

 

 

Dari Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Bersama Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Shamsazila Binti Saaban.

Beliau ingin berkongsi tentang halatuju pendidikan Malaysia serta review tentang Modul Funtastic STEM.

“Saya amat tertarik dengan Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik kerana buku ini menceritakan dengan ringkas tentang Fizik, sebab buku lain semua tebal dan harus menghafal formula,tetapi modul ini dapat banyak informasi dan video dan juga animasi, ini adalah permulaan dan perubahan untuk fun learning dan kita tidak mahu pelajar stress dalam belajar”

Dr Shamsazila Binti Saaban

“Modul Funtastic Science dan Matematik untuk sekolah rendah, menunjukan modul yang amat menarik ya dan perlu berikan kepada guru sekolah untuk lebih meluas, belum banyak lagi modul yang seperti ini. Kalau kita lihat modul ini banyak mengikut STEM jugak dan mengikut pembelajaran ke abad 21. Modul ini banyak cara pembelajaran dan Fun learning, banyak permainan dan teknik yang mudah untuk di fahami.”  

Selain itu, Modul Funtasic untuk Sains & Matematik pula, Dr Shamsazila Binti Saaban berkata bahawa buku Funtastic untuk pelajar sekolah rendah amat lah digalakan dan disebarkan di setiap sekolah kerana buku tersebut banyak memberi cara yang ringkas dan mudah untuk pelajar sekolah rendah mengenai Matematik dan Sains.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Shamsazila Binti Saaban kerana sudi meluangkan masa memberi feedback mengenai buku Modul Funtastic kami dan mengalakan kami untuk menjual di setiap sekolah kerana buku ini dapat memberi pelajar sekolah belajar dengan fun learning dan mudah untuk difahami.  Kami mendoakan supaya Dr Shamsazila Binti Saaban dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) maju dan dapat mencapai matlamat yang ingin dicapai oleh IPG sebagai peneraju dalam bidang pendidikan guru di Malaysia.

 

Untuk tahu lebih lanjut tentang perkongsian beliau boleh ikuti video di bawah.

 

Untuk info lebih lanjut mengenai Modul Funtastic boleh KLIK lini ini: Modul Funtastic Sains & Matematik

 

“Yakin Sebelum Berjaya”

#kementerianpendidikanmalaysia

#STEM2019

 

Membentuk Peribadi Pelajar Seperti PUZZLE!

Pada pertengahan bulan Ogos tahun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyenaraikan sebanyak 402 buah sekolah yang terlibat dalam kategori masalah disiplin dan penyalahgunaan dadah.

Saya tidak berpihak kepada sesiapa dalam mengenai kes ini memandangkan ini adalah tanggungjawab bersama oleh masyarakat.Tugas memanusiakan manusia bukan sahaja tugas seorang guru, malah ibubapa atau penjaga perlu membentuk sahsiah keperibadian pelajar dengan jayanya.

Masyarakat pada hari ini berbeza dengan masyarakat tradisi di mana masyarakat bersikap individualistik, anak sukar dikawal malah pihak keluarga menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak mereka kepada pihak sekolah.

Pelajar ini ibarat seperti sebuah puzzel kerana mereka di susun dan dicorakan oleh ibu bapa,kawan-kawan, guru sekolah dan masyarakat. Untuk membentuk peribadi pelajar bukanlah perkara yang mudah. Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar.

Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila,keadaan,akhlak dan kesopanan.

Ibu bapa merupakan peranan yang penting untuk mencorakkan puzzle pelajar, kerana ibu bapa ialah tiang bagi anak mereka sendiri. Ibu bapa haruslah memberi kepercayaan kepada guru sekolah mereka sendiri, pada zaman sekarang banyak ibu bapa yang tidak percaya pada guru dan menyalahkan guru atas sikap disiplin anak mereka.

Selain itu, ibu bapa mestilah mendidik anak mereka mengenai nilai murni dan kehormatan. Sekiranya ibu bapa tidak mendidik anak mereka, maka ia akan menyebabkan anak mereka tidak mempunyai sikap disiplin dan nilai murni.

