3 Tip Fit Kimia

Sesi Funtastic Online Booster kali ini  bersama seorang speaker yang sangat bersemangat iaitu Cikgu Zanna bersama moderator si manis Cik Azyy dari CMN. Topik menarik yang dibincangkan adalah 3 Tip Fit Kimia. Sudah tentu ramai pelajar selalu dengar bahawa subjek kimia ini merupakan subjek ‘Killer’. Tapi bersama-sama dengan Cikgu Zanna, ketahui keseronokkan dan cara menarik untuk ‘score’ subjek Kimia ni.

Sebelum itu, sedikit pengenalan bagi sesiapa yang masih belum mengenali Cikgu Zanna. Puan Ruzanna Manap atau lebih terkenal dengan panggilan Cg Zanna. Beliau merupakan Speaker Funtastic Kimia SPM yang juga seorang graduan Sains Kimia dari Universiti Teknologi Skudai (UTM), Skudai, Johor.

Kata Cikgu Zanna, beliau sentiasa ingin menjadi seorang pendidik yang luar biasa. Antara cabaran untuk menjadi seorang pendidik yang luar biasa ialah setiap perkara yang dilakukan perlulah sangat terperinci dalma setiap segi. Segala usaha perlulah di’Double Effort’ kan untuk jadi pendidik yang ‘wow’.

Kembali kepada tajuk perbincangan kali ini, Cikgu Zanna akan kongsikan 3 Tip Fit Kimia.

  1. Plan (Rancang)

  • Jadual pembelajaran. Fikirkan rutin yang hendak dilakukan.
  • Mulakan dengan merangka jadual mengikut topik dan menyusun mengikut waktu yang bersesuain.

 

  1. Start (Mula)

  • Permulaan sangat penting bagi setiap perjalanan. “Now or Never”.
  • Mulakan mengikut kemampuan atau tahap masing-masing. Tidak perlu terlalu bersaing dengan rakan-rakan yang lain.
  • Buat keputusan untuk mula daripada mana. Cari cara pembelajaran yang paling sesuai dengan diri sendiri untuk permulaan.
  • Tetapkan fokus dan fahamkan konsep merupakan asas dalam pembelajaran.

Jika sudah berjaya untuk “Mula”, pelajar akan lebih jelas tentang kekurangan dan kelebihan masing-masing dalam Kimia. Oleh itu, pelajar boleh mula bertanya jika ada yang tidak faham kepada cikgu atau rakan.

 

  1. Consistency (Konsisten)

  • ‘Practice makes perfect’. Lakukan latihan yg berkala. Sebagai contoh, Topik Kimia Tingkatan Empat iaitu Persamaan Kimia. Kebanyakkan pelajar yang masuk ke Tingkatan Lima sudah mula lupa tentang topik ini. Oleh itu, pelajar perlu banyakkan latihan.
  • Fokus pelajar juga perlu konsisten agar usaha tidak berhenti separuh jalan.
  • Jika tiada latihan yang diberikan oleh cikgu, cari inisiatif untuk asah topik yang lemah dan tambah kefahaman. Lebih-lebih lagi di era ini, pelbagai platform boleh digunakan untuk menuntut ilmu.

Sekian sahaja perkongsian menarik 3 Tip Fit Kimia daripada Cikgu Zanna. Banyak lagi perkara menarik yang dikongsikan dalam sesi kali ini. Antaranya ialah persamaan ‘orkout’ dan Kimia, kebaikan kopi untuk tubuh badan manusia serta cabaran dan pencapaian Cikgu Zanna sepanjang menjadi Speaker Funtastic Kimia.

 

Tonton rakaman ‘Live’ ini untuk hayati sesi perkongsian tersebut.

 

Nak belajar gaya menarik dengan Online tuition?

Layari: Funtastic Online Tuition

Spread the love