Belajar Matematik Lebih Mudah Dan Menarik Dengan Online Tuition

“Puan nak bagi anak cuba tak online tuition? Kami ada tutor matematik yang bagus, cuma jauh dengan puan.”

“Eh, takpe la… nanti tak berkesan pula. Saya nak tunggu juga yang dekat.”

 

Begini antara situasi ibu bapa yang mungkin masih lagi risau & musykil, benar ke online tuition ni berkesan?

Subjek Matematik pula tu… macam mana nak belajar kalau tak tunjuk depan-depan.

 

Ada ke tutor matematik yang boleh mengajar berkesan & menarik melalui online?

Jawapannya, ada tuan/puan.

 

Chegu Nurul seperti di angkasa semasa mengendalikan sesi Online Group Tuition Matematik UPSR.

 

Seorang tutor atau pendidik boleh mengajar secara online jika beliau ada teknik pengajaran berkesan & menarik, juga tahu bagaimana nak bagi pelajar ‘stay’ sampai kelas habis. Yang penting, pelajar dapat & faham apa yang dikongsikan.

 

Tak kira samada kelas online secara 1 to 1 atau berkumpulan, ‘daya penarik’ dalam pengajaran itu amat penting.

 

 

Apa kita sebagai ibu bapa perlu lakukan?

 

Beri anak kita peluang untuk belajar secara online terutamanya semasa cuti sekolah atau masa genting sebegini.

Beri juga peluang untuk tutor berkongsi ilmu kepada anak kita melalui medium online.

 

Salah satu kelas Online Tuition 1 to 1 yang dikendalikan oleh tutor CMN Academy

 

Kita hanya perlu sediakan ‘line’ yang stabil & salah satu dari peralatan ini – laptop, komputer, tab atau smartphone.

 

Anda juga boleh monitor semasa kelas, walaupun anda berada di dapur & anak di bilik.

Pelajar zaman kini, amat suka dengan teknologi. Mereka mungkin akan lebih seronok bila belajar menggunakan teknologi, melalui medium online ini.

 

Jadi, selain dari anak habiskan masa dengan gadget semata-mata dengan hal yang kurang berfaedah, ada baiknya kita sulam dengan tuisyen secara online. Benar bukan?

 

Kami nak ajak anak anda untuk join Online Group Tuition Funtastic Matematik secara PERCUMA.

Jika berminat, boleh klik di bawah mengikut tahap anak anda :

 

Matematik UPSR

 

Matematik PT3

 

Matematik SPM

 

 

Jika anak anda perlukan bantuan 1 to 1 tuition, kami ada sediakan 1 to 1 Online Tuition.

Boleh dapat 1 Sesi Percubaan PERCUMA!

Klik saja di bawah untuk kami bantu ;)

 

Background psd created by freepik – www.freepik.com

Background vector created by freepik – www.freepik.com

Spread the love