Di samping itu, guru sekolah perlu memberikan perhatian kepada anak murid mereka, bukan membiarkan anak murid mereka melakukan kesalahan. Guru sekolah merupakan ibu yang ke 2 untuk anak murid semasa di sekolah, mereka perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak murid mereka.

Seterusnya, Kawan ataupun sahabat juga merupakan peranan untuk membentuk peribadi pelajar. Kawan perlulah meluangkan masa bersama dengan perkara yang berfaedah, seperti melakukan aktiviti sukan atau membantu orang yang memerlukan dan sebagainya. Selain itu, sahabat juga perlu lebihkan masa bersama untuk mengulang kaji pelajaran. Berlajar bersama rakan jugak satu cara untuk membentuk peribadi pelajar bersama-sama dengan rakan mereka.

Akhir Sekali, masyarakat sekeliling merupakan impak yang besar dalam membetuk peribadi pelajar kerana pelajar sekarang suka mengikut tingkah laku dan jugak benda viral dengan cepat dan mudah. Bagi saya masyarakat perlu berhenti menghukum dan menukar budaya menghukum tersebut dengan mebantu.

Sekiranya masyarakat terus menghukum ia akan menyebabkan kesan emosi kepada pelajar mahupun remaja, masyarakat harus membantu dan mendidik remaja dan pelajar sekolah ke arah kebaikan. Sekiranya keadaan sekeliling baik ia akan meningkatkan nilai modal insan dalam diri pelajar.

Kesimpulannya, peribadi pelajar juga perlu lah di ambil berat oleh pelajar sendiri kerana mereka tidak boleh bergantung 100% dengan ibu bapa, guru sekolah mahupun kawan-kawan.

Bagi ibu bapa haruslah mengambil berat tentang anak mereka supaya tidak mendekati dengan perkara negatif.

Ibu bapa juga boleh membantu anak-anak meningkatkan kemahiran atau pembelajaran anak-anak dengan mengikuti tuisyen, home tuition atau kelas-kelas berbentuk kemahiran seperti pengucapan awam dan kelas robotik.

Seorang Tutor juga mampu menunjukkan sikap yang baik serta memberi motivasi selain dari mengajar akademik.

Selain itu, guru sekolah pula harus membimbing anak muridnya supaya dapat menjadi murid yang berjaya pada masa hadapan.

Semua ahli masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh atau menyalahkan pihak lain kerana masing-masing mempunyai peranan masing-masing. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing maka peribadi pelajar dapat dibentuk dengan baik dan visi kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 akan tercapai.

Modul Funtastic Mengikut Cara Pembelajaran Abad Ke 21?

Bersama Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Shamsazila Binti Saaban.

Beliau ingin berkongsi tentang halatuju pendidikan Malaysia serta review tentang Modul Funtastic STEM.

“Saya amat tertarik dengan Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik kerana buku ini menceritakan dengan ringkas tentang Fizik, sebab buku lain semua tebal dan harus menghafal formula,tetapi modul ini dapat banyak informasi dan video dan juga animasi, ini adalah permulaan dan perubahan untuk fun learning dan kita tidak mahu pelajar stress dalam belajar”

Dr Shamsazila Binti Saaban

“Modul Funtastic Science dan Matematik untuk sekolah rendah, menunjukan modul yang amat menarik ya dan perlu berikan kepada guru sekolah untuk lebih meluas, belum banyak lagi modul yang seperti ini. Kalau kita lihat modul ini banyak mengikut STEM jugak dan mengikut pembelajaran ke abad 21. Modul ini banyak cara pembelajaran dan Fun learning, banyak permainan dan teknik yang mudah untuk di fahami.”  

