Bagaimana Menjawab Soalan KBAT Sains UPSR

Sains UPSR: Menjawab Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Hari ini Cikgu ditanya oleh salah seorang murid Tuisyen Cikgu: Apakah ciri-ciri soalan KBAT Sains? Jadi cikgu tertarik untuk membincangkan isu ini bagi menarik minat Calon-calon UPSR 2019 untuk menjawab soalan Sains dengan tenang… Sebenarnya pelbagai soalan KBAT telah banyak Murid jawab sebelum murid menduduki UPSR…

Terlebih dahulu cikgu berikan definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi iaitu Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Sebelum cikgu jelaskan ย mengenai soalan KBAT elok kiranya Cikgu jelaskan tujuan diperkenalkan KBAT kepada murid sekolah iaitu supaya dapat:

1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman

2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)

3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan

4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

๐Ÿ”ฌ Contoh-Contoh Soalan KBAT UPSR ๐Ÿ”ฌ

 

๐Ÿ’ป SOALAN ANEKA PILIHAN

Soalan KBAT sering disoal dalam kertas 1 sains.. Soalan KBAT biasanya meminta murid menganalisa dan menilai data dan penyataan adalah contoh-contoh soalan yang sering digunakan dalam menguji pengeyahuan murid.

Soalan KONSTRUK APLIKASI adalah salah satu soalan KBAT untuk Menguji pengetahuan murid menggunakan prinsip sains atau konsep sains untuk menerangkan situasi yang ada hubungkait dengan kehidupan sehariannya.

๐Ÿ’ป SOALAN PENDAPAT/ CADANGAN

Soalan pendapat atau Cadangan adalah soalan KBAT yang sering digunakan dalam soalan Sains UPSR. Murid diberi pilihan jawapan yang tertentu unuk menilai kewajaran murid berfikir.. Soalan ini seringkali dikaitkan dengan soalan alasan untuk memberi peluang murid membuat analisa dan menilai pendapat yang diberikan berdasarkan pengetahuan Sains Sekolah rendah..

Soalan ini sering meletakkan tanda โœ“ sebagai penentu kepada jawapan murid. Ramai murid yang menganggap soalan ini soalan mudah namun kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku sering dilakukan semasa menjawab soalan seperti ini.

๐Ÿ’ป INFERENS

Inferens adalah salah satu soalan KBAT yang sering ditakuti oleh murid… sebenarnya soalan ini sering dijawab dan murid hanya perlu menjawab dengan memberikan alasan yang sesuai berdasarkan konsep dan prinsip Sains yang di soal..

Jawapan perlu dimulakan dengan (Kerana) sekiranya pemerhatian telah dinyatakan. Jika pemerhatian tidak dinyatakan jawapan lengkap adalah (Pemerhatian) + Kerana + (Inferens).

 

๐Ÿ’ป RAMALKAN

Meramal adalah satu contojh soalan KBAT kerana elemen menilai diterapkan dalam soalan meramal. Murid perlu menilai data yang diberikan kemudian membuat penilaian yang tepat untuk menjawab soalan..

Soalan Meramal ini bergantung kepada data yang diberikan dari soalan.. Terdapat data yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif.. Sekiranya secara Kuantitatif Murid boleh menggunakan teknik Garis nombor untuk mendapatkan jawapan..

Sekiranya soalan berbentuk kualitatif murid perlu meramal situasi yang bakal berlaku berdasarkan konsep sains yang telah dipelajari. Sebagai contoh apakah yang akan berlaku jika air diletakkan di tempat yang lebih panas. Jawapan murid Masa penyejatan akan berkurang.

 

๐Ÿ’ป REKA CIPTA

Soalan reka Cipta adalah salah satu soalan Sains UPSR Format terkini. Murid diminta mereka cipta satu alat atau model berdasarkan pengetahuan Sains murid. Soalan ini bertujuan menampilkan kemahiran murid dalam mencipta yang diterapkan dalam KBAT.

๐Ÿš€ Bagi menjawab soalan yang berbentuk KBAT, Murid perlulah membaca soalan yang diberikan berulang kali. Setelah difahami konsep dan prinsip sains, jawab soalan yang diberikan dengan merujuk kepada pengetahuan sains sekolah rendah.

Perlu di ingatkan ciri-ciri soalan KBAT adalah.
๐Ÿš€ Rangsangan soalan sangat sedikit.
๐Ÿš€ Perlukan proses berfikir yang kritis dan kreatif.

๐Ÿš€ Jawapan paling tepat diperlukan untuk mendapat markah.

Bagi soalan beraras tinggi (KBAT), ketepatan ayat dan maksud sangat penting. Pemeriksa kertas soalan akan memberikan markah berdasarkan ketepatan dan maksud yang tepat.

Kredit: Cikgu Shahrul

Spread the love