Cara Mudah Menguasai Fakta Sains UPSR

SAINS UPSR: CARA MENGUASAI FAKTA SAINS MURID.

Lama Cikgu tak bersiaran… Bulan April yang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti… Hari ini cikgu ingin kongsikan sedikit teknik yang boleh membantu murid dalam menjawab soalan Sains 018 UPSR… Fakta sains adalah masalah utama murid… Mengingati dan menguasainya adalah sesuatu perkara yang perlu dilakukan dengan segera bagi membantu murid yang lemah dalam menjawab soalan Fakta Sains…

Murid yang tidak menguasai Fakta Sains hanya boleh menjawab soalan-soalan yang memerlukan jawapan logik sahaja. Murid-murid ini akan membuat banyak kesilapan dalam soalan Sains Kertas 1 . Apabila melibatkan soalan yang mencungkil pengetahuan mengenai fakta Sains sama ada dari tahun 3, 4, 5 atau 6 murid ini akan dengan mudah membuat kesilapan… Ini disebabkan murid tidak dapat mengingati fakta-fakta, istilah-istilah dan isi kandungan pelajaran dengan betul. Cikgu ingatkan bahawa setiap orang ada cara tersendiri dan mengikut kemampuan dan kebolehan diri sendiri. Berikut adalah cara-cara yang murid-murid boleh gunakan untuk mengatasi masalah ini…:-

1. MEMBUAT DAN MEMBACA NOTA.

Murid yang boleh menghafal perkataan demi perkataan boleh mula membaca nota untuk mengingat fakta demi fakta. Nasihat Cikgu apabila membaca sila uji diri sendiri dengan menghafal nota yang dibaca didepan cermin setiap hari. Kemudian Uji ingatan melalui bacaan nota tersebut dengan menjawab soalan-soalan latihan.

Jika hanya membaca dan menghafal sesuatu fakta, mungkin otak kita lambat untuk mengingatkan kembali ketika menjawab peperiksaan. Dalam melengkapkan semua FAKTA yang kita telah pelajari, kita haruslah membuat nota ringkas untuk memantapkan lagi daya ingatan kita. Daripada nota ringkas dan menarik, ia akan memperkuatkan lagi daya ingatan kita tentang sesuatu tajuk yang kita pelajari.

2. MENCIPTA PETA MINDA

PETA minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Sesetengah Murid menguasai fakta dengan membina Peta Minda.. dari bacaan nota juga boleh diubah ke bentuk peta Minda untuk menambah daya ingatan murid terhadap Fakta Sains…

 

Cara-cara untuk membuat peta minda adalah :

☁ Cari semua maklumat berkaitan sesuatu bab yang hendak dibuat peta minda

☁ Gunakan hanya kata kunci atau gambar rajah

☁ Tulis tajuk utama di bahagian tengah dan subtopik keluar ke semua arah

☁ Pergi ke setiap subtopik dan tuliskan kata kuncinya (input penting)

☁ Ulang sehingga semua isi penting tercatat

☁ Masa menyiapkannya antara 10-15 minit

☁ Jangan terlalu mementingkan warna-warni sehingga mengambil masa yang lama

☁ Sentiasa tekun dan sabar

☁ Dapatkan keseronokan dan kepuasan

3. Membuat Latihan

Untuk mengingati Fakta Sains, kaedah yang sesuai untuk mengenal pasti sama ada fakta tersebut telah berjaya kita ingati dengan betul adalah dengan membuat Latihan berterusan. Cikgu cadangkan setiap hari Murid-murid perlu menjawab sekurang-kurangnya 20 soalan latihan Sains untuk memastikan fakta-fakta sains dapat diuji pada setiap hari.. Anda boleh menyemak jawapan di belakang selepas menyiapkan latihan tersebut untuk memastikan jawapan anda betul berdasarkan fakta yang telah anda ingati…

Tidak ramai pelajar yang suka membuat latihan subjek Sains. Membuat Latihanakan memudahkan kita mengingat is-isi penting, membiasakan dengan soalan-soalan latihan dan jawapan yang betul, dan akan lebih ingat tajuk-tajuk penting yang dah disaring daripada buku teks. Semasa membuat Latihan jangan hanya memilih bentuk-bentuk soalan yang disukai sahaja. Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif) atau struktur (subjektif).

4. Soal Jawab

Murid-murid boleh melakukan kaedah Soal Jawab bersama rakan atau ibubapa untuk mengetahui tahap ingatan fakta anda. Mula-mula anda Baca Nota buat peta minda. Kemudian anda sediakan soalan dan jawapan berdasarkan nota fakta yang disediakan.. Minta rakan atau ibubapa anda menyoal anda. Pastikan anda dapat berikan jawapan yang betul berdasarkan nota yang anda baca…

Bila dah baca, jangan simpan Fakta itu sendiri. Anda perlu kongsikan dengan kawan-kawan. Anda perlu cerita semula apa yang dah baca tadi. Selain itu, aktiviti ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda betul-betul telah menghafal Fakta, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang Fakta-fakta yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai fakta itu.

~

FAKTA SAINS adalah satu perkara penting yang perlu dikuasai oleh murid.. JIKA INGIN BERJAYA ANDA PERLU USAHA… KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK… Semoga dengan perkongsian Cikgu ini dapat membantu anak-anak murid yang sedang berusaha mengingati FAKTA SAINS dengan betul dan cepat… Semoga Berjaya cikgu ucapkan…

Spread the love