Ada Perubahan Dalam Masa Sebulan…

 

 

Puan Jannah mengenali CMN Home Tuition di Google dan menyebabkan beliau membuat keputusan untuk mempelajari Al-Quran atau mengaji daripada peringkat permulaan. Beliau mencari pusat tuisyen untuk anaknya yang bernama adik Mikhail untuk belajar mengaji.

 

Tambahan pula, beliau agak sibuk menguruskan perniagaan dan sentiasa bekerja di luar kawasan. Beliau mengambil keputusan untuk mengadakan kelas Fardhu Ain di pejabat agar senang untuk staff dan dirinya mengaji walau dalam kesibukan kerja.

 

Puan Jannah berasa selesa bersama Ustazah Noramizah kerana tutor sangat membantu dalam sesi pembelajaran seperti menggunakan alat bantu mengajar dan melakukan aktiviti yang menarik sepanjang kelas berlangsung. 

 

Puan Jannah berasa gembira apabila mengalami perubahan semasa mengaji bersama Ustazah Noramizah iaitu Tutor CMN. Alhamdulillah, dalam masa sebulan sahaja beliau menghabiskan Iqra’ dan kini beliau mula belajar Al-Quran. 

 

Adik Mikhail pula berasa seronok belajar agama dan mengaji bersama Ustazah Noramizah yang banyak membantu anak Puan Jannah untuk persediaan pada masa akan datang.

 

 

Akhir sekali, kami dari CMN Academy mendoakan Puan Jannah bersama anak dan staffnya agar lebih mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga apa yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk anda semua :) 

 

 

Spread the love