Bagaimana Nak Bagi Pelajar Mudah Faham Konsep Dalam Add Maths?

AddMaths In Action

 

“Raj, tak yah ler buat semua action tu, bukannyer keluor dalam exam pon”

eh eh kome, Yer teman meme sedor pun takkan ditanya aktiviti tu dalam ujian. Teman paham sungguh.

Tetapi bebudak kita ni, sian kat deme, diasak, digasak dengan bertubi tubi dengan latih tubi.

Jadi teman pun ambik le kesempatan untuk menunjukkan kisah disebalik latih tubi itu yang memang deme tak pernah didedahkan langsung. Jadi pelengkap kepada apa yang dibuat oleh Guru. Kita support guru ngan dedahkan aktiviti gini pada pelajar.

Apa tujuan nyer?

Tujuan utama, nak dedahkan kepada pelajar, selama ini, apa jua yang deme kira, macam maner rhoper nyer bila diaplikasi menggunakan barangan yang mudah didapati daripada sekeliling.

Contoh nyer, Pengamiran.

Pernah dok terpikir, bagaimana pengamiran boleh digunakan untuk mencari isiupadu cawan?

Apa nilai bacaan yang diperlukan?

Bagaimana nak sukat? nilai tersebut?

Mengapa perlu disukat bacaan tersebut?

Bila bacaan tu tak diperolehi, apa yang akan berlaku?

Takde alternatif lain ke?

Semua persoalan ini, kome takkan jumpa bila buat latih tubi, percayalah! Dan proses proses ini banyak yang teman pelajari daripada Dr Ihsan Ismail semasa menghadiri bengkel IBME di CMN Academy tahun lepas.

Sebelum itu memang ada teman buat aktiviti begini, tetapi di IBME, baru nampak lebih jelas kepentingan untuk teman buat aktivti secara lebih sistematik.

Stem

Aktiviti ni bukan untuk suka semata mata.

Dan aktiviti ini sebenarnya memang dapat memberikan Aha Moment kepada peserta.

Yang kalau dulu nyer benci, sekarang ni bertambah ler kasih sayang nyer, sebab ianya memberikan makna yang lebih realistik terhadap kiraaan yang dibuat sebelum ini.

Nampak lebih jelas kegunaan nya, aplikasinya dan mengapa dibuat begitu dan begini sesuatu kiraan tersebut.

Balik kepada aktiviti tersebut, masa kira gunakan aedah Pengamiran, isipadu yang diperolehi adalah 167 cm^3.

Tetapi bila dituang air, dan disukat bacaan isipadu air, jawapannya 174 cm^3. Kenapa? Naper tak sama ngan bacaan yang dikira? Ada sebab nyer yang teman udah pon ceritakan kepada pelajar.

Dan teman sebelum ini membenarkan plus minus 10^cm3 untuk ralat berlaku.

Dan selepas itu beralih ke aktiviti menentukan persamaan lengkung rantai yang digantung.

Rantai tu teman guna handbeg wife ( pinjam )….dan apa yang menarik adalah untuk mencari persamaan lengkung itu. dan persamaan yang diperolehi itu, boleh disemak melalui DESMOS.

So itu lah kelainan yang ingin bawa didalam dunia AddMaths ini bersama sama dengan pelajar?

Dan apakah pula maklumbalas pelajar/guru yang mengikuti sesi BEST ini?

Seminar BEST SPM CMN Academy

#Tutor_Raj

ps: Terima Kasih kepada Team disebalik tabir yang melancarkan proses Bengkel Online ini.

CEO Mohd Noor Tahir yang agak peka dan teliti dengan flow majlis.

Coach Mohamad Isa Bin Idris sebagai pengerusi Majlis yang menceriakan peserta dengan aktiviti energisernye dan tak dilupakan juga kepada Coach Amir Syazwan Manaf yang mengendalikan isu isu teknikal berbangkit sepanjang program berlangsung.

 

Dan kepada semua warga CMN serta Team Funtastic Online (FOT) kita, terima kasih kerana memberikan support untuk menjayakan Seminar BEST ini.

Tq semua.

Sir Rajinder

Speaker Funtastic Add Maths

Spread the love