Bagaimana melahirkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif?

KBAT ? APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KBAT ?

Kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi murid yang sangat penting untuk melahirkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Guru sebagai pelaksana kurikulum memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak murid supaya mereka dapat
menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Disini terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.Sebagai contoh kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Kemudian menyuarakan semula sekiranya terdapat soalan yang memerlukan jawapan mereka.

Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.

Secara mudahnya murid mendapat sesuatu maklumat kemudian yang diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri.

Andai kata diberikan soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sini kita akan membentuk individu untuk berfikir secara kreatif, inovatif dan merekacipta terutamanya di kalangan pelajar.

Tahukah anda?

Kemahiran berfikir aras tinggi ini mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Tambahan, kebolehan ini akan menjadikan pelajar akan lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuhkan pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

Sebenarnya, kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun, guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran beräkir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka.

Disini, terdapat lima peringkat bagaimana kemahiran ini dapat disampaikan kepada murid secara terancang iaitu :

 

 

Kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru akan menjelaskan tentang tajuk pengajarannya, matlamat dan apakah yang akan difahami selepas pengajarannya. Set induksi yang berkesan akan membolehkan murid bersedia mengikuti pengajaran guru dan merupakan langkah permulaan dalam proses pembelajaran.

Penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk pengajaran akan membolehkan murid memahami dengan lebih jelas sesuatu istilah dan konsep. Malah ia akan menjadikan pengajaran guru lebih mudah diikuti dan menyeronokkan.

Ketika ini murid banyak menggunakan kemahiran berfikir mereka dalam menjawab soalan-soalan yang berbagai bentuk. Dalam masa sama, guru akan dapat menilai sama ada murid memahami pengajarannya. Selanjutnya aktiviti atau gerak kerja pembelajaran akan dapat memperkukuhkan lagi pengajaran guru.

Akhirnya proses pembelajaran menjadi lebih berkesan apabila murid melakukan latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Sampai disini sahaja perkongsian kami, semoga apa yang kami kongsi ini dapat digunakan oleh generasi akan datang.

semoga bermanfaat ye! :)

sumber rujukan : https://www.infopelajar2u.com/kemahiran-berfikir-aras-tinggi-apa-tu/

Spread the love