Adik Farhan Pelajar Pintar

Berkat usaha adik Farhan akhirnya membuahkan hasil yang boleh dibanggakan oleh Tutornya Cik Saralah yang mengajar adik Farhan Bahasa inggeris dan juga sejak akhir ini mengajar Bahasa Melayu . Adik Farhan merupakan calon UPSR untuk tahun 2020 . 

Adik Farhan hanya belajar dirumah dan tahun 2020 merupakan tahun yang penting buat adik farhan dimana Adik farhan  akan mengambil peperiksaan UPSR .

Tutor meminta Adik Farhan untuk belajar membaca terlebih dahulu , tidak disangka-sangka Adik Farhan merupakan pelajar yang pintar . 

Hanya belajar membaca selama sebulan Adik Farhan sudah lincah membina ayat sendiri , ini merupakan berita gembira buat tutornya Cik Saralah . 

Alhamdulillah , Adik Farhan menunjukkan peningkatan yang sangat membanggakan dalam kedua subjek yang diambil Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu . 

Diucapkan selamat maju jaya dan bakal menjawab Peperiksaan UPSR pada tahun 2020 dengan cemerlang .

 

Spread the love