Selain itu, Modul Funtasic untuk Sains & Matematik pula, Dr Shamsazila Binti Saaban berkata bahawa buku Funtastic untuk pelajar sekolah rendah amat lah digalakan dan disebarkan di setiap sekolah kerana buku tersebut banyak memberi cara yang ringkas dan mudah untuk pelajar sekolah rendah mengenai Matematik dan Sains.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Shamsazila Binti Saaban kerana sudi meluangkan masa memberi feedback mengenai buku Modul Funtastic kami dan mengalakan kami untuk menjual di setiap sekolah kerana buku ini dapat memberi pelajar sekolah belajar dengan fun learning dan mudah untuk difahami.  Kami mendoakan supaya Dr Shamsazila Binti Saaban dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) maju dan dapat mencapai matlamat yang ingin dicapai oleh IPG sebagai peneraju dalam bidang pendidikan guru di Malaysia.

 

Untuk tahu lebih lanjut tentang perkongsian beliau boleh ikuti video di bawah.

 

Untuk info lebih lanjut mengenai Modul Funtastic boleh KLIK ini: Funtastic Sains & Matematik

 

 

“NAK… MAMA RISAU TENGOK RESULT KAMU…”

“NAK… MAMA RISAU TENGOK RESULT KAMU. MAMA CARIKAN HOME TUITION MENTORING UNTUK BANTU KAMU YE. MAMA NAK KAMU CEMERLANG.” BISIK MAMA DALAM HATI.
.
.
.
“C lagi? Bila nak improve ni?”
.
Risau hati saya bila tengok result anak, tambahan dah nak UPSR dah ni.
.
“Kenapa result macam ni lagi? Kat sekolah main ke belajar ni?” Bisik hati saya.
.
Saya ambil masa nak rawat hati saya supaya tak marah anak dan sabar.
.
.
Nasib baik saya ada tanya anak, apa masalah dia kat sekolah.
Rupanya… anak kurang dapat perhatian di sekolah, dah tu, malu pula nak tanya dalam kelas. Kawan2 ramai kan… segan la tu.
.
.
Saya ambil keputusan nak carikan tuisyen yang lebih berfokus, cikgu fokus kat anak saya je. 
Cari punya cari… terjumpa pasal Home tuition Mentoring CMN Academy kat Facebook.
.
Jadi… bermulalah jalan-jalan bercahaya buat anak saya.
.
.
Mula belajar di rumah… saya boleh nampak peningkatan dalam semangat anak belajar. Dia dah mula bertanya soalan, rajin belajar… 
.
Yang bestnya, saya tak perlu hantar pun anak keluar, tutor datang terus kat rumah mengajar. Saya pun boleh monitor pembelajaran anak saya kat rumah. 
.
.
Baru-baru ni, nampak hasil kat Gred pula.. dah mula dapat A. Apa lagi, gembira betul hati saya. Lega rasanya. Rasa berbaloi spent duit & masa untuk kecemerlangan anak.
.
Anak happy, saya happy, family happy.
.
Syukur, Alhamdulillah.
.
.
Anda pun nak anak seronok belajar, dapat perhatian penuh & cemerlang dalam pelajaran?
.

======
Bagaimana HOME TUITION MENTORING boleh membantu anak anda?
======
.
.
+ Tenaga PENGAJAR BERKUALITI yang dipilih dengan ketat & diselia
.
Tutor CMN dipilih melalui TEMUDUGA dan diberikan latihan BEYOND Expectation Tutor. 
Pemantauan prestasi secara berterusan dari masa ke masa melalui Tutor Rating System dapat meningkatkan kualiti tutor. 
.


