Bengkel ‘Beyond Expectation Teachers’ Guru-guru Sains & Matematik PPD Rompin

 

Dalam Teacher’s Innovation Carnival (T-NOVATE) yang telah berlangsung di UIA, CMN Academy telah membawa Inovasi Modul Sains & Matematik iaitu Funtastic Sains, Matematik & Fizik.

Di sana juga kami berpeluang berkenalan dengan ramai Guru sekolah, Pensyarah, Pegawai PPD dan ramai lagi dalam bidang pendidikan.

Antaranya adalah Pegawai SISC+ Matematik iaitu Puan Zarina dari PPD Rompin yang berminat dengan Modul kami dan telah menjemput kami untuk mengadakan Bengkel bersama Guru Sains dan Matematik dari sekolah-sekolah Daerah Rompin.

Jadi kami telah bersetuju untuk menjalankan Bengkel “Beyond Expectation Teachers” untuk Guru-guru Sains & Matematik anjuran PPD Rompin dengan kerjasama CMN Education Group & Tutor Profesional Malaysia.

Bengkel ini berkaitan Pembelajaran Abad Ke-21, Problem Solving, STEM, Project Based Learning dan lain-lain.

Memang ada di kalangan guru-guru pernah mendengar tentang STEM, tetapi mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut cara untuk mengaplikasikan Pembelajaran STEM bersama para pelajar.

4 Modul yang dikongsikan bersama Guru-guru:

Modul 1: Beyond Expectation Teacher

Modul 2: Beyond Expectation Learning Techniques & PAK-21

Modul 3: Problem Solving Technique

Modul 4: STEM & Project-based Learning

Modul STEM Sains & Matematik untuk meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains & Matematik

Jemput tonton video ini untuk melihat aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan oleh guru-guru ini serta pendapat mereka tentang Teknik Pembelajaran Era Baru ini 🙂

Ingin menyertai Team Tutor sebagai tenaga pendidik tuisyen di seluruh Malaysia?

Sertai Team: Tutor Profesional Malaysia

Spread the love