3 Petua Istiqamah Belajar Akaun
Antara punca pelajar drop subjek Prinsip Akaun adalah kerana prestasi yang makin menurun dalam setiap ujian. Menjadikan pelajar kecewa dan kurang yakin dengan kemampuan diri. Apa sebabnya dan apa 3 Petua Istiqamah Belajar Akaun?
Dalam entri kalini, ingin kami kongsikan kepada kalian bagaimana mencungkil potensi pelajar dan suntikkan rasa ingin istiqomah dalam mempelajari Prinsip Akaun. Sesi Funtastic Online Booster kalini bersama seorang pelajar iaitu Adik Izzah Zalikha dan seorang Tutor Akaun berpengalaman, Cikgu Akin bersama moderator hebat tak lain tak bukan Coach Isa dari CMN.
3 Petua Istiqamah Belajar Akaun
Fuhh, susah sangat ke subjek akaun ni sampai perlu istiqamah nak belajar? Jom kita teliti perkongsian daripada dua jemputan ni.

Pengenalan sedikit tentang adik Izzah. Beliau merupakan seorang pelajar SMK bukit Rahman Putra dan berasal daripada Shah Alam, Selangor. Beliau yang pada awalnya agak pemalu di awal permulaan sesi tuisyen bersama Cikgu Akin. Bermacam cara yang dicuba oleh Cikgu Akin untuk memenangi hati Izzah ni supaya jatuh cinta dengan subjek prinsip akaun ni.
Memang tak mudah. Tapi, tak juga susah nak istiqamah ni, kata Cikgu Akin.
Macamana cara nak Build Confidence Dengan Subjek Akaun ni? Menurut Izzah, pendekatan Cikgu Akin semasa mengajar iaitu lebih mendekatkan diri seperti kawan dengan pelajar membuatkan pelajar lebih selesa untuk menimba ilmu dan tidak malu bertanya.
Apa 3 petua daripada Cikgu Akin?
1. Bina Bonding yang rapat antara pendidik dengan pelajar
- Bagi mempermudahkan sesi pembelajaran. Pelajar akan lebih terbuka untuk bertanya dan wujud sesi komunikasi dua hala. Dengan itu, tutor boleh fokus dengan masalah pelajar dan bantu selesaikan segala persoalan dalam fikiran pelajar. Pelajar juga akan lebih bermotivasi untuk medalami subjek tersebut.
- Tutor perlu elakkan mengulangi benda yang sama dengan cara yang sama. Tapi, masukkan ‘Added Value’ dalam perkongsian supaya pelajar tidak hilang minat.
- Kongsikan dengan pelajar, knowledge tentang aplikasi subjek tersebut selepas persekolahan atau aplikasi dalam industry / real life.
2. Susun waktu belajar. Amalkan ‘Backward Learning Study Time’ dalam jadual waktu belajar.
- Susun Ikut kesusahan subjek. Subjek yang lebih susah, lebih panjang masa yang diperlukan untuk ulangkaji. Bergantung kepada setiap pelajar. Kenal pasti di mana patut letakkan subjek Prinsip Akaun dalam jadual.
- Susun mengikut topik dalam sesuatu subjek.
- Contoh; URGENT, NOT URGENT, IMPORTANT, NOT IMPORTANT
- Sesi pembelajaran akan lebih teratur dan efektif. Pelajar juga akan lebih berdisiplin.
Benjamin Franklin pernah berkata : “By failing to plan, you are preparing to fail”.
3. Tunda VS Tanda
- Bila ada kelas tunda atau batal, ambil inisiatif untuk ulang kaji subjek yg tertunda tersebut. Dengan cara itu, penggunaan masa pelajar akan dapat dioptimumkan.
- Untuk tanda pula, buat planner atau ‘To-do-list’. Dengan cara ini, pelajar akan lebih jelas dengan apa yang hendak dilakukan. Seperti nak mula dgn topik apa dan sebagainya.
- Mula dengan subjek atau topik yang senang untuk ‘build confident’. Ini sangat penting!
Sedikit nasihat daripada adik Izzah, kepada pelajar yang lain terutama yang mengambil subjek Prinsip Akaun. Perlu ‘Open Minded’ untuk belajar sesuatu yang baharu dan betulkan niat untuk menuntut ilmu. Fikirkan segala manfaat yang akan datang darpada ilmu tersebut.
Sebagai penutup daripada Cikgu Akin, jika hendak belajar benda baharu, kita perlu ‘Go For It’.
Nak Belajar Akaun Tak Perlu Tunggu Orang Lain.
- Asalkan ada Nawaitu dan
- Semangat yang tinggi untuk menuntut elmu
Jangan teragak-agak sebab segala yang dipelajari pasti ada manfaat. Selain itu, jangan ‘Give Up’. Ambil masa sampai jumpa orang yang betul dan tepat untuk datangkan semangat belajar tu seperti guru, kawan, keluarga atau kaunselor.
Berikut merupakan sedikit sebanyak yang dapat dipetik daripada sesi perkongsian Cikgu Akin dan adik Izzah tentang Petua untuk Istiqamah atau Konsisten belajar Prinsip Akaun. Banyak lagi tips, perbincangan dan cerita menarik yang dikongsikan oleh dua jemputan ini seperti tips menjawab soalan sewaktu peperiksaan dan sebagainya.
Untuk tahu lebih banyak, jemput tonton rakaman sesi Live tersebut di link di bawah :