.
+ Modul berorientasikan KBAT & Silibus TERKINI
.
KBAT: Kemahiran Pemikiran Aras Tinggi
Lebih banyak aktiviti daripada membaca buku sahaja.
Anak anda tidak akan bosan, lebih pantas & mudah mengingat & memahami teori. Ia akan membuat anak anda menjadi seorang pemikir dan bukan sekadar penghafal.
.
.
+ TEKNIK PEMBELAJARAN YANG SESUAI untuk setiap jenis pelajar
.
Kami memberi latihan tutor kami secara teratur terutamanya mengenai kaedah Pendekatan Neuro-Linguistic Programming (NLP) & Pendekatan Fun-Learning. 
.
Kami percaya bahawa setiap pelajar mempunyai kebolehan & kepakaran mereka sendiri, serta cara pembelajaran yang berbeza.
.
.
+ PEMBELAJARAN EFEKTIF
.
Belajar di rumah anda sendiri, hanya 1 to 1, atau sehingga maksimum 5 orang * setiap sesi untuk memastikan proses pembelajaran menjadi SANGAT FOKUS & SELESA.
.
.
+ PILIH SUBJEK yang diperlukan oleh anak anda
.
Kami menyediakan konsultasi PERCUMA, untuk membantu anda memilih subjek yang sesuai.
Pelbagai subjek boleh anda pilih seperti subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains …
& mata pelajaran tambahan seperti Kimia, Akaun, Matematik Tambahan, dll.
.
.
+ JAMINAN akan ada beberapa atau banyak PENINGKATAN DALAM PRESTASI ** anak anda 
.
Anda akan melihat perasaan anak anda dalam pembelajaran & pembelajaran meningkat… dan secara automatik mempengaruhi prestasinya menjadi lebih baik.
.
.
+ Pentingkan PRIORITI
.
Kami tidak menafikan bahawa pembelajaran mengikut aturan silibus atau ‘selesai’ sukatan pelajaran adalah penting…
Kami melaksanakan pembelajaran mengikut keutamaan… yang bermaksud menyelesaikan bahagian yang anak anda tidak faham & perlukan bantuan dulu, bukan hanya mengikuti aliran sukatan pelajaran & mengejar masa untuk menyelesaikannya.
Bagi kami, jika pelajar mempunyai asas yang kuat, dia boleh menyelesaikan apa sahaja soalan berkaitan dengan mudah.
.
.
+ Update tentang perkembangan prestasi semasa anak anda 
.
Ini hebat, kan? Kami menyediakan laporan bulanan, di mana kami & anda boleh melihat & memantau bersama, prestasi anak anda & tutor kami.
.
.
+ Terbuka untuk semua pelajar sekolah RENDAH & MENENGAH
.
.
+ Masa FLEKSIBEL seperti yang dicadangkan
.
.
+ JIMAT masa, tenaga & petrol anda
.
.
Banyak lagi testimoni ibu bapa yang gembira dengan perkhidmatan kami di http://bit.ly/testimoni-CMN
.
.
=====
Sempena sesi persekolahan yang baru bermula …
.
Kami berikan anda…
.
.
Untuk 50 pelanggan pertama yang MENDAFTAR SEKARANG,
.
kami ingin berikan anda “Workbook PLANNER Limited Edition” secara PERCUMA !!
.
.
.
NAK KAMI BANTU MENGURANGKAN KERISAUAN ANDA TENTANG PENCAPAIAN ANAK?
.
.
>>Whatsapp “HTM_Free Planner” KE 011-15775761<<
.
.
Hubungi segera sebelum kuota penuh!
.
PS: Tutor terlatih kami adalah terhad. 
.
**Kami juga ada sediakan kelas mengaji di rumah. 


#HomeTuitionMentoring
#CMNAcademy
#anakcemerlang
#seronokbelajar
#funlearning

[TERBARU] Format PT3 Pentaksiran 2019

Format PT3 terbaru ini akan dimulakan pada tahun ini, 2019. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan format terbaru untuk pelajar yang mengambil PT3 (Pentaksiran Tingkatkan 3) bagi matapelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2019.

Terdapat 20 mata pelajaran yang terlibat ialah:

Bahasa MelayuBahasa Inggeris
SejarahGeografi
Bahasa ArabBahasa Iban
Bahasa CinaBahasa Punjabi
Bahasa KadazandusunBahasa Tamil
SainsSeni Tari
Pendidikan IslamBahasa Semai
MatematikSeni Visual
Seni TeaterAsas Sains Komputer
Reka Bentuk dan TeknologiSeni Muzik

Format soalan / Instrumen PT3 2019

Semak butiran yang lebih lengkap dan lebih jelas bagi format soalan PT3 membabitkan semua subjek akademik dengan cara klik satu persatu gambar yang kami kongsikan mengenai pemarkahan bagi setiap mata pelajaran KSSM.

