Apa Yang Best Jadi Home Tutor?

Best sangat ke jadi Tutor ini bang?

Haaaa, percayalah kepada anda yang sedang baca perkongsian saya kali ini. “Best sangat ke jadi Home Tutor” ini adalah soalan yang paling popular sekali diajukan kepada mana-mana Home Tutor di luar sana.

Tak percaya?

Boleh tanya dengan mana-mana Home Tutor di luar sana? Hehe.

Saya sendiri dah pernah merasainya ditanyakan soalan sebegitu rupa dari orang yang saya kenali secara langsung sehinggalah dari orang yang saya tak kenal langsung.

Biasalah tu kan, orang nampak hidup kita rileks je.

Orang nampak kita ini tak kerja ke?

Asyik ada je kat rumah?
Bila masa pergi kerja?
Haaa… Kan kann kannn?

Orang Nampak, kita asyik sibuk memanjang pada waktu malam & hujung minggu.

Sampaikan ada housemate pernah tanya sebegini, “Eh, hang kerja apa sebenarnya? Masa orang lain kerja hang tak kerja pulak, masa orang lain cuti, hang sibuk nak kerja sampai lewat malam pulak”. Rasa nak gelak guling-guling je rasa, bila ada yang kata sebegitu.

Haaa, itulah antara andaian-andaian awalan yang biasanya dilemparkan kepada seseorang Home Tutor dari mereka yang dari bidang lain. Hehe

Tapi percayalah, apa jua kerja yang kita lakukan dengan passion yang datangnya dari hati kita sendiri dengan niat yang betul semestinya kita boleh berikan yang terbaik pada setiap masa dan duit bukan lagi matlamat utama kita.

Setuju tak?

Eh ehh, berbalik semula kepada soalan kita tadi…

Apa yang best sangat jadi Home Tutor ini sebenarnya ?

Haaa, mesti ramai yang tertanya-tanyakan?

Ok mari saya kongsikan apa yang syoknyaaa …

Saya secara peribadi dan saya yakin ramai Home Tutor di luar sana, perkara pertama yang paling disukai jadi Home Tutor adalah mempunyai masa yang fleksibel.

Mempunyai kebebasan masa, adalah impian setiap orang sebenarnya, bukan setakat mereka yang jadi HomeTutor sahaja.

Setuju kan?

Secara jujurnya kalau diikutkan hati, siapa yang nak kerja dengan orang lain kan, dengan bebanan kerja yang menimbun berguni dari pagi sampai ke petang malah kadang-kadang sampai ke lewat malam.

Keadaan bertambah menjadi parah apabila kita dikerah untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepada orang lain, menjadi kerja kita pula sekarang !

Freshgraduate akan alami perkara sebegini di awal peringkat mulanya menjejaki ke alam fasa bekerja.

Tapi itulah hakikat sebenar asam garam apabila kita sudah bekerja dengan orang lain.

Haaaa, segalanya akan berubah 360 darjah, apabila anda sudah mula menjinakkan diri dalam bidang Home Tutor ini.

Saya tak kata, kita tidak akan penat langsung apabila mula menggalas tanggungjawab sebagai Home Tutor ini.

Jangan pula ada yang silap faham disini.

Kadang kita akan penat giler-giler, lebih penat berbanding kerja di dalam pejabat sebenarnya. Tapi kalau dah kita lakukan perkara yang kita minat macam yang saya sebut tadi, apadehalll kan.

Sebab itu, kita perlu bijak menyusun jadual kelas yang kita akan ajar dan lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal kita.

Bukan tak boleh nak mengajar yang jauh, tetapi pada masa yang sama kita perlu ambil kira kos perbelanjaan perjalanan kita seperti duit minyak, tol & makan/minum.

Dari saya sibuk sampai nak mengajar yang betul-betul jauh, lebih mulia rasanya saya pass job tersebut
kepada mana-mana Home Tutor yang ada disekitar sana. Haaa, kan lagi elok tuu, berkongsi rezeki juga tu kann.

Jadi disinilah kita sebagai Home Tutor perlu memainkan peranan dalam menyusun strategi ke lokasi mana yang kita perlu utamakan pada waktu yang kita rasa sesuai.

Ada pula Home Tutor suka untuk mengajar pada waktu pagi dan malam. Ada pula, yang ambil cuti pada hari Rabu dengan erti kata lain, tiada kelas langsung untuk diajar pada hari tersebut. Mungkin ada perancangannya sendiri. Maklumlah tiket wayang pun murah hari Rabu.

