4 Langkah Efektif Menguasai Subjek Membaca dalam masa 1 hari.

Subjek-subjek membaca yang terdapat di sekolah antaranya ialah Biologi dan Sejarah. Kebanyakan pelajar kurang gemar kepada subjek membaca kerana cepat merasa bosan dan banyak istilah yang perlu diingati.

1) Mengetahui objektif bab yang ingin dipelajari

Lazimnya, di bahagian awal setiap bab, akan ditulis objektif atau tujuan pembelajaran bagi bab tersebut. Apa yang pelajar akan dapat bila mempelajari bab itu. Jadi, sebagai pelajar haruslah membaca objektif pembelajaran supaya timbul perasaan ingin tahu dalam diri kita sekaligus melahirkan rasa ‘excited’ untuk belajar.

2) Baca rumusan di akhir bab

Di akhir setiap bab, akan ada rumusan bagi keseluruhan bab tersebut. Jadi apabila kita membacanya, kita sudah mendapat gambaran awal dan info tentang apa yang kita akan pelajari.

3) Baca bab dengan teliti dan tulis

Catat isi penting yang terkandung dalam bab tersebut. Tidak perlu hias dengan cantik, hanya sekadar catat supaya kita cakna.

4) Soal jawab secara berpasangan

Bina soalan-soalan daripada bab tersebut dan cari jawapan dengan merujuk bab tersebut.

Namun, ini adalah antara cara-cara yang efektif yang boleh kita lakukan untuk menguasai subjek yang memerlukan kita untuk membaca supaya faham. Banyak lagi cara yang boleh kita gunakan dan kita sebagai pelajar haruslah sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu.

 

 

Spread the love