Tuisyen Online Biologi Percuma Untuk Pelajar SPM

ONLINE TUITION BIOLOGI PERCUMA

Siapa kata bila dok rumah ni bosan?
Bosan la kalau tak buat benda bermanfaat.

Jadinya kami nak ajak pelajar Tingkatan 4 & 5 untuk ramai2 join Online Tuition Funtastic Biologi bersama Cikgu Zana esok, jam 11am-12pm.

Nak ulangkaji & belajar Biologi secara mudah, selamat & menarik?
FREE jee…

 

Whatsapp “Bio” ke 01113172015 sekarang untuk join esok!

#OnlineTuition
#OnlineClass
#FuntasticBiologi
#SPM
#CMNAcademy

Online Tuition Add Maths Percuma Sempena Kempen ‘Stay At Home’

Berkesan ke Online Tuition ni? 🧐

Online Tuition Funtastic Add Maths bersama Tutor Raj agak menarik sebab bukan sahaja pelajar, malah warga Pendidik pun ada join. 😊

Ada Teknik Visual Add Maths yang lain dari yang lain. Wow!

Boleh tengok respon peserta yang join menerusi online.

Untuk next class Hari Ahad (10 pagi – 12 tengahari) pula, secara PERCUMA sahaja, Boleh Whatsapp ‘Nama_FAM’ ke 011-1317 2015

Untuk Tonton Video Kelas Online sebelum ini boleh klik Tuisyen Online Matematik Tambahan

#OnlineTuition
#FuntasticAddMath

CABARAN SKOR ‘A’ SAINS UPSR: KEMAHIRAN MENTAFSIR DATA [MEMBUAT KESIMPULAN]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Apa khabar Ibu Bapa serta pelajar di luar sana ? 😊

 

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang salah satu Kemahiran Proses Sains, Kemahiran Mentafsir Data iaitu Membuat KESIMPULAN.

 

Ramai di kalangan Calon UPSR yang masih tidak tahu kaedah yang betul menjawab Soalan KESIMPULAN.. Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi serba sedikit pengalaman mengajar teknik yang mudah difahami untuk menjawab soalan Kesimpulan. Diharap dapat membantu Calon-calon UPSR 2020 yang masih mencari-cari cara menjawab soalan KESIMPULAN.

 

🔲 APA ITU KESIMPULAN?

👉 KESIMPULAN adalah penyataan dibuat selepas sesuatu eksperimen dijalankan.

👉 Membuat KESIMPULAN adalah merupakan satu penyataan yang dibuat dengan merangkumi semua maklumat atau data dalam eksperimen yang telah dikumpul.

👉 KESIMPULAN dapat mengesahkan sesuatu hipotesis yang dibuat pada awal eksperimen sama ada benar, separa benar atau pun tidak benar

👉 KESIMPULAN juga adalah aktiviti membuat perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi (PM) dengan pembolehubah yang bergerak balas (PB).

 

🔎 CONTOH SOALAN

👉 Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?

👉 Berdasarkan jadual di atas, nyatakan kesimpulan yang boleh dibuat.

 

🔲 CARA MENULIS JAWAPAN

Terdapat 3 situasi SOALAN yang akan mengubah cara menjawab soalan KESIMPULAN:- 

 

1⃣ Cuma ada SATU Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Dimanipulasi (PM) dan Cuma ada SATU Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Bergerakbalas (PB)

Apabila ……..(PM)….…. ___corak___ ,

 

Maka ….…(PB)……..… ___corak___.

Semakin ___corak___ ……..(PM)….….,

Semakin ___corak___ ….…(PB)……..…

*(sila rujuk contoh jawapan dalam gambar yang disediakan)

 

2⃣ Cuma ada SATU Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Dimanipulasi (PM) Tetapi ada DUA Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Bergerakbalas (PB)

APABILA ……..(PM)….…. DARI _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

DAN

 

APABILA ……..(PM)….…. DARI _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

PADA ……..(PM)….…. _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

 

MANAKALA

PADA ……..(PM)….…. _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

 

 

*(sila rujuk contoh dalam gambar yang disediakan)

 

3⃣ TIADA Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Dimanipulasi (PM) Dan TIADA Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Bergerakbalas (PB)

Apabila ……..(PM)….…. ___ FAKTA___ ,

Maka ….…(PB)……..… ___FAKTA___ .

