Bagaimana Nak Mengingat Fakta Sains UPSR?

  1. Bagaimana Nak Mengingat Fakta Sains UPSR?

Fakta sains susah nak ingat? Tapi jadual rancangan di televisyen tak pernah lupa…Teknik dan gerakan dalam permainan Game di Telefon Pintar pon tak pernah salah… Macam mana semua ini boleh berlaku… satu perkataan Mudah… MINAT….

Hari ini Cikgu ingin kongsikan cara untuk mengingat fakta-fakta sains yang boleh diaplikasikan oleh murid-murid calon UPSR…

1. Mengingat memerlukan kemahiran…

Mempunyai daya ingatan yang kuat sememangnya diingini oleh semua orang. Keinginan ini mesti disertai dengan kemahuan untuk berusaha. Kata orang, kalau hendak seribu daya dan di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan. Dengan mempercayai daya ingatan kita sendiri, kita akan berjaya meningkatkan daya ingatan kita.

Mari Cikgu uji daya ingatan Murid-murid semua. Berikut disenaraikan 14 patah perkataan. Cuba ingat perkataan-perkataan tersebut dalam masa 60 saat sahaja.

✎ Wayar
✎ Seterika
✎ Positif
✎ Atom
✎ Keupayaan
✎ Elektrik
✎ Lampu
✎ Negatif
✎ Kimia
✎ Cahaya
✎ Haba
✎ Bateri
✎ Bunyi
✎ Kinetik

Selepas 60 saat, tutup perkataan-perkataan itu dan cuba ingat perkataan-perkataan tersebut semula. Bagaimana anda boleh mengingat perkataan-perkataan tersebut? Apakah teknik yang anda gunakan untuk mengingat perkataan-perkataan ini?

 

TEKNIK M.E.M.O.R.I.

DALAM TEKNIK M.E.M.O.R.I., ada 6 cara yang dapat anda gunakan untuk mengingat. TEKNIK M.E.M.O.R.I. tersebut ialah:

M. Mnemonik, iaitu dengan cara menggunakan huruf atau perkataan bagi sesuatu maklumat.

E. Emosi, iaitu dengan cara mengaitkan nilai dan motivasi seseorang pelajar dengan bahan-bahan pelajaran.

M. Mengulang, iaitu dengan cara menggunakan maklumat untuk sesuatu aktiviti dan juga membuat ulangkaji.

O. Organisasi, iaitu dengan cara menyusun bahan-bahan tersebut daripada bentuk yang kurang sesuai dan tidak biasa kepada bentuk yang sesuai dan lebih dekat dengan kita.

R. Ringkasan, iaitu dengan cara memendekkan atau memadatkan isi kandungan pelajaran agar lebih senang diingat atau dihafal.

I. Ikatkan dan imaginasi, iaitu dengan cara mengikat sesuatu maklumat itu dengan perkataan atau objek tertentu.

M.E.M.O.R.I. adalah berdasarkan huruf awal daripada perkataan Mnemonik, Emosi, Mengulang, Organisasi, Ringkasan dan Ikatan. M.E.M.O.R.I. juga bermakna ingatan, jadi senanglah kita mengingat TEKNIK M.E.M.O.R.I. ini.

2. Tulis Dan Baca Nota.

Nota adalah satu cara menghafal Fakta.. Apabila Murid menuli nota secara tidak langsung murid membaca nota tersebut. Murid akan mampu menghafal perkataan demi perkataan boleh mula membaca nota untuk mengingat fakta demi fakta. Satu nasihat Cikgu apabila Murid membaca nota sila uji diri sendiri dengan cara menghafal nota yang dibaca didepan cermin. Kemudian Uji ingatan melalui bacaan nota tersebut dengan menjawab soalan-soalan latihan…

 

3. Peta Minda

Membina Peta Minda merupakan satu kaedah yang berkesan digunakan untuk menambah daya ingatan. Peta Minda ini dapat membantu Murid untuk menukarkan fakta-fakta yang telah diingati kepada bentuk yang boleh dilihat dan difahami.

Ramai diantara Murid dapat menguasai fakta Sains dengan mudah setelah membina Peta Minda.. Dari bacaan nota Sains juga Murid boleh mengubah ke bentuk Peta Minda bagi menguji sejauh mana daya ingatan murid terhadap Fakta Sains…

4. Membuat Latihan

Salah satu kaedah untuk mengingati Fakta Sains, adalah dengan cara membuat Latihan berterusan. Lebih banyak latihan lebih baik, Seperti kata orang kampung Cikgu practice makes perfect. Jadi Cikgu cadangkan agar setiap hari Murid-murid perlu menjawab sekurang-kurangnya 20 soalan latihan Sains untuk memastikan fakta-fakta sains dapat diingati dan diuji pada setiap hari..

Anda boleh menyemak jawapan anda dengan jawapan yang telah disediakan selepas menyiapkan latihan tersebut untuk memastikan jawapan anda betul berdasarkan fakta yang telah anda ingati…

5. Soal Jawab

Murid-murid boleh melakukan kaedah Soal Jawab bersama rakan untuk mengetahui tahap daya ingatan fakta Sains anda. Mula-mula anda perlu membaca Nota. Kemudian anda sediakan beberapa soalan dan jawapan berdasarkan nota fakta sains yang telah anda hafal.. Minta rakan anda menyoal anda untuk menguji berapa banyak anda boleh berikan jawapan yang betul berdasarkan nota yang anda baca…

Jadi itulah beberapa cara membantu murid-murid mengingati Fakta Sains yang boleh dicuba dalam aktiviti Ulangkaji Sains murid-murid setiap hari… Benar ada yang menyatakan murid tidak perlu menghafal fakta cukup dengan sekadar memahami isi pelajaran, Namun ingin Cikgu tegaskan disini, ini adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk membantu menjawab soalan Sains..

 

Spread the love