5 Tips Cepat Belajar Matematik

1) FAHAM DULU KONSEP ASAS

Sebelum anak anda belajar matematik, pastikan anak anda faham dahulu konsep asas matematik. Ini supaya nanti anak anda tiada masalah untuk menjawab soalan. Ini juga supaya berasa seronok apabila menjawab matematik. Kebanyakan pelajar kata susah belajar matematik adalah kerana TIDAK FAHAM DULU KONSEP ASAS MATEMATIK.

Contohnya, anak anda mahu menjawab luas Bulatan. Untuk mengira luas bulatan, kita mesti tahu formulanya iaitu formula luas “y = pie*jejari^2”. Jika tidak tahu menggunakan formula ini dan tidak faham dengan asasnya, susah anda mahu menjawab soalan area of circle. Oleh itu, fahamkan konsep asas baru jadi mudah apabila mahu menjawab matematik.


2. Hafal Sifir.

Perlu HAFAL SIFIR! ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

3. Kena Buat Banyak latihan.

Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksudnya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Anda akan berjaya menguasai matematik kerana anda buat latihan. Semakin banyak latihan anda buat, anda jadi semakin cekap.

Setiap soalan itu bukan hanya perlukan jawapan, malah kaedah penyelesaiannya juga perlu dinyatakan bersama. Justeru, lakukan sebanyak mungkin latihan menjawab soalan sebelum hari peperiksaan. Jika anda musykil dengan soalan yang diberi, bertemulah cikgu anda untuk dapatkan kaedah bagaimana untuk selesaikannya. Tindakan ini membantu anda menghafal dan sudah terbiasa dengan soalan yang bakal anda jawab pada hari peperiksaan besar nanti.

4. Latihan berkumpulan

Soalan² matematik selalunya mencabar dan memerlukan proses berfikir luar dari kebiasaan. Ini kerana matematik adalah subjek untuk menyelesaikan masalah. Dan juga matematik adalah subjek BERFIKIR. Latihan berkumpulan membantu seseorang itu menguasai subjek Matematik. Selain dapat bertukar pandangan dan formula bersama-sama rakan-rakan tentang formula yang sugar untuk dikuasai, anda juga dapat melatih pemikiran anda untuk fokus terhadap persoalan yang diberi. Ia secara tidak langsung dapat tajamkan daya ingatan anda dalam pembelajaran.

5. Azam kuat menguasai Matematik

Matematik ialah subjek yang seronok apabila minat dan mula menguasai. Dengan sendirinya para pelajar secara automatik akan segera membuat latihan tanpa berhenti. Apabila sudah menguasai pengiraan matematik, setiap soalan pasti dijawab dengan jayanya. Oleh itu juga, para pelajar disarankan perlu ada azam menguasai matematik tanpa jemu berusaha. Semua ini perlu mendapat kerjasama erat antara ibubapa dengan para pelajar. Walaupun mereka berusaha bersungguh-sungguh tetapi tiada sokongan.

Spread the love