*(sila rujuk contoh jawapan dalam gambar yang disediakan)

🔲 KESALAHAN UMUM MEMBUAT KESIMPULAN

1⃣ Calon menyatakan KESIMPULAN dengan ayat BAHASA MELAYU PEMAHAMAN. (SAYANG CIKGU BM)

✎ Jawapan ✘ ➳ Kesimpulan untuk penyiasatan ini ialah anak ayam bertambah bila bulan bertambah

✎ Jawapan  ➳ Apabila bilangan bulan bertambah, Maka bilangan anak ayam bertambah.

2⃣ Calon menyatakan jawapan dalam bentuk inferens

✎ Jawapan ✘ ➳ Isipadu semakin besar kerana saiz kotak besar

✎ Jawapan  ➳ Apabila Saiz kota bertambah, maka Isipadu kotak bertambah.

3⃣ Jawapan terpesong dari kehendak jawapan.

✎ Jawapan ✘ ➳ Kelajuan dan jenis keretapi adalah berbeza

✎ Jawapan  ➳ Apabila Kemodenan Keretapi bertambah, maka kelajuan keretapi bertambah.

4⃣ Calon tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah

✎ Jawapan ✘ ➳ semakin bertambah haiwan semakin bertambah makanan

✎ Jawapan  ➳ Apabila Saiz haiwan bertambah. Maka jumlah makanan yang diperlukan sehari oleh haiwan bertambah.

5⃣ Calon tidak meletakkan pola atau corak dalam kesimpulan

✎ Jawapan ✘ ➳ Apabila bilangan mentol maka kecerahan mentol terang

✎ Jawapan  ➳ Apabila bilangan mentol bertambah maka kecerahan mentol berkurang

6⃣ Calon salah menulis salah satu pemboleh ubah.

✎ Jawapan ✘ ➳ Apabila jenis haiwan bertambah maka bilangan telur yang dihasilkan bertambah.

✎ Jawapan  ➳ Apabila Bilangan telur dihasilkan bertambah Maka bilangan anak haiwan yang selamat bertambah.

7⃣ Calon menulis data yang tidak diberikan

✎ Jawapan ✘ ➳ Apabila bilangan murid bertambah maka panjang meja bertambah

✎ Jawapan  ➳ Apabila Panjang jari Murid bertambah maka ukuran panjang meja (jengkal) berkurang.

8⃣ Calon Menulis jawapan untuk soalan tujuan.

✎ Jawapan ✘ ➳ untuk menyiasat suhu persekitaran dengan bilangan tomato

✎ Jawapan  ➳ Apabila suhu persekitaraan berkurang, maka bilangan tomato bertambah.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon-calon UPSR 2020

 

Credit : PHT Cikgu Shahrul

 

Cuti sekolah dah bermula 

 

Ibu bapa masih belum ada “plan” untuk mengisi masa lapang anak-anak pada hari cuti  ❓

 

Nak anak-anak spend masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyeronokkan dan pastinya menambah ilmu pengetahuan ?

 

KAMI ADA BERITA BAIK UNTUK IBU BAPA DI LUAR SANA 📢📢📢

 

Sempena cuti sekolah kami ada menganjurkan beberapa program untuk bantu anak anda minat belajar dalam subjek MATH & SAINS iaitu…

 

Program Cuti Sekolah (PCS) yang bakal mengubah persepsi anak anda terhadap pembelajaran 

 

Pendaftaran masih dibuka ‼ Tempat adalah terhad ‼ 

 

Kebaikan kelas tuisyen kepada pelajar sekolah

 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pusat tuisyen di negara ini bertambah dengan pesat bagai, cendawan tumbuh selepas hujan. Sejak kebelakangan ini, kelas tuisyen sudah menjadi sebahagian daripada budaya warga pelajar kita. Seseorang pelajar mengganggap dirinya tidak lengkap tanpa menghadiri kelas tuisyen. Dengan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan pusat tuisyen merupakan sekolah kedua untuk para pelajar pada hari ini.

Dengan menghadiri kelas tuisyen, para pelajar mempersiapkan diri mereka ke arah peperiksaan. Hal ini demikian kerana mereka mendapat bimbingan intensif bagi setiap mata pelajaran daripada guru-guru tuisyen. Guru-guru tuisyen dapat memberikan tumpuan yang lebih dan mengukuhkan pemahaman para pelajar kerana bilangan pelajar di dalam kelas tuisyen adalah kecil. Oleh itu, guru tuisyen mudah untuk menyelesaikan masalah dan kekaburan yang dihadapi oleh pelajar.