Haaaa, Nampak kan? Segala-galanya, datang dari diri kita sendiri serta bergantung pada cara kita susun jadual kelas dan perjalanan.

Ok yang seterusnya pula, kita akan jadi orang yang bijak menyelesaikan masalah dalam apa jua situasi yang kita harungi. Maklumlah kita sebagai seorang Home Tutor kita akan berdepan dengan macam-macam jenis ragam ibu bapa yang datang dari kepelbagaian latar belakang yang cukup unik saya rasa.

Macam-macam soalan akan diajukan oleh mereka kepada kita yang menjadi Home Tutor ini pada waktu sesi permulaan, sebelum kita akan memulakan sesi pengajaran bersama anak mereka.

Maklumlah kan, setiap ibu bapa mesti ingin Home Tutor yang terbaik bagi anak mereka seperti anda yang sedang membaca perkongsian saya ini juga. Tak gitu?

Haaa disinilah kita akan mula bertindak secara matang dan rasional. Tidak mengambil sebarang keputusan secara tergopoh-gopoh. Pada peringkat permulaan, mungkin kita agak nervous untuk berdepan dengan mereka. Tetapi lama-kelamaan makin ramai orang yang kita berdepan pada setiap hari, semuanya kita mampu untuk harungi dengan cukup mudah sekali.

Haaa, tahap keyakinan diri dalam diri kita juga akan makin meningkat.

Bukan setakat itu sahaja, kadang-kala soalan-soalan yang diajukan oleh pelajar yang kita ajar juga agak luar biasa.

Kadang kita sendiri akan macam ‘out of mind’
dengan soalan yang mereka ajukan kepada kita.
“Eh betul ke, budak ini tanya soalan ini?”… Haaa sampai macam tuuu sekali, pertanyaan merka.

Pernah saya sendiri juga terkena beberapa kali, apabila soalan Matematik Tambahan yang ditanyakan oleh seorang pelajar membuatkan saya terpaksa menjawab pada keesokan harinya setelah balik dan kaji terlebih dahulu rumus-rumus yang berkaitan.

Yang penting, kita jangan gelabah depan mereka.

Haaaa… nak kata malu itu tidaklah sama sekali.

Cuma ambil sebagai peluang dan pertingkatkan diri dengan ilmu baru di samping kita juga mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut andai ulang sekali lagi pada masa yang akan datang.

Haaaa… amacam menarik tak jadi Home Tutor setakat baca sampai ini ? Hiks!

Ok mari saya kongsikan, yang terakhir apa yang syok sangat terlibat dalam bidang pendidikan Home Tutor ini?

Sebenarnya, ini yang paling saya suka iaitu kenalan makin bertambah dari hari ke hari tanpa kita sendiri sedari. Penting ke kenalan?

Korang tahu tak, melibatkan diri dalam bidang Home Tutor ini juga merupakan salah satu bidang perniagaan secara langsung yang dikategorikan dalam sektor perkhidmatan.

Perniagaan bukan setakat jual produk sahaja okeyy. Apa yang setiap Home Tutor lakukan di luar sana juga adalah salah satu perniagaan & mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Haaa Nampak kann?

Kalau tak nampak juga, bacalah sampai berulang kali sehingga boleh faham. Hehe

Apabila kita melibatkan diri dalam perniagaan, bukankah kenalan ini sangat penting untuk kita lakukan interaksi dua hala?

Kalau dalam konteks perniagaan, lebih dikenali sebagai Networking. Mesti korang pernah dengar perkataan ini kan?

Kalau tiada kenalan, macam mana kita nak berniaga betul? Makin banyak kenalan yang kita kenali dan berjumpa dari masa ke semasa barulah senang untuk kita.

Haaaa, saya secara peribadi saya dah jumpa ramai sangat kenalan baru sejak melibatkan diri dalam bidang Home Tutor ini dan juga kembangkan bakat-bakat lain yang terpencil dalam diri ini.

Takkan tak best dapat kenalan baru? Silap-silap haribulan boleh bertemu jodoh sesama Home Tutor bagi mereka yang masih single.😉

Amacam suka tak, perkongsian saya kali ini, tentang best ke jadi Home Tutor?

Kalau suka, jangan lupa tekan butang share, biar lebih ramai sahabat handai anda di luar sana tahu, betapa syoknya jadi seorang HomeTutor ini. Ini hanya perkongsian dari pandangan saya.

Ada banyak lagi manfaat jadi seorang pendidik ini sebenarnya yang akan saya kongsikan pada masa yang akan datang.

p/s: Mohon tekan button share untuk menyokong kerjaya ini 

 

Spread the love
  • 10
    Shares