Setiap jadual menyatakan jenis instrumen, bilangan soalan, jumlah markah, wajaran, tempoh ujian, dan kaedah penskoran bagi setiap kertas.

1.Format PT3 Bahasa Melayu

2. Format PT3 Bahasa Inggeris

3. Format PT3 Geografi


4. Format PT3 Bahasa Arab

5. Format PT3 Sains

6. Format PT3 Matematik

7. Format PT3 Pendidikan Islam

8. Format PT3 Reka Bentuk

9. Format PT3 Sains Komputer

10. Format PT3 Sejarah

11. Format PT3 Pelbagai Bahasa

12. Format PT3 Seni Muzik

13. Format PT3 Seni Tari

14. Format PT3 Seni Visual

15. Format PT3 Seni Teater

Semoga matlumat ini dapat membantu pelajar PT3 untuk membuat persediaan lebih awal 😃

Cara Mudah Menulis Ringkasan Dalam Bahasa Inggeris

“Easy Way To Write A Summary In English”

Ingat untuk meringkaskan teks yang telah anda baca. Gunakan petua berikut:

1) Mempersingkatkan teks sehingga semua fakta dalam ringkasan. Tinggalkan contoh, penilaian dan tafsiran.

2) Skim teks. Anda harus tahu apa kandungan utamanya. Baca tajuk berita dengan teliti.

3) Baca teks sekali lagi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Anda mesti memahami keseluruhan teks.

4) Buat nota (gunakan kata kunci). Selaraskan kata-kata penting dalam teks.

5) Bentuk ayat dengan bantuan kata kunci anda. Kata kunci ini harus mencerminkan kandungan utama teks.

6) Sambungkan dengan ayat  yang sesuai. Ayat pertama harus menerangkan kandungan utama teks.

7) Gunakan Present Simple atau Simple Past. Tulis ayat dalam ucapan yang dilaporkan.

8) Kadang-kadang anda perlu menukar ayat tersebut.

9) Semak ringkasan anda. Berhati-hati dengan kesilapan ejaan.

Contoh (Kata kunci)

  • Firstly,
  • Secondly,
  • Besides,
  • Next,
  • Thirdly,
  • In addition ,
  • Lastly ,
  • Finally ,

Example ‘SUMMARY’

  1. Beside,  the student can go study at home tuiton after the school.
  2. Next , we can join the competition to further improve our skills.
  3. Finally, schools should have a variety of activities on the curriculum for schoolchildren so students can be active in co-curriculum.

THANK YOU….

Pentaksiran Baru Bantu Guru Lahirkan Pelajar Cemerlang

Assalamualikum tuan dan puan

Seperti yang kita tahu bahwa tahun 1 2 dan 3 akan tertumpu kepada perkembangan pembelajaran serta tidak lagi peperiksaan. Tetapi ada pentaksiran alternatif merujuk kepada pelbagai aktiviti untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran murid.

Menteri pendidikan DR maszlee Malik telah menyatakan ibu bapa perlu menggalakkan anak anak untuk gemar atau lebih minat membaca dan sentiasa aktif untuk meneroka ilmu kerana anak anak ini lebih suka berseronok dan rilek dan juga mekanisma pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan sahaja tetapi juga merangkumi semua aspek seperti cara berdisplin, cara berpakaian, cara percakapan.

Mekanisme pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan yang bermula pada sesi persekolahan 2019 dapat membantu guru lebih fokus dalam membentuk lebih ramai pelajar cemerlang dan tertumpu kepada perkembangan pelajar tahap 1 2 dam 3.

Ia dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio, pameran dan kuiz.

Untuk itu,ibu bapa perlu menyokong anak anak untuk lebihkan beraktiviti terutama beriadah, bersenam dan jadikan itu seperti tabiat dan perkara itu membantu untuk memperkembangan anak anak dari segi mental dan emosi.

“yakin sebelum berjaya”

#cmnacademy

#kementerianpendidikanmalaysia

#cmneducationgroup

#pentaksiranpelajaran