Selain itu, pelajar sekolah sekarang sering dibebankan dengan pelbagai tugasan seperti folio dan kerja kursus sehingga mereka tidak sempat untuk mengulang kaji pelajaran. Pelajar-pelajar sewajarnya membuat ulang kaji secara konsisten untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, kelas tuisyen dapat memberikan peluang untuk para pelajar menelaah pelajaran. Mereka juga dibimbing menerusi kaedah latih tubi bagi membiasakan diri dengan bentuk soalan peperiksaan sebelum menduduki peperiksaan sebenar.

Sebagai kesimpulan, kewujudan pusat tuisyen lebih  banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pusat tuisyen di negara kita harus dipantau oleh pihak berkuasa dari masa ke masa agar mutu pengajaran serta bimbingan selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang.

Sains UPSR – PROSES HIDUP HAIWAN

Organ Pernafasan Haiwan

 

  • Organ Pernafasan Haiwan
  • Juga seperti manusia, haiwan menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dan wap air.
  • Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza kerana setiap haiwan mempunyai organ pernafasan
    yang berbeza.

Organ-organ pernafasan haiwan adalah seperti berikut:

  1. Peparu

Image result for SISTEM PERNAFASAN

Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas melalui peparu (lungs).

Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.

2. Spirakel

Image result for SPIRAKEL

Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sisi badan serangga. Udara memasuki spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.

Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas.

3. Insang

Image result for insang

Kebanyakan haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).

Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang

4. Kulit lembap

Image result for kulit lembab pernafasan

  • Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit   lembap (moist skin).
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
  • Haiwan-haiwan ini akan memastikan kulit mereka lembap sepanjang masa.
  • Oksigen daripada udara memasuki badan haiwan-haiwan ini  secara langsung melalui kulit yang lembap

 

Kebaikan Amalan Menabung

 

Menabung ialah amalan menyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang selamat seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bank. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung.

 

  1. Simpanan untuk masa hadapan ialah faedah menabung adalah dapat membekalkan sebuah keluarga atau individu dengan sumber kewangan untuk kegunaan masa depan. Hal ini demikian kerana wang boleh dianggap segalanya pada zaman kini.
  2. Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan. Setiap orang perl sedar bahawa keperluan duit semasa waktu kecemasan juga membuatkan amalan menabung itu sangat penting. Hal ini kerana manusia tidak dapat menjagka pada bilaa masa mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos perbelanjaan.
  3. Amalan agar tidak menjadi membazir. Menabung dapat menjauhkan diri daripada sikap pembaziran.Hal ini kerana dengan menyimpan wang, ianya mempunyai kesan termasuk dapat memupuk nilai-nilai murni seperti berjimat-cermat dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masa depan kita.
  4. Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak.Amalan menabung yang disemai oleh ibubapa dapat dijadikan contoh teladan kepada anak mereka.Perkara ini bermaksud sesebuah keluarga yang mengambil berat tentang amalan menabung.
  5. Dijadikan bank kecil,tidak mengharapkan orang lain untuk memberi wang. Selain itu, dengan mengamalkan sikap menabung secara konsisten, ianya dapat menangani segala masalah.

Kelebihan Membaca !!

 

Adik-adik suka membaca buku ?

ermm mungkin setengah sahaja suka membaca buku, mungkin setengah itu suka main gajet.

 

JOM tengok kelebihan membaca:-

 

  1. Membaca akan meningkatkan ingatan anda. Sekiranya anda tidak menggunakan ingatan, ingatan anda akhirnya menjadi lemah. Permainan seperti silang kata akan mengurangkan risiko anda menyanyi pada usia tua. Walaupun bacaan bukanlah sejenis permainan, ia boleh membantu menghulurkan otot memori dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan permainan yang berbeza yang menggunakan ingatan. Ini kerana membaca memerlukan memori lebih lanjut mengenai apa yang anda baca. Secara tidak langsung akan meningkatkan kekuatan ingatan anda.
  2. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.
  3. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya. Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.
  4. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.
  5. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.
  6. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.
  7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.

 

Kebaikan Dan Keburukan Media Sosial

 

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “Instagram”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia.

 

 

Kebaikan sosial media :-

 

  1. Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain.
  2. Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka.
  3. Seterusnya, kebaikan medial sosial ialah kemudahan untuk menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
  4. Di samping itu, kebaikan media sosial ialah perkongsikan maklumat dan ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu.

 

Keburukan Berikut :-

 

  1. Penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut.
  2. Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.
  3. Menulis status peribadi yang kurang wajar mungkin mencetuskan perbalahan sesama pengguna media sosial.  Apatah lagi jika status peribadi itu menular dan menjadi bahan kutukan dan kejian masyarakat.  Pengguna akan mengalami stres yang berpanjangan akibat tindakan memuat naik status yang boleh dijadikan bahan fitnah.

 

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.

Tips Motivasi Diri Untuk Berjaya

 

Anda perlu mempunyai motivasi yang kuat untuk sentiasa memperbaiki potensi diri.Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu yang sangat penting dalam hidup untuk dijadikan sebagai panduan.Anda perlu tahu bagaimana untuk memotivasikan diri sendiri.Selain itu, anda juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan yang seteruk mana pun yang melanda.Anda harus sentiasa berfikiran positif untuk meraih kejayaan.Di samping itu, anda juga perlu berusaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum anda.Dengan cara ini, kejayaan akan anda capai dengan lebih lancar dan mudah.Berikut beberapa tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh memberikan anda semangat untuk berjaya.Semoga artikel ini juga memberikan sedikit motivasi kepada diri anda untuk lebih tekun dan sukses dalam semua kerja yang anda lakukan, tidak kiralah di dalam perniagaan atau sebarang pekerjaan yang anda ceburi.

 

Ini adalah tips motivasi diri untuk berjaya:

 

 

  • Potensi Diri 

    Dalam usaha untuk berjaya dalam apa-apa bidang, anda perlu sedar bahawa anda mempunyai potensi untuk mencapai matlamat anda.

 

  • Mempunyai Keinginan Yang Kuat

    Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

 

  • Ketahui Arah Tujuan 

    Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari.Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil pada pandangan manusia normal.

 

  • Berani Mengharungi Cabaran 

    Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu.

 

  • Lupakan Masa Silam 

    Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat di atas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan.

 

  • Sentiasa berfikiran positif 

    Dalam usaha mencapai kejayaan, pasti banyak dugaan mendatang terutamanya dari segi mental. Mental perlu sentiasa stabil untuk menganalisa sesuatu masalah yang dihadapi.

 

 

 

 

 

Tips Cemerlang Dalam Matematik UPSR

 

Kalau matematik je kebanyakkan pelajar teringat ‘SUSAH LAH’ …

Adakah matematik ini susah sangat sampai dibenci oleh pelajar…

Bukan!!! kalau adik-adik faham cara dan kaedah yang betul untuk menjawab matematik boleh dapat ‘A’ dalam UPSR.

 

JOM kita tengok tips bagaimana skor ‘A’ dalam Matematik UPSR

 

 

  1. Tingkatkan Kemahiran Mengira

    Kebolehan mengira dengan baik adalah salah satu kebolehan yang amat perlu untuk skor A. Semua murid perlu menguasai fakta asas dan mengetahui cara pengiraan cepat supaya dapat menjawab dengan lebih baik.

  2. Latih tubi Soalan-soalan UPSR Sebenar Tahun-tahun Sebelum

    Menjawab soalan-soalan sebenar UPSR tahun-tahun sebelum banyak membantu murid menguasai kemahiran menjawab.

  3. Latih Diri Menjawab dalam Tempoh 1 jam

    Biasakan membuat latihan menjawab soalan lengkap dalam tempoh 1 jam iaitu masa sebenar menjawab dalam UPSR.

  4. Jawab Soalan Mudah Terlebih Dahulu

    Lihat soalan seimbas lalu untuk mengenal pasti soalan yang mudah dan boleh dijawab terlebih dahulu. Jangan menjawab mengikut urutan nombor kerana akan menyebabkan banyak masa terbuang sekiranya soalan tersebut susah.

  5. Menjawab Mengikut Apa yang Ditanya

    Buat pengiraan mengikut apa yang ditanya dalam soalan. Elakkan mengira sesuatu yang tidak perlu kerana boleh menyebabkan tidak cukup masa.

  6. Gariskan Maklumat dan Kata Kunci

    Di dalam setiap soalan terdapat maklumat dan kata kunci yang diberikan. Gariskan setiap maklumat yang penting dan kata kunci yang menentukan operasi terlibat.

 

Untuk dapatkan lebih banyak perkongsian tentang Matematik UPSR boleh join di: Exclusive Class Funtastic Matematik UPSR